BAB 1 | SARAH ANTI LORENG

30 2 0
                                        

Hujan renyai-renyai yang turun pada pagi itu terasa sungguh mendamaikan serta menenangkan. Kelihatan 2 ekor burung singgah hinggap sebentar di dahan pokok, berteduh sementara menunggu hujan reda. Tetapi belum ada tanda-tanda lagi hujan akan reda. Di sebalik tingkap kaca itu, kelihatan figura seorang wanita yang masih lena diulit mimpi sambil berselebung dalam selimut.

KRINGGG!KRINGGGGGGGGGG!
Tepat jam 8 pagi, Alarm yang berada di tepi sudut katil berbunyi. Dengan langkah malas, selimut diselak sebelum menguap besar. Matanya dibuka perlahan , memandang keluar jendela. Gelap kelabu langit pagi itu.

"Malasnya nak pergi butik hari ni. Asal monday je mesti hujan." Sarah merungut sendiri. Setelah beberapa minit berteleku, akhirnya dia bangun juga menuju ke bilik air.

Usai membersihkan diri, melakukan rutin skin care paginya Sarah menuju ke ruangan closet peribadinya. Sehelai dress berwarna soft pink diperbuat daripada jahitan renda disarung ke tubuh. Selepas itu seutas jam tangan berwarna coklat dipasang ke pergelangan tangannya. Pagi itu Sarah mengenakan makeup ala-ala fresh look sahaja yang tak terlalu tebal.

Sentuhan terakhir dibuat, di mana perfume kegemarannya di sembur ke bahagian tertentu agar tetap wangi seharian. Rambut hitam ikal mayangnya pula dirapikan begitu sahaja, kerana rambutnya memang semula jadi dah ada wave dan curl, jadi tidak perlu di styling lagi.

Dengan langkah cermat, Sarah turun ke bawah. Dia kena pergi butik cepat-cepat sebab dia baru teringat yang haritu dia kena buka butik since dia yang pegang kunci.

Puan Amelia yang sedang khusyuk menyediakan sarapan di dapur, hairan melihat Sarah yang tergopoh gapah dan terus nak meluru ke luar pintu.

"Eh Sarah, tak nak breakfast dulu ke?" Soal Puan Amelia yang tengah mengacau mihun goreng di kuali.

Sarah hanya menoleh sekejap sambil menyarung heels berwarna nude ke kakinya.
"No mommy, Sarah IF hari ni plus Sarah dah lambat ni." Sepantas kilat Sarah masuk ke dalam perut kereta, button start ditekan.

Puan Amelia hanya menggeleng. Ada ada sahaja karenah anak daranya yang sorang tu, IF lah, kalori defisit lah, cut sugar lah.

Maka tinggalah Puan Amelia  seorang sahaja di rumah pagi itu. Anak bongsunya pula dah turun awal pagi tadi ke markas tentera di Kuching, ditemani suaminya. Maklumlah, anak lelakinya itu perlu menghadiri saringan kedua untuk pemilihan tentera darat siri baru.

Dengar kata, untuk saringan kedua ni kalau mereka berada di kem sampai tengah malam kemungkinan besar nama mereka dah dimasukkan dan lulus ujian fizikal dan layak untuk turut serta dalam latihan asas tentera darat di PUSASDA. Apa-apa pun mereka sekeluarga hanya cuma mampu berdoa sahaja dan mengharapkan benda yang baik-baik berlaku.

******

|SARAH ATELIER|

Mawar yang tengah khusyuk membuat manicure pada salah seorang customer tetap, berasa hairan melihat Sarah yang sekejap mengeluh, sekejap mendecit dan sekejap lagi bercakap seorang diri.

"Kenapa dengan bestie awak tu? Dia okay ke?" Soal Puan Maria aka customer tetap butik tu. Puan Maria ni memang selalu buat mani pedi dekat butik Sarah, plus memang dah jadi kawan gosip si Mawar juga.

"Entahlah Puan, macam tak okay je." Ujar Mawar sambil matanya tak berhenti memandang ke arah Sarah yang tengah khusyuk mengscroll tiktok dengan tangannya sebelah lagi pegang jarum. Eloklah tu.

"Gaduh dengan boyfriend ke?" Soal Puan Maria lagi.

"Eh boyfriend? No I don't think so puan, sebab kawan saya yang sorang tu masih single lagi." Mawar menafikan apa yang dikatakan oleh Puan Maria. Mawar fokus menyiapkan sentuhan terakhir manicure yang diminta oleh Puan Maria. Dia kena cepat-cepatkan habiskan sebelum Puan Maria tanya lagi banyak soalan pasal Sarah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAYANG MILIK TUAN OCStories to obsess over. Discover now