Tengku Ammara Thalia
Berusia dua puluh dua tahun, hampir menginjak ke dua puluh tiga.
Seorang gadis yang cantik, manis, dan selalu dipuji ramai. Tidak dinafikan, pujian itu membuatkan dia merasa istimewa, meskipun kadang-kadang dia sendiri tersenyum malu bila mendengarnya.
Jika dibandingkan dengan abang-abangnya, ketampanan itu seolah sudah menjadi warisan keluarga. Dari jauh pun, aura mereka jelas terserlah. Gagah, kemas, dan menyusahkan emosi orang lain.
Mummy mereka selalu berseloroh tentang darah Eropah di sebelah keluarganya, dan ayahanda berdarah Arab dari nenda.
Bila ditanya tentang keturunan, Thalia sendiri kadang-kadang keliru. Terlalu banyak kacukan.
Namun akhirnya, satu perkara yang dia pegang,mereka tetap Melayu. Bukan Melayu tulen, tetapi cukup untuk membuatkan dia bangga dengan asal-usulnya.
Hari ini, sekali lagi, Thalia mengikut mummy dan nenda membawa rombongan ke rumah Kak Azzira. Sekali lagi.
Dan jika dihitung betul-betul, ini mungkin kali keempat pinangan itu ditolak.
Penolakan pertama membuatkan Thalia rasa malu.
Kali kedua, dia masih janggal. Tetapi selepas kali keempat, perasaan itu hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah simpati, bukan pada pihaknya sendiri, tetapi pada pihak perempuan.
Seseorang yang sudah berkali-kali menyatakan tidak mahu, mengapa masih dipaksa?
Walaupun Thalia sendiri berkenan dengan Kak Azzira, dia mengerti.
Bayangkan terpaksa menerima pinangan seorang lelaki yang tidak pernah ditemui selama hampir lapan tahun.
Kalau di tempat Kak Azzira, mungkin laporan polis sudah lama dibuat.
Masalah sebenar bukan pada rombongan, bukan juga pada adat.
Masalahnya ialah abang sulungnya.
Rombongan itu semuanya muka tebal. Tebal, tidak malu.
Dan abang sulung Thalia, lelaki itu jelas obses, tahap yang tidak lagi sihat.
Kak Azzira bukan wanita yang mudah dipermainkan, dia menolak dengan tegas, tanpa gentar, tanpa perlu mendengar rayuan sesiapa.
Empat kali rombongan itu berlaku bukan kerana kerelaan semua pihak. Thalia dipaksa.
Mummy juga dipaksa.
Nenda paling kejam diugut dengan urusan syarikat dan saham keluarga.
Tahap obses abang sulungnya membuatkan Thalia berasa seram.
Seolah-olah lelaki itu langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, hanya kehendaknya sendiri.
Apabila penolakan sekali lagi disuarakan oleh Cik Nani, ibu kepada Kak Azzira, Thalia menunduk perlahan. Cincin belah rotan bernilai dua ribu ringgit dihulurkan kembali, namun mummy menolaknya.
Dengan nada tenang, mummy berkata,
"Saya nak cakap pun malu, Nani. Azzira sangat dekat pada saya, pada Thalia. Malah saya dah anggap Azzira macam anak saya sendiri. Saya faham Azzira tolak Ammar. Saya tak mempersoalkan pilihan dia. Tapi kalau boleh saya mahu minta tolong Nani untuk serahkan cincin itu pada Azzira. Saya harap Nani boleh katakan pada Azzira untuk berjumpa sendiri dengan Ammar. Dan kalau boleh tolaklah Ammar secara berdepan."
Thalia menahan nafas, malu pada mummy. Abang sulungnya memang tiada segan silu, sampai mummy terpaksa merayu sebegini.
"Saya kenal anak saya, Nani. Penolakan dari pihak keluarga Azzira tetap tak akan buat Ammar putus asa. Mungkin dengan penolakan secara terus dari Azzira akan membuatkan Ammar faham. Mungkin keluarga kita pun tak akan dapat malu."
"saya sendiri tak yakin kak dengan Azzira. Anak saya tu kalau dipaksa mesti akan merajuk tak mahu balik sini. Lagi pula kalau saya beri cincin ni, mungkin dia akan fikir saya terima lamaran dari Ammar. Kami juga buntu, kak," ujar Cik Nani serba salah.
Thalia hanya mengangkat kening dalam hati. Lelaki obses, perempuan yang tegas. Memang pasangan paling menyusahkan.
Dia akhirnya bersuara, mencadangkan sesuatu, "Maaf mummy, Cik Nani boleh ke kalau Thalia cadangkan sesuatu?"
"Apa tu, Lia?" Tanya Kak Najwa, kakak kepada Kak Azzira.
