DENDAM DANIA 2

8.2K 176 5
                                    

dania bangun awal pagi itu. dia pergi ke pusat bandar seorang diri. tempat yang pertama sekali dia pergi ialah saloon kecantikan. dia ingin mengubah warna dan stail rambutnya. perlahan lahan kain tudung di kepalanya di buka. dia menyuruh pekerja di saloon tersebut memotong rambutnya pendek seperti stail rambut pelakon charlize theron dalam movie 'Aeon Flux'. selepas rambutnya siap di potong dia pun menyuruh pekerja saloon itu mewarnakan rambutnya dengan warna purple. selepas merubah warna dan stail rambutnya dia mula melangkah meninggalkan saloon tersebut. baju kurung biru tua yang di pakainya saat itu di perhatikannya seketika. Rasanya dia perlu merubah cara dia berpakaian pula. Cepat cepat dia mengorak langkah menuju ke arah butik pakaian dan aksesori yang terletak tidak jauh dari situ.

Satu demi satu pakaian yang tergantung di situ di perhatikannya seketika. kali ini dia tidak mahu memilih baju kurung untuk di pakainya. dia memilih 4 helai baju gaun yang agak seksi, 4 helai baju blaus, 4 helai baju baby 't' yang cantik dan 4 helai skirt jeans pendek paras paha dari warna yang berbeza. selain daripada itu dia memilih rayban hitam yang sesuai untuk di pakainya. kasut tumit tinggi dan beg berjenama pun turut menjadi pilihannya. setelah habis memilih barangan yang di sukainya, dia pun membayarnya di kaunter. selepas membayarnya dia masuk ke dalam bilik persalinan untuk memakai pakaian yang baru di belinya itu. dia keluar dari dalam bilik persalinan itu dengan gaya yang jauh lebih mengancam. baju baby 't' warna pink di padankan dengan skirt pendek berwarna biru tua membuatkannya bertambah cantik. dia tak ubah macam seorang gadis modelling yang memperagakan pakaian pula. beberapa pasang mata lelaki tertumpu ke arahnya. dania buat tak tahu saja. dia berjalan meninggalkan bangunan shopping mall itu dengan penampilan yang jauh berbeza dari kebiasaannya.

*** *** ***

malam itu nadirah baru saja balik dari tempat kerjanya. dia lihat seorang gadis berambut pendek dan berwarna purple sedang melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. gadis itu kelihatan sangat seksi dengan memakai blaus pink bersama skirt jeans pendek berwarna hitam. solekan di wajahnya pun nampak menarik. nadirah menggosok gosokkan matanya. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. "dania?... kau ke tu?", soal nadirah terkejut dengan penampilan rakannya itu. "ya... aku lah ni... kenapa kau terkejut ke tengok penampilan baru aku ni?", soal dania sambil tersenyum. "oh my god!... kau sudah berubahlah... kau nampak berbeza malam ni... apa dah jadi dengan kau ni?", soal nadirah sungguh terkejut.

"aku nak tukar imej aku lah dirah... kenapa tak boleh ke kalau aku ikut trend semasa?", soal dania. "boleh tu boleh juga tapi apa yang membuatkan kau tiba tiba mengubah cara penampilan kau ni?...", soal nadirah kehairanan. "adalah... aku malas nak terangkannya pada kau sekarang. aku nak keluar bersukaria malam ni... talk to you later...", balas dania sambil beredar dari situ.

"eh!... nanti dulu... kau nak pergi ke mana malam malam buta ni?", soal nadirah ingin tahu. "aku nak pergi ke kelab malam. aku nak hiburkan hatiku yang gundah gulana ni...", jawap dania dengan wajah yang selamba. dia memakai kasut tumit tingginya dengan tergesa gesa. "apa?... kau nak pergi ke kelab malam seorang diri?", soal nadirah terkejut. "yalah... kau jangan bimbang tentang diri aku lah... aku tahu jaga diri aku sendiri...", balas dania dengan pantas. "yelah tu... macamlah kau tu pandai sangat jaga diri kau sendiri...", balas nadirah separuh sinis. "yeah!... whatever... teksi dah sampai dah tu... aku pergi dulu... bye...", dania bersuara sambil beredar dari situ. dia berlari masuk ke dalam perut teksi yang berada tidak jauh dari situ.

*** *** ***

Irfan duduk di meja sambil meminum vodka di gelasnya. dia minum dengan di temani oleh 2 orang gadis GRO yang cantik cantik belaka. bunyi bising muzik techno di tambah dengan bunyi bising orang berbual di dalam kelab malam itu tidak di hiraukannya. dia sedang sibuk melayan karenah 2 orang gadis GRO yang duduk minum dengannya saat itu. "irfan... bos nak cakap dengan kau...", kata rakannya iqbal. dia menyerahkan handfon di tangan pada pemuda tersebut.

"hello...", sapa irfan dengan malas. "hello... irfan.... kau dah send barang tu pada si ringo pagi tadi tak?", soal bosnya dalam handfon di tangan. "dah...", balas irfan sepatah. "mana duitnya?", soal bosnya lagi. "aku dah serahkan duit tu pada benji pagi tadi...", balas irfan dengan malas. "kalau macam tu baguslah... esok pagi kau datang jumpa aku macam biasa, ya?... ada barang baru yang perlu di hantar pagi esok...", kata bosnya itu. "hm... baiklah bos...", balas irfan dengan malas. talian handfon di matikan. dia kembali berbual dengan 2 orang gadis GRO tersebut.

Dania melangkah masuk ke dalam kelab malam extra yang bising itu. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat itu. perlahan lahan dia duduk di meja kosong yang ada di situ.seorang pelayan wanita berpakaian seksi datang menghampirinya. "nak minum apa cik? tiger? carlsberg? stout? vodka? jack daniels?...", soal pelayan wanita itu ingin tahu. "smuanya alkohol ke? tak ada ke minuman lain kat tempat ni?", soal dania ingin tahu. pelayan wanita itu ketawa padanya. "hahaha... kalau kau nak minta air coffee, milo atau teh... kat sini memang tak adalah cik adik oiiii... kalau softdrink yang sejuk macam coke, pepsi atau root beer tu adalah...", balas pelayan wanita itu. "ok, tolong ambikkan aku 1 coke...", balas dania dengan pantas. pelayan wanita itu terus beredar dari situ.

Dania memerhatikan keadaan di dalam kelab malam itu. ada orang menari mengikut rentak muzik yang di mainkan. ada juga orang yang duduk sambil minum sampai mabuk-mabukkan. Tak kurang juga yang duduk di meja sambil berbual panjang. ketika dia sedang memerhatikan keadaan di dalam kelab malam tersebut tiba tiba matanya terpandang akan seorang pemuda berambut punk dan berwarna purple sedang duduk minum minum di meja yang terletak tidak jauh dari situ. tiba tiba hatinya terasa sakit. kalau tidak salah itulah pemuda yang telah merogolnya tempohari. dia lihat pemuda itu sedang leka melayan karenah 2 orang gadis yang duduk dengannya saat itu. Mereka minum dan berbual sambil berpelukan mesra. sakit betul hati dania ketika itu. namun di tahannya saja rasa sakit hati itu di lubuk hatinya. Setelah puas berbual dan bercumbu dengan 2 orang gadis tersebut pemuda itu di lihatnya mula melangkah meninggalkan kelab malam tersebut dengan di iringi oleh seorang pemuda berambut panjang yang di ikat dengan kemas. dania bangun dari tempat duduknya lalu mengekori mereka dari belakang. dia berfikir tentu mereka hendak balik ke rumah masing masing. dia ingin menyiasat pemuda itu tinggal di mana...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now