Prolog

6 0 0
                                        

"Danial, kau sedar tak muka kau tu suka menyakitkan mata orang?" Lelaki di hadapannya itu terus mengangkat sebelah kening.

"Lah? kau tu sedar juga tak yang mulut kau tu macam puaka?" Jawab lelaki itu.

"Maksud kau?"

"Maksud aku... mulut kau tu suka menyakitkan hati orang" Alisa menjelingnya.

"Aku cakap fakta, okay?"

"Okay fine" Alisa mencebik sebelum menyandarkan tubuhnya ke sofa.

Itulah Alisa Syafrina dan Tengku Danial. Kawan yang entah macam mana boleh berkawan bertahun-tahun sampai hampir setiap hari ada sahaja benda yang ingin diributkan.

Alisa dan Danial saling mengenali perangai masing-masing, tahu kelemahan masing-masing, malah juga tahu perkara-perkara yang orang lain tidak pernah tahu tentang mereka.

"Kau ni Alisa... kau kalau kahwin nanti, kesian laki kau..." Alisa terus menoleh.

"Kenapa pula?"

"Yela.. mulut kau yang macam ni, siapa aje yang boleh tahan? Even aku pun rasa macam nak aje bagi makan cili kat mulut kau tu ha" Alisa tersenyum sinis.

"It's okay, Jangan risau... Aku mesti akan jadi istri yang sangat mithali untuk suami aku nanti tapi jangan kau yang jadi suami aku sudah lerr, memang confirm-confirm aku jadi istri durhaka"

"Eh eh sedapnya mulut kau... kau jangan perasan sangat ye.. Aku dengan kau? Kahwin? Never happened."

Terasa sedikit pedih di dalam hati Alisa ketika mendengar ayat yang keluar dari mulut Danial itu. Jujur, dia sedikit berharap tetapi dia yakin bahawa perasaan itu mustahil untuk menjadi kenyataan.

"Eh baguslah... Aku pun tak sudi, okay? Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau?"

"Eh perempuan, kalau kau orang terakhir yang ada dekat dunia ni pun, aku memang takkan pilih kaulah"

Amboii, merendahkan betul ye mamat ni dekat aku. Rasa macam nak juga aku cili mulut dia dengan cili merah. Bukan yang kecik-kecik, terus sumbat yang besar gedabak tu ha biar tahu rasa.

"Kalau kau orang terakhir dekat dunia ni pun, aku takkan pilih kau juga lah Danial" Alisa membalas. Geram betul. Alang-alang luapkan terus rasa sakit hatinya dengan kata-kata Danial terhadapnya tadi.

Danial ketawa kecil. "Okay, deal?"

"Deal."

Mereka berdua saling mengangguk dan tersenyum seperti baru sahaja membuat perjanjian paling penting di dalam hidup.

Lagipun mana mungkin aku akan berkahwin dengan Danial? Danial ni terlalu suka menyusahkan. Terlalu keras kepala. Terlalu suka menyindir.

Dan paling penting-Danial ini bukanlah lelaki yang Alisa mahukan untuk dijadikan suami kerana Alisa memerlukan watak imam yang sempurna untuk merubahnya. Itulah yang Alisa fikirkan pada waktu itu.

"Alisa."

"Hm?" Alisa menyahut sahutan Danial.

"Kalau misalkan lah suatu hari nanti kita kahwin..." Alisa terus ketawa.

"Diam lah Danial... mimpi kau ni tinggi sangat dah..."

"Aku belum habis cakap lagi.."

"Tak payah cakap lah, jawapan aku tetap tak" Danial menggeleng sambil tersenyum.

"Aku nak cakap dekat kau yang kalau kita ni kahwin, aku rasa kita mesti cerai dalam seminggu" Alisa tergelak.

"Seminggu? Lamanya... Aku bagi kau masa tiga hari aje"

"Dua hari."

"Sehari."

"Setengah hari." mereka berdua ketawa bersama.

Entah kenapa, pergaduhan mereka kali ini terasa berbeza. Terlalu tenang dari sebelum-sebelum ini. Hanya banyak terdengar tawa kecil yang sesekali terdengar di antara mereka.

"Kau tahu tak, Alisa..." Alisa menoleh. "Apa?"

Danial tersenyum sambil memandang wajah Alisa yang berada dihadapannya.
"Aku rasa kau sebenarnya cantik kalau kau tak marah"

"So... selama ni kau nampak aku hodoh ke jantan?"

"Aku tak cakap macam tu?"

"Tapi maksud kau macam tu juga kan?" Dia menggeleng sambil ketawa. "Susah betul nak puji kau ni, Alisa.." Alisa tersenyum.

Dia memandang Danial untuk beberapa saat. Danial juga memandang dirinya. "Jangan pandang lama-lama, nanti suka"

"Tak hingin aku"

Malam itu terasa bagai malam yang sangat pelik untuk Alisa. Entah kenapa Alisa masih terbayang-bayang dengan kata-kata Danial kepadanya barusan tadi. Cantik? Betul ke? Susah dapat pujian dari lelaki macam Danial ni.

"Aku rasa kau memang tak ada perempuan lain selain aku untuk kau kacau, kan?"

"Perasan lah kau ni, aku ni kacau kau sebab aku memang tak ada kerja lain"

"Kalau macam tu, apa kata kau kahwin aje dengan aku?" Danial terus menjeling Alisa. "No thanks. Aku tak nak rosakkan hidup aku yang dah cukup rosak ni"

Alisa hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia terdiam. Sedikit kasihan melihat Danial. Hanya dia sahaja yang tahu, apa yang di alami oleh Danial.

Mereka berdua hanya diam membisu. Tidak lama kemudian. "Danial..." Suara Alisa mula memecahkan keheningan.

"Hm?"

"Kau rasa kita akan macam ni sampai tua tak?" Danial terdiam seketika sebelum tersenyum.

"Entahlah, kenapa kau tanya macamtu?" Alisa hanya mampu mengangkat bahunya.

"Kalau sampai tua pun kau masih macam ni, aku rasa aku akan tetap kacau kau." Alisa ketawa.

"Aku pun akan tetap marah kau." Danial tersenyum. Alisa juga senyum melihat Danial.

Pada saat itu, mereka langsung tidak tahu bahawa kebahagiaan kecil yang mereka rasakan sekarang ini sangat berarti untuk diri mereka masing-masing.

Malam itu berakhir seperti biasa. Setidaknya, itulah yang mereka dapat bualkan untuk hari ini.

Selang beberapa minit kemudian, Danial bangun dari sofa dan mencapai kunci keretanya.

"Weh lis, aku gerak dulu" Alisa hanya mengangguk. "Ha okay, hati-hati"

Danial berhenti seketika di muka pintu sebelum menoleh. "Kau pun. Jangan rindu aku pula"

"Pergi mampus" Danial ketawa kecil sebelum melangkah pergi. Alisa hanya mampu menggeleng sambil tersenyum.

Dia tidak tahu bahawa ucapan ringkas itu bakal menjadi antara perkara terakhir yang pernah dikatakannya kepada Danial.

Kerana selepas malam itu, semuanya tidak akan pernah menjadi sama lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ini Takdirku (On Going)Stories to obsess over. Discover now