Sebersama Seperti Biasa

12 0 0
                                        

" Dan! tangkap bola ni!"

Belum sempat pihak lawan mencari keberadaan bola berdebu itu, seorang gadis cilik dengan kecepatan yang tinggi sudah meluru ke arah bola tersebut. Sebaik sahaja bola sudah berada di dalam gapaian kakinya, dia tidak mengendahkan orang lain. Matanya tajam melilau mencari susuk tubuh yang layak untuk menjaringkan gol.

Rakan seperjuangan sudah menjerit meminta untuk bertukar bola namun dia tetap percaya pada seorang manusia sahaja. Eh, maksudnya percaya juga kepada mak, ayah, nenek, kembar, Allah .. eh sudah lah melalut pula.

Nafasnya menderu laju, dadanya naik turun,  pelbagai pemain lawan cuba menggeleceknya namun dia lebih handal mengelak. Dia mengelap peluhnya menggunakan tudung sekolah lusuh itu sambil melihat ke arah satu arah. Dia harus bertukar bola dengan lelaki itu, ya lelaki, Arman Zafuri .

Satu satunya lelaki yang dia percaya untuk menamatkan permainan bola sepak mereka hari ini. Si gadis cilik memekik pada rakannya itu.

"Man Kenit! Terima bola ini!!"

Semua pihak lawan berlari ke arah Arman , secara positif dan yakin mereka dapat mengagak bahwa gadis itu akan melakukan ' passing' kepada lelaki bernama Man Kenit itu. Suara teriakan dari ratu diva sekolah juga kedengaran rancak menyorak serta mengetui pasukan sorak SMK Saint Joseph itu.

Pelajar lain yang turut berada di padang tersebut ikut membeku menunggu siapakah yang akan menjaringkan gol pada minit terakhir.

Dari sisi perspektif pihak lawan, salah satu bintang utama pasukan iaitu Amir Feraldi memberi signal kepada rakan sepasukannya iaitu Rusli Machete .

" MACHETE ! Kita serang Man Kenit !"

Rusli memecut laju ke hadapan Arman. Si gadis cilik melihat dan mendengar dengan baik strategi milik pihak lawan, rakan sepasukannya memekik meminta gadis itu berhenti memilih Arman dek kerana strategi mereka sudah diketahui pihak lawan.

Tetapi, gadis itu bukan kaki bangku, bukan juga pemain biasa. Dia lebih arif dari lelaki seangkatan umurnya tentang bola sepak. Bibirnya membentuk senyuman sinis , dia menyepak bola itu ke arah Arman sekuat tenaga . Semua orang terdiam melihat ke mana bola itu melantun .

Namun , tiada bola yang berjaya melekat di kaki Arman.

" Kikiki !"

Laju kaki gadis cilik itu menyepak ke arah tiang gol . Penjaga gawang sangat terkejut dengan serangan yang dibuat secara tiba-tiba lalu melakukan prediksi yang salah.

"GOLLLLLLL!!!!!!"

Bunyi sorakan dari semua pelajar SMK Saint Joseph memenuhi padang hijau berminyak itu. Mata terkumpul ialah 10 dan 9 , sudah tentu sekolah mereka mendapat mata terbanyak setelah melihat cara pelajar pelajar bersorak.

Rupa rupanya gadis cilik itu tidak pernah berniat untuk melakukan passing kepada Arman. Lelaki tersebut hanyalah tameng untuk memperdayakan pihak lawan , dia hanya berpura pura menyepak bola lalu sepantas kilat menjaringkan gol yang berlawanan arah dengan Arman .

Situasi serta fizikalnya juga sangat membantu untuk memperdayakan para jejaka jejaka pihak lawan yang dari sekolah menengah lain itu.

Siapa yang akan percaya seorang perempuan tahu bermain bola sepak ?

" Kau jadikan aku kambing hitam lagi ye, Dani" Suara Arman bergema pada gegendang telinga kecil gadis cilik itu . Ya , gadis itu ialah Dani.

Arman, not mine.Where stories live. Discover now