Sheng Shaoyou melangkah perlahan di pinggiran jalanan sambil matanya lurus memandang ke hadapan. Udara dingin menyelimuti, mencucuk sehingga menggeletarkan tulang rusuk. Tangannya menggenggam tali beg sandang yang berada di belakang, menahan kesejukan.
Bunyi kenderaan kedengaran samar-samar di deria pendengarannya. Angin berhembus lembut, membawa beban air hujan musim dingin yang masih bersisa di hujung dedaunan. Aroma khas alam semulajadi memenuhi rongga hidung, memberikan satu kedamaian di dalam dadanya.
Helaan nafas panjang dilepaskan oleh Shaoyou sambil menyapu helaian rambutnya yang rapi ke belakang, melepaskan semua beban yang menumpuk di bahunya. Jadual pembelajarannya di universiti hari ini sangat padat membuatkan dia sebagai Alpha merasa sedikit letih.
Langkah kakinya dipercepatkan untuk menuju ke arah apartmen yang menjadi tempat tinggalnya. Jalan yang agak membukit di depan, didaki dengan perlahan. Semakin dalam, laluan semakin menyempit dengan tembok-tembok tinggi berwarna putih dan dihiasi oleh pohon-pohon bonsai yang berderetan dengan rapi dan menghijau indah daripada kompleks perumahan yang berhampiran.
Sepanjang perjalanan, kesunyian membelenggu Shaoyou. Beberapa kali juga dia memijak genangan air hujan di jalanan yang dilaluinya membuatkan kasut pantofelnya menjadi basah dan sedikit kotor.
Dari arah bertentangan dengannya, Shaoyou dapat melihat seorang lelaki melangkah keluar dari sebalik tembok. Ia secara tiba-tiba dan tidak diduga membuatkan Shaoyou drastis menghentikan langkah kakinya. Namun, takdir tidak boleh diubah. Tubuh Shaoyou dan lelaki tersebut berlanggaran tanpa dapat dielak.
"Whoa!" Shaoyou terjerit kecil, terhuyung-hayang ke belakang apabila dia bertembungan dengan satu susuk tubuh yang tinggi lampai. Perlanggaran di antara mereka sedikit kuat.
Hua Yong turut terundur satu tapak ke belakang ketika tanpa sengaja melanggar tubuh tegap milik seorang Alpha. Buku-bukunya berterbangan dan berselerak di atas jalan kaki.
"Saya minta maaf!" Hua Yong mengucap permohonan maaf, sedikit tergesa. Suaranya dipenuhi dengan kebimbangan.
Shaoyou menengadah ke hadapan dan melihat sepasang mata hitam yang merenungnya kembali. Lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai rambut hitam yang kusut masai dengan senyuman nipis yang sedikit canggung; yang entah bagaimana membuatkan situasi itu terasa kurang mengerikan.
"Maafkan saya. Saya tak melihat ke mana saya pergi dengan benar. Saya betul-betul tidak sengaja melanggar kamu." Hua Yong menyatakan dengan suara yang dingin, namun terselit kesungguhan yang tulus. Dia cepat-cepat berlutut ke jalanan, mengumpulkan barang-barangnya.
"Tidak apa. Saya baik-baik sahaja." Shaoyou mencangkung, menghulurkan bantuan kepada pihak lain.
Hua Yong hanya mengangguk perlahan. Dia segera mengutip beberapa kertas yang dipenuhi oleh pelbagai lukisan tidak berwarna yang berteraburan di hujung kakinya.
Semasa mereka mengumpulkan buku dan kertas terakhir, tanpa sengaja, tangan Hua Yong dan Shaoyou saling bersentuhan antara satu sama lain. Shaoyou tersentak, terasa seperti renjatan elektrik pada sentuhan ringan itu dan cepat-cepat menarik tangannya ke belakang, berasa bingung.
"Jadi, kamu adalah seorang Picasso?" tanya Shaoyou sambil melihat ke arah lukisan-lukisan itu, jelas mencuba menghilangkan rasa kekok itu.
Bening mata Hua Yong berkembang mekar dengan penuh ketawaan apabila mendengarkan pertanyaan itu. Walaupun begitu, wajah tampannya masih kosong.
"Saya tidak sampai di tahap Picasso. Tapi, saya mengambil bahagian seni di universiti," beritahunya, penuh jujur.
Shaoyou mengangguk, mengerti, merasa sedikit canggung dengan kekakuan yang menyelubungi mereka saat ini.
YOU ARE READING
The Desire Of Enigma
RomanceEnigma; satu jantina kedua yang sangat langka dan amat unik, bahkan nyaris tidak wujud di dunia. Ia sudah menghilang semenjak beberapa ratusan tahun dahulu dan semua menanggapinya hanya sebuah mitos basi sahaja, malahan ada yang mengatakan bahawa ia...
