PETANG itu, kawasan sekolah masih dipenuhi pelajar yang baru selesai menghadiri kelas. Suara mereka berselang-seli dengan bunyi loceng terakhir yang bergema di seluruh bangunan. Ada yang berjalan pulang bersama rakan-rakan sambil bergelak ketawa, ada juga yang menunggu ibu bapa di hadapan pintu pagar.
Di bangunan pentadbiran pula, suasananya jauh lebih sunyi.
Seorang lelaki berkemeja putih bersama kot hitam melangkah masuk ke dalam sekolah dengan wajah yang sukar ditafsir.
Sebaik sahaja menerima panggilan daripada pihak sekolah sebentar tadi, dia terus membatalkan mesyuaratnya dan datang tanpa berlengah.
"Good afternoon, Dato'," tegur seorang guru yang kebetulan melalui koridor.
"Good afternoon."
Dato' Eizlan membalas dengan senyuman nipis sebelum meneruskan langkah menuju ke bilik pengetua. Sudah berkali-kali dia dipanggil ke sekolah atas sebab yang sama.
Sebaik tiba di hadapan pintu bilik pengetua, dia mengetuk perlahan sebelum pintu dibuka dari dalam.
"Silakan masuk, Dato'."
Dato' Eizlan mengangguk lalu melangkah masuk.
Pandangan matanya terus tertumpu kepada seorang gadis yang sedang duduk di atas kerusi sambil membelek telefon bimbit.
Keira Amanda.
Anaknya langsung tidak kelihatan seperti seseorang yang baru sahaja membuat masalah. Riak wajahnya biasa sahaja, tanpa sedikit pun tanda gelisah atau rasa bersalah.
"Good afternoon, Dato'," sapa pengetua sambil mempelawa duduk.
"Thank you."
Sebaik sahaja mereka mengambil tempat, pengetua membuka sebuah fail yang sudah tersedia di atas meja.
"Terus terang saya cakap, ini bukan kali pertama Keira melakukan kesalahan disiplin," katanya.
Dato' Eizlan hanya mengangguk perlahan.
"Saya faham."
"Hari ini, Keira bersama beberapa rakannya telah melepaskan cengkerik ke dalam makmal sains. Keadaan menjadi kecoh sehingga kelas terpaksa dihentikan. Semasa guru disiplin cuba mengawal keadaan, Keira pula menyembur alat pemadam api di sepanjang koridor."
Dato' Eizlan mengalihkan pandangan ke arah anaknya.
"Care to explain why you did that?" soalnya.
Keira mengangkat bahu sambil menyilangkan tangan di dada. "It was just a prank," katanya selamba.
"Seriously?" soal Dato' Eizlan, jelas tidak percaya dengan jawapan anaknya itu.
Keira mengeluh kecil sebelum bersuara. "What's wrong? Bukan ada orang yang cedera pun," katanya tanpa rasa bersalah.
"Keira," nada suara Dato' Eizlan mula kedengaran lebih tegas.
"Ini bukan soal ada orang cedera atau tak. Tindakan kamu dah ganggu sesi pembelajaran dan menyusahkan ramai orang."
Keira tidak menjawab.
Dia hanya mengalihkan pandangan ke arah telefon di tangan, seolah-olah perbualan di hadapannya tidak langsung penting. Jari-jemarinya bergerak perlahan pada skrin, membuka dan menutup sesuatu tanpa tujuan yang jelas.
Suasana dalam bilik itu menjadi sedikit tegang.
Dato' Eizlan menahan nafas, cuba mengawal nada suaranya yang mula naik.
"Keira."
Masih tiada respon.
Pengetua di hadapan meja menarik nafas perlahan sebelum membuka kembali fail di tangannya. Suasana dalam bilik itu terasa semakin berat, hanya bunyi helaian kertas yang diselak memecah kesunyian.
YOU ARE READING
Sweet Chaos
Romance[ slow update ] Haiden Ryan & Keira Amanda. sinopsis. Keira Amanda hidup dengan satu peraturan, buat apa yang dia mahu, bila-bila masa dia mahu. Selepas terlalu banyak masalah disiplin yang dicipta, ayahnya menghantarnya ke St. Aldrich Academy, sebu...
