Jika disuruh memilih samada melintasi gunung tertinggi didunia sebanyak 4 kali atau berkahwin dengan manusia yang dia tidak pernah melihat batang hidungnya, sudah pasti dia akan memilih untuk tidak melakukan kedua-duanya. Manusia gila mana yang sanggup melakukan hal tidak wajar seperti itu?
Jika dipaksa sekalipun, sudah pasti benak fikiran manusia yang cerdas ini akan melancarkan operasi mengelakkan diri dengan cara yang tidak wajar.
Seperti yang dilakukan Camilla pada ketika ini setelah dia mendengar satu baris keramat yang teramat keluar dari mulut ketua keluarga angkatnya, Neil Henderson a.k.a bapa angkat yang menemui Camilla didalam sebuah kotak lusuh di lorong yang gelap dan kosong.
'Milla nak atau tak, tu belakang cerita. Kahwin.'
Ayat yang keluar dari mulut bapanya sesaat yang lalu, kini berputar-putar didalam minda Camilla. Ayat tersebut kembali terulang, buka cuma ayat kosong, malah nada santai si bapa saat mengucapkannya turut serta berputar didalam kepala Camilla.
Reaksi Camilla terhadap sebaris patah perkataan tersebut sangat amat luar biasa. Mengalahkan orang yang baru sahaja tidak mempercayai bahawa dia baru sahaja berjaya menggodam sistem keselamatan dunia yang sangat ketat.
Masakan tidak?
Camilla membawa kedua-dua belah telapak tangannya yang tadi berada di sisi tubuh badan, kini naik menekup sisi kepalanya bagaikan orang yang mengalami sakit kepala. Rambut yang disisir rapi menjadi kusut masai disaat tangan yang berada di sisi kiri dan kanan kepala bergerak ke atas dan bawah.
Kepala Camilla digelengkan ke kiri dan kanan. Tubuh badannya mula turut ikut bergerak sebagai tanda protes dan sengaja untuk menunjukkan bahawa penolakan nya bukan biasa-biasa. Malah dramatik mengalahkan pelakon kelas atas.
Disaat Camilla memburukkan tampilan diri sendiri, bapa angkatnya yang berada tepat berhadapan dengan diri tidak mengambil peduli tentang apa yang dilakukan oleh Camilla. Malah bapanya memilih untuk menyedut kopi yang berada ditangannya. Lebih baik minum kopi daripada stres tengok manusia dihadapannya pada ketika ini.
Dalam ruang tamu utama di rumah agam milik keluarga Henderson ini, mereka tidak bersendirian, malahan hampir kesemua ahli keluarga Henderson berada berada di sisi kiri dan kanan mereka berdua untuk menyaksikan drama di pagi hari yang tidak secerah mana ni.
Masing-masing ingin lari daripada menonton drama antara bapa mereka dan si anak angkat.
Setelah bapa mereka mengumumkan tentang pernikahan Camilla dengan seseorang yang mereka yakini bahawa manusia tersebut ialah anak kepada rakan kongsi syarikat bapa mereka, terus sahaja mereka yang lain menyibukkan diri dengan hal lain.
Sebelum kejadian ini berlaku, masing-masing dengan mata yang separa buka bergerak ke hulu ke hilir di dalam rumah. Ada yang terus sahaja mencapai secangkir teh dan roti tawar untuk dimakan sebagai sarapan, ada yang sibuk menyiram pokok bunga di laman hadapan dan ada yang berbaring di sofa sambil menonton televisyen.
Seketika aktiviti yang dilakukan oleh oleh rumah tersebut dipaksa berhenti semata-mata harus mendengar khabar baik bak kata si bapa. Dan yang menjadi mangsa untuk khabar baiknya pada hari ini ialah Camilla.
Ahli keluarga Henderson bukannya sedikit, anak kandung Neil Henderson dan Olivia sahaja sudah dikira banyak, iaitu 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan. Kemudian ahli keluarga Henderson bertambah setelah anak lelakinya berkahwin dan kedua-duanya mempunyai anak.
Kesemuanya wajib tinggal di rumah tersebut kecuali anak perempuan mereka. Alasannya adalah rumah milik keluarga Henderson terlalu megah jika hanya diisi dengan 2 manusia sahaja. Kemudian, bapa mereka menetapkan peraturan bahawa anak lelaki mereka harus tinggal di rumah tersebut bersama isteri mereka masing-masing.
YOU ARE READING
Beautiful Mistake (Slow Update)
RomanceDunia tipu-tipu Camilla lenyap sekelip mata tatkala sebaris patah perkataan yang paling menggerunkan dalam hidupnya keluar dari mulut kepala keluarga Henderson, Neil Henderson, bapa angkatnya yang telah menjaga dirinya semenjak menemui little Camill...
