"Assalamualaikum, Yam..."
Suara Datin Laila lembut, namun jelas kedengaran di halaman rumah batu setingkat berwarna putih di tepi sungai itu. Petang redup, angin berbisik manja, dan bunyi air mengalir menambahkan rasa damai.
Pintu rumah terbuka.
Dan dunia Datin Laila... seakan terhenti.
Seorang gadis berdiri di muka pintu.
Cantik.
Bukan cantik biasa — tetapi cantik yang membuatkan orang terpaku tanpa sedar. Kulitnya putih bersih, wajahnya lembut, mata bundar yang redup, dan senyuman polos yang entah kenapa terasa sangat manja. Sun dress biru lembut yang dipakainya membuatkan gadis itu kelihatan seperti anak patung hidup.
Datin Laila hampir lupa tujuan kedatangannya.
"Waalaikumussalam... Datin Laila, kan?"
Nada suara gadis itu sopan, lembut, menyenangkan.
"Nenek ada di dapur. Masuklah dulu."
Datin Laila masih memandangnya.
Ya Tuhan... cantiknya budak ni.
Gadis itu menghulurkan tangan.
"Apa khabar, Datin?"
"Saya Aliya... Aliya Jasmin."
Senyumannya manis. Terlalu manis.
"Khabar baik..." Datin Laila menyambut salam itu, tetapi matanya masih tak lepas dari wajah di hadapannya. "Tak payah panggil Datin. Panggil untie Laila saja."
Aliya tersenyum lebar.
"Ohhh... baik, untie."
Cara dia tersenyum pun manja.
Tanpa sedar, Datin Laila terus memeluk gadis itu. Hatinya terasa hangat, seolah-olah sudah lama mengenali anak itu.
Tak sangka... secantik ini cucu Yam.
"Cantiknya Aliya... yang baru tamat belajar di Australia tu, kan?"
Aliya ketawa kecil, sedikit malu.
"Ya, untie. Nenek mesti dah cerita banyak pasal Aliya..."
"Banyak." Datin Laila tersenyum, masih terpukau. "Tapi untie tak pernah tengok gambar. Kalau tahu secantik ni, lama dah untie datang meminang."
Aliya tergelak kecil.
Belum sempat mereka berbual panjang, satu suara mesra muncul.
"Eh, kamu dah sampai, Laila."
Mariam datang dari dapur, wajahnya ceria.
"Masuklah. Si Aliya ni baru goreng cekodok pisang. Bau satu rumah."
Datin Laila duduk di sofa, tetapi pandangannya tetap mencuri-curi ke arah Aliya yang sibuk di dapur.
Budak ni bukan setakat cantik... lembut, sopan, manja.
"Cantiknya cucu kau, Yam. Macam anak patung."
Mariam tersenyum bangga.
"Ikut muka arwah maknya. Tapi aku tak kisah sangat rupa. Akhlak paling penting."
Datin Laila mengangguk perlahan.
Namun dalam hati Datin Laila — dia memang kisah rupa. Lebih lebih lagi kalua bakal menantunya.
"Tapi..." Mariam menyambung, nada sedikit kecewa. "Cantik macam mana pun, tak ada boyfriend." Mariam kecewa.
YOU ARE READING
My Grumpy Jealous Husband
RomanceAliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap...
