Takdir Mempertemukan

8 0 0
                                        

Muhammad Syafique & Aleeya Alycia

12 Jun 2026

Takdir mempertemukan aku dan dia.

Semuanya bermula daripada satu bot di Telegram. Aku terlihat profilnya, lalu tanpa berfikir panjang aku menekan butang like pada sampul profilnya. Aku mula menaip sesuatu.

"Yow braderr."

Tidak lama kemudian, dia membalas like aku.

Dari situ, aku mula menghantar mesej kepadanya.

Perbualan dimulakan oleh aku.

"Hai kacipp."

Ada jeda sebentar sebelum dia membalas,

"Hii."

Dan bermulalah perbualan antara kami. Kami mula bertanya tentang biodata masing-masing. Nama, umur dan pelbagai perkara lain.

Mesej demi mesej berbalas, sehinggalah topik tentang tempat belajar muncul.

"Study dekat mana?"

Pada awalnya, aku menganggapnya biasa sahaja. Namun, aku sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa dia juga belajar di institusi yang sama denganku.

Kami berdua sama-sama belajar di politeknik.

Bezanya, dia di Kedah, manakala aku pula di Kelantan.

Kemudian, aku mula bertanya tentang kursus yang dia ambil.

Dan sekali lagi...

Aku tidak percaya.

Aku dan dia mengambil kursus yang sama. Kami sama-sama dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Tak sangka, bukan?

Perbualan tentang pelajaran kami mula berlanjutan. Aku mula bertanya tentang subjek-subjek yang bakal aku hadapi, memandangkan dia merupakan senior aku.

Dia lebih tua setahun daripada aku.

Hari demi hari, aku mula mengenali dia sedikit demi sedikit.

Daripada sekadar bertanya tentang pelajaran, kami mula berkongsi cerita dan mengenali diri masing-masing.

Aku tidak pernah menyangka bahawa sebuah pertemuan kecil melalui bot Telegram mampu membuka satu cerita yang panjang.

Satu like yang pada awalnya tidak bermakna, akhirnya menjadi titik permulaan kepada kisah kami.

Dan demikianlah, kisah kami bermula.

~Reyydair

Pada Frekuensi Yang SamaHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora