Kau pernah hadir
Di saat semua melupakan ku
Kau bagai menteri
Menyinari hari-hari ku
Nin
Apa khabar sayang?
Aku terlalu rindu
Dan rindu ini melukakan
Aku berjanji
Di masa nanti
Kan ku bahagiakan mu
Sepenuh hati
Tiada yang lain...
-Leopard
...
Aku melihat ruang tamu rumah Fahad. Besar dan cantik. Gaya dia minimalis dan moden.
Lamunan aku terhenti bila ada yang menepuk aku.
Aku memandangnya.
'Kalau kita tak pergi honeymoon boleh?' Aku membaca gerak-geri tangannya.
Ya, aku tuli. Fahad tahu berbahasa isyarat juga kerana sejak kecil ibu bapa kami sangat rapat.
Setelah, ibu dan ayah aku meninggal, keluarga mereka masuk meminang aku kerana kata mereka ini ialah wasiat ibu dan ayah aku. Jadi, aku ikutkan sahaja.
'Kenapa?' Aku membalas.
Dia menggaru kepala sebelum menjawab.
'Ainin, dia tak bagi saya honeymoon dengan awak,' jawabnya sambil tersengih.
Betul, aku ialah isteri kedua. Tiada sesiapa tahu yang dia sudah lama berkahwin kecuali aku. Sebelum kahwin dia dah cakap dengan aku. Jadi, aku sudah sedia maklum.
Kenapa aku masih berkahwin dengan dia?
Tiada sesiapa yang nak jaga aku jika aku tak berkahwin dengan Fahad. Aku juga takut susahkan ibu bapa Fahad kalau tumpang lama di rumah mereka.
Sekurang-kurangnya, perkahwinan ini bukan perkara yang menyusahkan.
Kami dah buat perjanjian. Kalau aku jumpa lelaki yang boleh jaga aku, dia akan lepaskan aku dengan cara yang baik.
'Okay,'
Dia menghela nafas lega.
'Awak tidur mana malam ni?' soal aku. Sebabnya, rumah isteri pertama dia sebelah rumah aku je.
'Saya dah buat jadual. Minggu ni, rumah awak. Minggu depan, rumah Ainin.'
Aku mengangguk dan membuat tanda 'okay'
Tetapi...
Selama seminggu ni, Ainin selalu cuba untuk kurangkan masa aku bersama Fahad.
Macam-macamlah yang dia buat. Berlakon sakit, ajak pergi dating, ajak teman balik rumah mak dia.
Tipulah kalau aku tak sunyi. Cumanya, aku cuba faham sebabnya aku yang terima perkahwinan ini. Jadi, tak boleh banyak complain sangat.
Aku sedang menulis lirik lagu di dalam buku diary aku. Pelik?
Aku faham kalau kauorang semua rasa aku macam tu. Sebenarnya, aku teringin sangat nak dengar bunyi-bunyi.
Aku suka sangat dengan muzik walaupun aku tak tahu bunyinya macam mana.
Tajuk: Petrichor
(Verse 1)
Langit kelabu mula menangis perlahan
Membasahi jalan yang lama kesepian
Dan aku berdiri di bawah hujan itu
Mencari bayangmu dalam setiap rindu
(Pre-Chorus)
Haruman bumi selepas hujan
Seakan membawa namamu pulang
(Chorus)
Petrichor...
Wangi hujan di hati yang retak
Mengingat semua yang pernah dekat
VOCÊ ESTÁ LENDO
Masa Nanti (Oneshot)
Romanceبِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ Kisah seorang Hanin yang tuli bersama suaminya Fahad yang mempunyai isteri lain
