Prolog.

12 2 0
                                        

"two soul don't find each other by simple accident"

Pak!!

Tamparan itu mendarat dengan keras di pipi lembutnya, meninggalkan kepedihan yang bukan sepatutnya dia tanggung.
Gadis itu hanya berdiri, mata berkaca, tidak mengerti mengapa dirinya harus menanggung kesalahan yang bukan dia lakukan.
Hanya kesalahpahaman, namun sakitnya terasa nyata, menusuk lebih dalam daripada yang mampu diucapkan.

"Abang?!" Umi menahan abah yang baru saja menamparku tanpa alasan yang jelas. Semua apa yang berlaku malam ini mula bermain di fikiran. Apa yang aku dah buat sehingga orang tua ini nekad menampar puterinya sendiri?untuk ke sekian kali. Jujur aku sangat lelah kerana baru saja menjejakkan kaki ke rumah setelah berperang dengan meja kerjaku.

Tapi setelah sampai dan baru beberapa langkah menjejakkan kaki, pipiku harus menerima tamparan  keras dari orang yang sepatutnya menjadi pelindungku. Walaupun itu mustahil..

"Abah!?" Terkejut abang. Hujung bibirku terasa koyak akibat tamparan itu, terasa pedih dibibir tapi aku tidak merasa terkejut akan perbuatannya itu kerana ini bukan kali pertama tangannya mendarat tepat di pipiku.

"Apa ni?" Tanyanya pelan sambil menunjukkan testpack dan selembar kertas yang tidak tahu isinya apa.

"Abah tanya apa ni jawab NUR DAMIA ALEESYAH!!" Bentak abah padaku. Bibir yang perih itu ku gigit. Sumpah aku rasa macam nak nangis tapi aku kena kuat. Aku melirik pelan kearah kembaranku yang berada dibelakang abah yang sedang bersembunyi di balik tubuh kak nisa. Aku tahu ni semua angkaranya. Terlihat jelas dia sedang gelabah, beberapa kali dia mondar-mandir dengan langkah kecil,tangannya yang tidak henti-henti mengupas kulit bibir sendiri. Aku muak melihatnya menjatuhkan semua kesalahannya kepadaku..

Apa yang kau buat kali ni NUR DANIA AMANDANIE...

YOU'RE MY DESTINY [c•]Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora