BAB 1

13 0 0
                                        

Di bawah sinaran bulan, Ailee duduk di atas batuan basalt, menikmati deruan angin malam yang dingin, seolah menggigit hingga ke tulang. Puteri duyung itu mempunyai cita-cita besar: suatu hari dia ingin dipanggil "boss".

Setiap malam, dia menatap kota Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur, sibuk dengan aktiviti tanpa henti. Tangannya terulur seolah cuba meraih bangunan 16 tingkat yang gagah berdiri di tengah-tengah kota metropolitan. Mimpi dan cita-citanya terasa setinggi gedung-gedung itu, seolah menunggu saatnya untuk dicapai.

Di atas batu itu, dengan angin yang menyapu dan bulan yang menyorot lembut, Ailee membiarkan dirinya hanyut dalam imaginasi tentang masa depan sebuah dunia di mana dia berdiri teguh, bukan sahaja sebagai puteri duyung, tetapi sebagai pemimpin bagi dirinya sendiri.

Cahaya terang dari setiap bangunan di kota membuat Ailee tersenyum. Hatinya dipenuhi keterujaan hanya dengan memikirkan impian dan masa depannya. Namun, senyuman itu segera memudar apabila terdengar tiupan cengkerang yang nyaring di kejauhan.

Tanpa berlengah, Ailee bergegas menyelam ke dalam air dan berenang pulang ke rumah sebelum tiupan itu berakhir. Tiupan cengkerang itu menandakan bahawa semua duyung harus kembali ke rumah. Mereka yang gagal mematuhi peraturan itu akan dikurung dalam cengkerang gergasi selama empat bulan.

Kerajaan air mempunyai undang-undang yang sangat tegas dan ketat. Peraturan itu membuatkan Ailee tidak merasa selesa tinggal di sana. Hatinya rindu kebebasan dan ingin membuat keputusan sendiri dan membiarkan orang lain mengikut arahnya, bukannya dipaksa menurut peraturan yang membelenggu.

Suara tapak kaki kedengaran menapak menaiki anak tangga. Pengawal keselamatan yang bertugas segera menghidupkan lampu suluh, mengikuti bunyi itu dengan hati-hati. Kepala diterong ke setiap tingkat, tetapi tiada tanda-tanda manusia berada di situ.

Tiba-tiba, terdengar bunyi dari lif. Pengawal keselamatan itu bergegas ke arah lif, namun sekali lagi... tiada seorang pun di dalamnya. Kekeliruan dan rasa hairan menyelubungi dirinya, lalu dia kembali ke pondok sekuriti dengan langkah perlahan.

Sementara itu, di padang sekolah, satu kejadian tragis berlaku: seorang pelajar perempuan tergantung mati di tiang bendera. Namun, tiada seorang pun yang menyedari apa yang terjadi.

Sekolah kelihatan begitu gelap pada waktu malam. Hanya dua orang pengawal keselamatan yang berjaga di gerbang utama, tanpa menyedari bayangan kelam yang menyelubungi kawasan itu. Sunyi malam menambah rasa seram yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

⏰ 6:30 PAGI

"Fendy, bangun!"

Suara loceng dan suara ibunya bersatu, meletup di bilik tidur. Namun si putera tampan itu terus menutup telinga dengan bantal, enggan meninggalkan alam mimpi.

"Anak mama, bangun..."

Puan Raimah masuk ke bilik Fendy. Benar, anak lelakinya masih lena dibuai mimpi.

"Anak mama, bangun lah."

Dia duduk di sisi Fendy, sambil menggoyang bahu anaknya perlahan.

"Good morning," ucapnya lembut, namun Fendy masih menutup mata. Tanpa banyak bicara, Puan Raimah membuka paksa kedua-dua mata Fendy.

"Auchaa... Anak mama, bangun. Mandi!"

Mungkin dia masih menganggap anak lelakinya kecil seperti bayi berusia tiga bulan. Sebenarnya, Fendy sudah 14 tahun. Namun, gurauan ibunya tetap membuatnya tersenyum.

"Okay, mama," balas Fendy sambil bangun dari katil dan merentap tuala mandi.

Puan Raimah tersenyum, lalu melangkah keluar menuju dapur, bersedia menyediakan sarapan dan bekal untuk Fendy serta suami tercinta, memulakan hari mereka dengan penuh kasih sayang.

the boss mermaid (complete)✔Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang