Bab 5

76 7 0
                                    

Afif memberitahu supaya jangan balik ke rumah terlebih dahulu kerana mungkin dia mengikuti secara senyap . Aku harus pulang apabila semua ada . Aku rancang untuk pergi ke butik ibu . Dalam perjalanan , aku sedar ada yang mengikuti ku kerana ada kereta yang berwarna hitam ini asyik mengikuti ku . Aku agak dia mahu memotong jadi ku berikan laluan namun sangkaan aku salah . Apabila di tiba suatu simpang kereta itu terus memasuki simpang . Aku agak aku sudah selamat namun ternyata tidak . Aku lihat kereta itu di simpang yang seterusnya . Di simpang itu tiada lampu isyarat . Dia sedang memberhentikan keretanya elok di situ . Mungkin untuk memberiku jalan terlebih dahulu . Aku pun bergerak dengan laju . Namun ternyata itu membawa padah . Ketika ku bergerak dengan laju , dia pun terus langgar kereta aku dari tepi dengan agak laju . Aku cuba untuk mengelak namun aku tidak sempat . Ketika ingin mengelak aku sudah pun tercampak ke kiri jalan . Kereta ku hancur remuk di bahagian tepi dan depan kerana melanggar pokok . Orang ramai memberhentikan kenderaan di bahu jalan . Wanita-wanita yang ada cuba untuk mengeluarkan aku yang tersepit manakala yang lain menghubungi polis dan ambulans . Selepas berjaya mengeluarkan aku , wanita-wanita membaringkan aku di sebelah kereta ku . Aku pengsan di tempat kejadian .

Lindungi Aku !!!Where stories live. Discover now