Bab 4

6.3K 141 6
                                    

SUASANA di balai ketibaan KLIA agak riuh dengan keluarga yang menunggu kepulangan saudara masing-masing. Semua itu membuatkan Shahrul merengus kuat. Bising!

Satu langkah lagi sebelum dia keluar dari balai ketibaan, langkahnya termati. Bibirnya tersenyum penuh sinis sekali gus dia membuka kaca mata hitamnya. Kaca mata disangkut dikolar bajunya.

Akhirnya dia kembali. Kembali hanya selepas lima tahun berlalu. Kembali setelah segala janji dan sumpahnya terlerai. Dulu dia pergi dari bumi Malaysia dengan seribu kesedihan, kekecewaan dan kesakitan tapi kini dia kembali dengan satu perasaan yang tak mungkin terluah olehnya. Marah, benci, dendam, semuanya bersatu. Matanya menunjukkan kepulangannya kali ini bukan untuk saja-saja tetapi mereka yang pernah melukai dan menyakitinya perlu bersedia. Bersedia menerima Shahrul yang baru yang tak pernah mereka lihat sebelum ini.

Rahman di belakang sekadar memerhati. Apabila Shahrul melangkah, dia ikut melangkah. Sesekali ada beberapa kumpulan wanita yang mencuri pandang bosnya. Tahulah Shahrul tu kacak. Aku pula, tak nak diusyarnya, bisik hati Rahman.

Shahrul sedar dia diperhatikan, namun dia berlalu begitu saja. Perempuan? Semuanya sama sahaja!

"Lepaskan I!"

Kaki Shahrul termati sendiri. Matanya terhenti kepada seorang gadis yang yang berusaha menarik tangannya daripada digenggam seorang lelaki. Wajah itu tampak merah menahan kemarahan.

"Tuan..."

Shahrul menjeling sekali gus memberi isyarat supaya Rahman diam. Isyarat itu buat dahi Rahman berkerut sendiri. Dah kenapa dengan bos beruang ni?!

"Apa lagi kau nak daripada aku? See! Hubungan kita dah lama berakhir. Tak perlu la you nak merayu bagai. Meluat!"

Gadis itu ingin berlalu tapi sekali lagi lelaki itu menghalangnya. Dia merengus kuat sekali gus merentap tangannya kuat. Mencerlung anak matanya.

"I tahu salah I. I minta maaf. I masih cintakan you. I nak you kembali kepada I."

Ketawa terus gadis itu dibuatnya tapi pada pendengaran Shahrul, tawa itu sumbang. Jelas sangat gadis itu sedang berpura-pura ketawa sedangkan hatinya begitu sakit.

"Lepas lima tahun, you tinggalkan I terkontang-kanting, sekarang you datang dan cakap pasal cinta? I nampak macam perempuan bodoh ke pada you?" soal gadis itu sinis.

"Pergi mampus dan jahanam la dengan cinta you tu!" Bibirnya diketap kuat.

Sakit hatinya tak cukup untuk dikalahkan dengan cinta yang pernah hadir suatu saat dulu. Apa yang lelaki tu fikir? Boleh membuang seorang wanita begitu saja dan saat inginkan kembali, mereka memujuk rayu? Mungkin perempuan lain boleh dibeli jiwanya, tapi bukan mudah untuk membeli jiwanya yang dah lama hancur. Dia ialah wanita yang sanggup lakukan apa saja untuk melindungi dirinya sendiri.

"Diana Humaira!" Lelaki itu sepertinya terkejut.

"Diam!"

Tengkingan kuat Diana mengejutkan orang ramai. Semakin ramai yang memerhati tapi Diana tak peduli malah dia melawan garang pandangan lelaki durjana yang pernah hancurkan hatinya dulu.

"Dengar sini Encik Muhammad Hisyam! You tak perlu kembali sebab I tak perlukan lelaki macam you dalam hidup I. I tak kesah hidup tanpa dicintai daripada dicintai oleh lelaki macam you!"

"Kenapa you kembali? Kan bagus kalau you tak muncul dalam hidup I lagi dan mungkin lagi bagus you mati daripada I terpaksa hadap muka lelaki macam you ni. Mata I pun tak sakit!"

Lancang memang lancang. Kelancangan mulut yang menunjukkan rasa amarahnya. Dulu dia tak begitu. Cukup baik, cukup manis, cukup sopan dan cukup tertibnya. Tapi apabila dia tahu bagaimana rasanya saat disakiti, dia berubah. Dia hilang segala-galanya. Dia berubah hanya untuk melindungi diri daripada disakiti untuk kedua kalinya.

Backup CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang