"Muhammad Taqi. Mulai hari ini, kita putus kawan. Awak jangan cari saya dah lepas ni. Selama ni awak boleh hidup tanpa saya kan? Jadi kali ni, tak ada sebab untuk saya stay dengan awak lagi."
Kata-kata itu tak mengejutkan Taqi. Dia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Kedua-dua tangannya di pinggang, bersikap santai.
"Nur Safiya Haurah... sejak bila kita berkawan ni?" Anak matanya merenung wajah isterinya.
"Takde, takde... mulai hari ni kita putus!" Safiya membidas laju. Dia menyilangkan tangan ke dada sambil berpaling menghadap ke sisi.
Nak merajuk dengan Taqi!
Taqi cuma ketawa. "Sayang... tak ada istilah putus dalam hubungan kita tau. Awak dah jadi isteri saya dah pun."
Dia melangkah ke depan, memegang tangan Safiya, menekup pipinya dengan lembut.
"Kita dah kahwin. Kita dah halal. Saya Muhammad Taqi, suami kesayangan awak, Safiya..."
Shoot! Kenapa comel sangat ni Taqi?!
Terasa bahang di wajahnya menaik tiba-tiba. Safiya menahan diri dari tersenyum. Dia memejamkan mata sambil menarik dan menghembus nafas, perlahan-lahan.
Dia cuba untuk berfikiran positif. Tapi fikirannya tidak mahu bekerjasama.
"Awak ingat saya akan termakan dengan kata-kata manis awak ke? Kali ni saya takkan tertipu lagi!" Balas Safiya sambil mencubit pipi Taqi.
Geram! Orang tengah marah, dia pulak tak habis-habis nak goda kita dengan senyuman dia!
Taqi meringis, tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Sebaliknya dia mengucup pipi isterinya tanpa amaran.
Terkesima Safiya dibuatnya. Spontan dia melepaskan pipi Taqi sebelum dia mengecilkan anak matanya memandang sang suami dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Tapi, itu tidak menggerunkan Taqi. Baginya, Safiya marah pun nampak comel. Hilang terus rasa penatnya bekerja.
"Kenapa kesayangan saya ni, hm? Saya ada buat salah ke hari ni?" Pujuk Taqi lembut. Anak matanya lurus merenung wajah cantik si isteri.
Safiya membalas renungan Taqi. Namun hanya untuk seketika sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Lemah betul bila bertentangan mata dengan Taqi! Sebab dia boleh nampak, betapa ikhlas dan sayangnya Taqi kepada dia.
Tapi... otaknya masih memikirkan tentang perkara negatif.
"Takde apa lah..." Perlahan-lahan, Safiya membalas. Seakan berjauh hati. Sekejap betul emosinya berubah.
Kali ini Taqi memasang wajah serius. Dia menarik Safiya untuk duduk di atas sofa, manakala dia pula berlutut di hadapan isterinya.
Safiya hanya menurut. Dia masih mengelak dari memandang Taqi.
Taqi menarik nafas dalam-dalam sebelum dihela perlahan. Tangan Safiya digenggamnya, erat.
"Sayang... saya tahu awak tak okey. Please, don't give me those words. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf..." Tutur Taqi, lembut.
Safiya terdiam sejenak. Namun, dia hanya membalas dengan gelengan sahaja, tanda 'tiada apa-apa'. Masih nak memendam.
Taqi mengetap bibir. Dia tak suka bila isterinya memendam perasaan. Dia boleh rasa betapa sakitnya rasa itu...
"No. Please, Safiya. I'm your husband. Jangan pendam. Just tell me anything. Is it because of me? Bagitahu saya. Saya fix sekarang..."
Suasana antara mereka berubah menjadi sayu. Taqi tak suka dengan atmosfera sekarang. Ini ibarat, dia telah melukakan hati isterinya tanpa dia sedari.
Perlahan-lahan Safiya menoleh memandangnya. Matanya sudah berkaca-kaca.