"Cik Nani pos kan saja cincin ni pada Kak Zira. Lepas tu cik Nani cakap lupa nak pulangkan pada mummy. Lepas tu cik Nani bagilah Kak Zira nombor Along supaya dorang boleh jumpa. Dengan cara tu mungkin Kak Zira akan reject Along kaw kaw punya sampai Along give up. Tak gitu mummy? Nenda?"
Cadangan itu keluar dengan yakin.
Nenda dan Kak Najwa tergelak kecil.
"Akak setuju, Lia. Biar mereka berdua yang kena jumpa. Kalau biar keluarga yang uruskan, memang sampai ke sudah semua tak selesai," kata Kak Najwa menyokong.
"Tapi mummy risau ini dah kira menipu Azzira," ujar mummy.
"Menipu untuk kebaikan mereka juga. Tak adalah kamu menanggung malu orang bercakap tentang obsesi Ammar tu, keluarga Nani pun tak perlu tanggung malu dengan rombongan meminang dari kita tiap dua bulan sekali ni," kata nenda yang diam dari tadi.
"Lagipun bonda rasa benda yang sama. Ammar perlukan closure dari Azzira. Dan Azzira perlu berani menolak Ammar dengan tegas biar Ammar tu serik. Dengan cara ni sahaja dapat temukan mereka berdua tu," jelas nenda lagi.
Thalia mengangguk setuju. Biarlah abang sulungnya serik dan putus asa. Kesian Kak Azzira.
"Kalau macam tu, saya setuju. Kita buat macam apa yang dirancang," kata Cik Nani membuat keputusan.
Akhirnya, Thalia menarik nafas lega. Tidak perlu lagi dia gadaikan cuti dua bulan sekali untuk merasa hampa akibat penolakan Kak Azzira.
Bukan sebab dia tidak suka Kak Azzira, tetapi kerana dia tidak tahan dengan perangai abang sulungnya.
Kak Azzira memang baik. Menyayangi Thalia seperti adik sendiri, bahkan santuni mummy dengan penuh kasih sayang. Tetapi setiap kali isu Along muncul, Kak Azzira selalu menjauh. Hubungan itu hanya kembali normal setelah beberapa minggu. Semuanya kerana abang sulungnya.
"Marilah Kak Syah, bonda makan tengah hari di sini. Saya masak lauk banyak hari ni," pelawa Cik Nani sambil tersenyum.
"Susah-susah sahaja Nani masak," balas mummy serba salah.
"Apa kak nak disusahkannya, masakan kampung je."
"Masakan kampunglah yang sedap, terima kasih ya nani" kata nenda lembut.
Cik Nani ketawa kecil sebelum menjamu mereka sekeluarga untuk makan tengah hari di rumahnya.
"Nanti Thalia cakap dengan abang ya?" kata mummy perlahan padanya.
"Iya mummy... nanti Lia suruh Along tunggu sampai Kak Zira call dia."
"Terima kasih sayang."
"Sama-sama, mummy."
Mummy tersenyum
"harap-harap, waktu Thalia nak kahwin nanti tak ada drama macam abang dengan Azzira."
"Hurmm... Lia lambertt lagilah, mummy," balas Thalia sambil tersenyum.
"Cakap tak serupa bikin, tahu-tahu ada je orang datang nak meminang," mummy berseloroh.
"Mummy ni, Lia tak mahu kahwin. I have seen enough. I don't trust the word love. It's painful to see you hurting because of ayahanda and it hurt to see Kak Zira being forced by Abang to accept him."
"Sayang mummy, abang mesti ada sebab dia sendiri. Dan Azzira mesti ada sebab kenapa dia tolak abang. Cinta itu indah, sayang. Mungkin hanya mereka yang memandang cinta itu dengan persepsi yang berbeza yang akan mengerti," kata mummy sebelum bangun dari kerusi.
"Sejujurnya mummy sendiri berkenan dengan Azzira untuk jadi menantu mummy, tapi perangai anak sulung mummy pulak yang problem. Redha aja lah ye..." kata mummy lagi lalu beredar ke dapur rumah Cik Nani.
Thalia hanya terkekeh kecil.
Jelas yang problem paling besar setakat ini memang abang sulungnya. Yang lain semua normal. Nasib kaulah abang. Lia team Kak Azzira.
Hiii.. im back? Hahhah see you next chapter.
YOU ARE READING
Heart's Dearest : The Liar
RomanceSpin Off Heart Dearest (SHORT STORY) [ON GOING] Tengku Ammara Thalia Muhammad Adiel Shaqeen Jatuh Cinta? Bagi Thalia, cinta itu melemahkan. kisah penderitaan abang dan ibunya sudah cukup memedihkan. Thalia tidak mahu merasakan perasaan itu biarpun b...
