PROLOG

41 4 0
                                        

The Knight: When Love Bleeds

"He was sworn to protect her. Even if love had to bleed."

Dia melindunginya dengan caranya sendiri.

Cara yang tidak pernah bersih.

Bermandikan darah.

Bertarungkan nyawa.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prolog

Kakinya mula hampir hilang daya namun dia terus berlari, lari sampai mana dia belum pasti kerana apa yang dia mahu hanyalah demi menyelamatkan dirinya daripada kerakusan manusia itu. Remaja lelaki itu tidak lemah namun siapa sahaja yang tidak habis kudrat jika dirinya dibantai, dihentam dan diseksa hampir tinggal separuh nyawa. Walaupun begitu, dia tidak kenal apa erti putus asa selagi dia masih belum menemukan jalan selamat.

Di antara lorong-lorong kecil di sebalik kontena yang bertindan tinggi, kaki diseret, dipaksa berlari, tetapi bukan semberono, dia mengatur langkah, mencari ruang dan peluang.

Suara-suara derap kaki yang mengejarnya semakin hampir namun dia tetap tidak mengalah. Nafas yang semput diburu, dadanya turun dan naik begitu laju.

"Cepat! Kejar budak tu... cari sampai dapat!"

Dia pejam matanya untuk sesaat. Degup jantungnya semakin berantakan. Suara durjana itu hampir, terlalu hampir. Jika dia tertangkap lagi... mungkin itu petanda ajalnya sudah mendekat.

Mata merahnya dibuka, melilau sehinggalah dia terlihat sebuah lori angkat yang berada tak jauh darinya.

Itu satu-satunya jalan yang ada. Dia kumpul nafas, membuka langkah berkobar-kobar dan akhirnya dia berlari ke arah lori angkat itu.

"Woi! Sini! Sini!" suara-suara jahat beberapa orang lelaki menjerit saat kelibat dirinya melintas di ruang kosong, menuju ke lori angkat itu.

Tuhan masih menyebelahinya. Dia naik ke atas lori angkat itu, mujur dia pernah kendali jentera kecil ini dahulu sewaktu bekerja di kilang simen di kampungnya. Sekarang, dia bersyukur pada pengalaman itu.

"Kejar! Jangan bagi dia lepas!" jeritan mereka masih kuat.

Jantung remaja lelaki itu bagai nak pecah namun mengalah tiada di dalam kamus hidupnya.

Pedal ditekan, berdesup bunyi geseran tayar lori angkat itu menuju ke kawasan gudang. Peluh semakin lebat di dahi, tangannya terketar-ketar memulas handle. Dia tekan pedal lagi, memaksa jentera itu bergerak lebih laju daripada kemampuan. Bunyi besi-besi karat itu kuat kerana dikerah lebih daripada had namun jentera itu masih menurut.

Mata helang remaja ini mencari lorong yang boleh dia menyelinap. Namun, tiada satu yang boleh dia masuk sehingga akhirnya bunyi dentuman kuat menghentikan jentera itu. Enjin terbakar.

Dia tiada pilihan. Dia melompat turun daripada lori angkat, kaki terkocoh-kocoh berlari sehingga dia berjaya menyusup ke celah kotak-kotak yang bersusun tinggi.

Nafasnya ditarik dalam. Dia tidak tahu, dia masih ada sinar untuk selamat atau tidak kerana matanya mulai kuyu...

Tangannya menekan dada, loket kecil berbentuk silinder di dadanya dipegang utuh. Tubuh menggigil kuat.

'Jika kamu mati sekalipun, loket ini tidak boleh sampai ke tangan mereka,'

Kata-kata lelaki itu terngiang di telinganya.

Dia tiada pilihan. Rantai ditarik, loket dicabut. Mulut dibuka.

BANG! BANG!

Dentuman kuat bergema di gudang kosong itu.

Matanya terkatup, tubuhnya rebah di celah kotak.

TBC.

The Knight ; When Love BleedsStories to obsess over. Discover now