Tengku Isaac Grayson melangkah masuk dengan tenang. Wajahnya serius seperti biasa, langsung tidak menunjukkan apa-apa emosi.
“Maaf lambat,” ucapnya ringkas sambil bersalaman dengan ayah Elysia, Elias Yusof.
Zefian yang berdiri tadi hanya tersenyum kecil.
“Along lambat sikit je pun. Kita orang dah mulakan dulu dah.” kata Zefian.
Tengku Liyana tersenyum lembut.
“Isaac ada urusan sikit tadi. Sebab tu Issac suruh mummy, daddy dan Zefian datang dulu.” kata Tengku Liyana.
Elysia mula rasa sesuatu tak kena.
Temankan?
Zefian memandangnya dengan senyuman yang sukar ditafsir.
“Saya minta maaf kalau Ely salah faham.”
“Salah faham?” ulang Elysia perlahan.
Tengku Naufal akhirnya bersuara dengan nada matang.
“Sebenarnya, tujuan kami datang malam ni bukan untuk pinangkan Zefian dengan Elysia.”
Sunyi.
Jantung Elysia berdentum kuat.
“Tapi untuk anak sulung kami..... ”
"Issac."
Elysia terasa dunia berpusing seketika.
“Yang berhajat nak masuk meminang… ialah Isaac.”
Zefian menyandar santai.
Wajah Elysia terus memerah.
Habis tu tadi…
semua ayat ‘kalau sesuai ke arah serius’ tu untuk apa?
Aku dah hampir pengsan, bisik hati Elysia.
Mastura Rose memandang anaknya.
“Elysia… Isaac memang datang dengan niat yang baik.” bisik Puan Mastura kepada anaknya.
Elysia memandang Isaac, masih tidak percaya.
“Tuan… maksudnya…”
“Jangan panggil aku Tuan,” balas Isaac perlahan.
“You don’t have to call me ‘Tuan’ anymore. From now on, call me Isaac.” perkataan 'tuan' itu sengaja di tekankan.
Suasana jadi semakin sunyi.
Isaac menyambung,
“Aku tak pernah main-main dengan kau, Elysia Rose."
“Ely ingat Zef yang nak masuk meminang ke?” sampuk Zefian dengan wajah selamba.
Wajah Elysia terus bertukar merah padam. Kalau boleh, mahu sahaja dia menyelinap masuk bawah sofa.
Isaac menjeling tajam ke arah adiknya.
“Diam.”
Terus mulut Zefian memuncung.
Tengku Liyana menahan senyum, manakala Tengku Naufal hanya menggeleng perlahan melihat gelagat dua beradik itu.
---
Sebulan berlalu tanpa sedar.
Elysia Rose kini sah bergelar tunang kepada Tengku Isaac Grayson. Cincin di jari manisnya masih terasa asing setiap kali dia memandangnya.
Dan tanpa sedar juga… tinggal lagi sebulan sahaja sebelum dia sah menjadi isteri kepada lelaki dingin itu.
Segalanya berlaku terlalu pantas.
ANDA SEDANG MEMBACA
A Rose Among Shadow (OG)
RomanceElysia Rose, anak tunggal dari keluarga yang sederhana, telah lama memendam perasaan terhadap Tengku Issac Grayson, lelaki yang pernah menolaknya habis habisan semasa zaman sekolah. Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula; Issac kini seorang...
