Di waktu persekolahan, terlalu banyak kenangan yang tercipta. Kenangan tentang tawa bersama kawan - kawan hukuman berdiri diluar kelas, dan pandangan sinis guru -guru yang lali melihat wajah aku. Aku dikenali sebagai murid yang bermasalah itu label yang semua orang senang lekat tanpa mahu memahami cerita di sebaliknya.
Namun di sebalik semua itu , ada satu kenangan yang tidak pernah aku lupakan. Kenangan tentang seorang gadis yang melihat aku sebagai manusia normal tanpa masalah
Hari pertama aku bertemu Balqis syakirah adalah di dalam kelas 4UUM. Aku duduk dibarisan belakang , seperti biasa bersama dengan kembar aku Rayyan Al Haqeemi dan aku Rayyan Al Haqeem yang tidak pernahdiharapkan oleh manamana guru bagi mereka aku dan adik aku ini tiada masa depan datang sekolah hanya memenuhkan kedatangan atau lari daripada masalah. Guru masuk memperkenalkan pelajar baharu, dan saat itu aku langsung tidak ambil peduli langsung siapa kisah, ada aku kisah.
Sehinggala aku terdengar suara yang lemah lembut memperkenalkan diri.
Dia bukan gadis yang terlalu cantik , tapi dia ada sesuatu yang menarik sehingga mampu menarik perhatian satu kelas. Melihat dia aku merasakan tenangdan tidak menilai seseorang.Dan entah mengapa matanya menyinggah ke arah aku, tetapi bukan dengan pandangan yang takut atau jijik seperti orang lain memperlakukan aku. Dia memandang aku seolah olah aku ini seorang pelajar yang lain seperti umumnya.
BINABASA MO ANG
obses with you
RomanceSejak zaman persekolahan, dia menyimpan satu nama dalam hatinya gadis yang pernah memahami jiwanya yang kasar.Namun, selepas tamat persekolahan, gadis itu pergi tanpa perpaling, meninggalkan luka yang tak pernah sembuh. Tahun demi tahun berlalu, dia...