Taqi mula cuak.
Ah, Taqi... apa yang kau dah buat?
"Sayang... hey, kenapa ni? Jangan menangis. Saya tak marah awak tau." Taqi memujuk lembut. Dia menggenggam tangan Safiya, erat sebelum dia berdiri untuk duduk di sisi isterinya.
Pinggang ramping Safiya ditarik mendekatinya sebelum dibawa tubuh Safiya dalam pelukannya.
Safiya diam. Namun, dia tetap membalas pelukan suaminya. Tubuh tegap Taqi dipeluk, erat.
"Awak..." Sayup sahaja suaranya memanggil Taqi.
"Iye, saya... kenapa ni, hm?"
Safiya mengemam bibirnya. Dia menyembamkan wajahnya di bahu Taqi untuk seketika sebelum lambat laun dia bersuara lagi.
"Saya minta maaf..."
Taqi mengerutkan keningnya. Dia mengerling isterinya sekilas sebelum tangannya naik mengusap belakang badan Safiya, lembut. Cuba untuk tenangkannya.
"Hey, kenapa ni? Kenapa awak nak minta maaf pulak?"
Safiya jeda seketika. Entah sejak bila air matanya mula membasahi pipinya pun, dia tidak sedar.
Merasakan baju di bahagian bahunya basah, Taqi mengagak isterinya menangis. Tubuh Safiya bergetar sedikit.
Gelabah dia dibuatnya. Detak jantungnya berdegup kencang.
Safiya teresak perlahan. Lambat-lambat dia bersuara menyusun ayat.
"Saya... saya minta maaf sebab selalu act childish... saya selalu buat awak annoyed dengan perangai saya. Saya bukan isteri yang baik untuk awak. Saya-"
"Shh, stop right there." Taqi memintas laju. Tangan kanannya naik mengusap lembut rambut lebat isterinya.
"Awak tak perlu minta maaf, sayang... Kenapa awak nak minta maaf? Saya tak pernah terfikir pun yang awak ni annoying tau. Kenapa fikir sampai macam ni sekali?"
Safiya terdiam seketika. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dari bahu Taqi sebelum dia memandang Taqi sambil menangis.
"Saya... saya tak tahu... hiks..."
Dia menolak perlahan tubuh Taqi menjauhinya. Tangan kanannya menyeluk kocek baju tidur nya sebelum dia menghulurkan sesuatu pada Taqi.
"Mungkin sebab... saya terjumpa ni kat dalam kereta awak hari tu..."
Safiya menunjukkan sebatang lipstick Dior pada Taqi. Bukan lipstick nya sebab dia tak pernah ada brand mahal itu.
Bukan sebab tak mampu. Hanya sebab tak serasi je.
Kali ini Taqi terdiam. Matanya merenung lipstick di tangan isterinya. Seakan cuba mengingati pemilik lipstick itu.
Namun, dia sendiri tak pasti. Dia sendiri tak tahu dari mana wujudnya lipstick itu.
"Kenapa awak diam? Any explanation?" Sekali lagi Safiya bersuara. Kali ini, nada suaranya bertukar serius.
Safiya merenung Taqi, lama. Emosinya mula berubah lagi apabila Taqi masih mendiamkan diri.
"Awak ada orang lain ke, Muhammad Taqi?"
Taqi memejamkan mata seketika.
Ini salah faham. Ini bukan apa yang Safiya fikirkan.
Tapi kenapa dia tak mampu untuk bersuara...?
Kenapa tubuhnya kaku saat ini...?
|| to be continued...
YOU ARE READING
In Between: Love
RomanceCinta mereka tak hilang. Ia cuma terperangkap di antara masa, kerja, dan salah faham. Bila salah faham muncul dan kepercayaan mula retak, mereka terperangkap in between: antara percaya dan ragu, antara bertahan dan melepaskan... Di akhirnya, siapa y...
