Sepanjang 25 tahun Elnaura Haneena hidup, tidak pernah dia bercinta dengan mana-mana lelaki. Jangankan bercinta, jatuh cinta pun tidak. Sampai semua orang di sekelilingnya risau. Kut la si El ni suka kaum sejenis kan?
Pertemuan tanpa sengaja Elnaur...
Fardain Ryaz bingkas turun dari katil nya bila dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Dia dah lambat. Ini la akibatnya tidur semula selepas subuh, kan dah terlajak dah.
Selepas mandi apa semua, dia gerak ke bilik anaknya di sebelah. Mujur baju kerjanya sudah di gosok awal- awal lagi dan dibantu oleh uminya. Ini la hidup tanpa seorang isteri. Kerana itu, Ryaz lebih memilih untuk tinggal bersama keluarganya.
Masuk sahaja ke dalam bilik anaknya yang bernuansa merah jambu itu, dia terkejut. Anaknya sudah tiada di situ. Biliknya juga sudah kemas. Okey, ini mesti umi dah kejut dulu.
Tanpa berfikir panjang lagi, Ryaz turun ke bawah. Benar, anaknya sudah duduk comel di meja makan bersama ahli keluarganya yang lain. Adik-adiknya juga ada di situ.
"Ha, baru turun. Kenapa lambat?" Sergah Puan Farah.
Ryaz tersengih sambil menarik kerusi di sisi Raiyya, adik bongsunya. "Sorry, umi. Terlelap lepas subuh tadi, penat sangat. Budak-budak nak exam,"
"Ini nasib baik korang tinggal dekat sini tau? Kalau duduk rumah sendiri, mau tak sekolah cucu umi ni nanti."
Ryaz toleh ke arah Ryanna, anaknya yang sedang makan. "Sorry, sayang."
"It's okay, papa."
"Dah la tu, Puan Farah oi. Depan rezeki ni, tak elok membebelkan anak." Tegur Encik Rasyid.
Terdiam terus Puan Farah. Raiyya dan Rizq, adik kedua Ryaz tidak berani mahu membuka suara. Mereka hanya makan dengan senyap.
"Korang berdua ada kelas ke?" Tanya Ryaz kepada kedua adiknya selepas mereka selesai sarapan. Waktu itu, Ryaz sudah bersiap hendak ke kereta untuk menghantar Ryanna sekolah.
"Tak ada, kelas aku petang. Adik aku tak tahu la," Jawab Rizq.
"Kelas adik pun petang. Nanti adik pergi dengan angah jelah. Along nak pergi hantar Anna dulu kan?"
Ryaz angguk. "Kelas aku, kau jangan skip ea, ngah? Selalu sangat kau skip kelas aku. Hari ni kalau kau tak masuk lagi, aku tolak point kau."
"Iya, aku tahu la. Pergi hantar Anna tu, dah lambat ni." Rizq berlalu naik ke atas selepas mengucapkan ucapan itu. Begitu juga dengan Raiyya.
"Anna, dah salam nek mi dengan tok bah tak?"
"Dah,"
"Okey, jom kita pergi sekolah."
Ryaz memimpin tangan anaknya itu. Sudah tujuh tahun dia membesarkan anaknya itu sendiri dengan bantuan dari keluarganya. Isterinya meninggal dunia selepas melahirkan Ryanna dan sejak itu, Ryaz menutup pintu hatinya serapatnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Elnaura Haneena masih bersantai- santai walaupun jam sudah masuk ke angka tujuh setengah pagi. Hanisah Qasrina yang membebel sedari tadi, melengking suaranya dari bawah memanggil nama Elnaura berulang kali bagai kaset rosak.