We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

prolog

4 1 0
                                        

BLOSSOM: THE MISSING PIECE

"After 12 years we meet again. Your face have changed. But my heart still love the same person." - Aran Ling

A story about mystery pretty woman.
And the darkness inside her.

.

.

.

.

.

..............................................

ANGIN menyapa lembut rambut yang menari-nari ditiup angin. Pipinya yang terlindung oleh rambut berubah kemerah-merahan kerana kesejukan. Namun matanya tetap tertutup rapat untuk menikmati deruan hawa pagi.

"Sayang..."

Seseorang menyeru dia dari belakang. Dia lekas membuka mata namun tidak berpaling menghadapnya. Dia hanya mendengar langkah kaki yang semakin mendekatinya.

Tiba tiba dia merasakan sebuah tangan yang kekar memeluknya dari arah belakang. Lelaki itu memeluk dia dengan penuh kasih sayang. Ling mengukir senyuman yang penuh bahagia.

"Sayang, boleh abang cakap sesuatu."

Lelaki itu tadi kemudian membisik di telinga Ling.

"Ya..cakaplah."

Ling membalas. Bibirnya kembali tersenyum menampakkan lesung pipi.

"I love you."

Lelaki itu mengucapkannya sangat perlahan namun masih dapat Ling tangkap apa yang dikatakannya.

Mungkin dia malu untuk ucap dengan kuat. Ling bermonolog di dalam hati.

"Wo ai ni too." (I love you too)

Ling perlahan mengatakan kepada si suami yang memeluknya.

Ekspresi si lelaki dapat dilihat tersenyum gembira apabila Ling melihat samar samar di sebalik rambutnya. Ling turut sama tersenyum. Mereka berdua kekal dalam posisi itu.

Ling merasa pelik. Kenapa detak jantung orang yang memeluknya semakin perlahan. Atau itu hanya halusinasi dia sahaja. Dia cuba untuk beriak biasa. Jangan fikir yang bukan-bukan Ling. Bisiknya perlahan.

Ling memegang tangan lelaki tersebut. Dia sedikit terkejut. Tangan lelaki itu bagaikan beku. Ling pelik. Bukankah dia sudah memasang pemanas tadi. Ataupun dia terlupa. Tapi tangannya biasa saja. Mungkin suhu badan dia sendiri. Ling menoleh sedikit memandang pemanas bilik. Ianya terpasang. Wajah dia berubah cuak. Ling pantas memanggil suaminya.

"Awak... "

Tiada sahutan. Ling memanggilnya lagi.

" Lan Zhan ?"

Sepi.

"Lan Zhan... "

Tiada sahutan juga.

Tidak berfikir panjang kerana panik, Ling dengan cepat memalingkan tubuhnya ke arah Lan Zhan. Dia melihat baju putih yang dipakai lelaki itu sudah berubah menjadi merah darah. Ling memegangnya sekuat tenaga. Lan Zhan pengsan dan tubuhnya semakin menurun ke bawah menyebabkan dia pun terdorong sekali. Dia meribanya.

"Lan Zhan, can you hear me?"

Sepi. Tiada tindak balas. Hanya tubuh kaku yang terbaring di depannya yang semakin memucat. Dia turut terkaku di situ memandangnya. Setitis. Air jernih mula turun di pipi Ling. Semakin lama semakin banyak ianya turun membasahi pipinya. Dia cuba menggoncang bahu suaminya beberapa kali namun hampa.

"Lemah. Kau berdua memang dari dulu lagi sepatutnya dah mati. Sekarang tengok, apa kau dah buat. Kau biarkan dia derita bersama kau. Betullah apa yang aku cakap dulu, cinta memang kejam. Tapi aku rasa, cinta menjadi kejam sebab pencinta itu lemah. Macam kau berdua. Dan, jangan lupa untuk ucapkan selamat tinggal kepada hero kesayangan kau."

Seseorang tiba-tiba muncul di ruangan itu. Dia berkata dengan suara datar tetapi kejam untuk didengar oleh wanita di situ. Dia mula menapak ke arah Ling dan Lan Zhan. Dengan perlahan-lahan Ling meletakkan kepala Lan Zhan di atas lantai dan bingkas bangun menapak ke arah si 'dia'. Ling dan 'dia' saling berhadapan. Mereka berdua tersenyum senget.

Ling baru ingin memulakan percakapan. Namun 'dia' tiba-tiba menghilang dari pandangannya. Ling melihat ke seluruh ruangan bilik. Matanya akhirnya berhenti pada satu benda hitam yang berada di sebalik frame gambar. Ling tersenyum sinis.

"Ilusi. Nice game."

Ling tidak hiraukan benda hitam tersebut. Dia mengambil bantal di atas katil lalu berjalan ke arah Lan Zhan. Dengan perlahan Ling meletakkan bantal di bawah kepala Lan Zhan. Dia membelai lembut pipi yang pucat. Satu kucupan singgah di dahi suaminya.

"Rehat dengan baik. Tunggu saya nanti saya datang kembali. I love you too."

Ling mengucap satu persatu berharap empunya badan yang terlantar itu akan mendengar. Ling bergegas ke arah pintu bilik sebelum bayangnya menghilang di sebalik pintu kayu itu.

Aku harus temui dia. Bisik Ling di dalam hati.

.

.

.

.

.

....................................

Segala yang terkandung dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun sudah meninggal.

Diharapkan semua tidak mengambil serius penulisan ini.

Ini hanyalah angan-angan dan imaginasi semata-mata dari seorang budak yang suka berimaginasi dan bermimpi-mimpi di siang hari... malahan juga di malam hari. Hahaha

Cerita ini diilhamkan daripada cerita 'Guardian', iaitu cerita dari negara China yang dimainkan pada tahun 2018.

Ye... cerita ni dah lama. Memang. Dan cerita yang saya tulis ni pun dah lama... dalam 2021 atau 2022. Dan ianya dibiarkan berhabuk di dalam notes telefon saya.

Dan, prolog ni semestinya dari beberapa tahun lepas. Saya tak berapa nak rajin nak edit biar nampak matang sikit penulisan tu.. Taklah cam budak-budak. Tapi... Nantilah ye saya edit balik. Huahahahahaah

Namun begitu, segala watak, latar tempat, dan jalan cerita 100% rekaan saya sendiri. Hanya imaginasi saya selepas menonton drama itu sebab dia berakhir dengan 'sweet' ending...

Allrightreserved@Mrs_Sweetheart

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allrightreserved
@Mrs_Sweetheart

BLOSSOMStories to obsess over. Discover now