BAB 1

64 6 5
                                        

Untuk yang belum baca Whispers OF Blood, jangan baca yang ni lagi, sebab ada spoiler. 

Yang tak beli Whispers Of Blood pula, anda boleh baca. Sebab buku ni stand alone. 



𐔌՞. .՞𐦯

────୨ৎ────

Ting!

Syiling kecil bergolek didalam bekas tin minuman. Berdeting kuat sebelum benar-benar berhenti di tengah tin bersama kepingan syiling yang lain. Orang yang meletakkan duit syiling tadi sudahpun berlalu pergi.

Dia hanya mampu merenung tin itu lama... kemudian helaan nafas dilepaskan untuk sekelian kalinya. Great. Lagi satu syiling. Lagi satu bukti yang buat aku nampak macam pengemis.

"Sumpah ini kali terakhir aku bersetuju dengan idea kau, Kayra." Rasa geram kedengaran jelas tertahan di sebalik suara Fawwaz.

Menyesal dia ikut buah fikiran Kayra untuk menyamar jadi pengemis. Mahu saja dia tanggalkan jambang besar yang melekat di wajahnya ini jauh-jauh. Sudahlah panas! Kena anggap pula pengemis jalanan! Kalau bukan sebab mereka perlu mengaut bahan bukti dari target mereka, dia pun tak rela nak cosplay jadi pengemis!

"Halah bukan selalu. Dah, jangan banyak bising, fokus target kita. Nanti orang ingatkan kau orang gila pula tengok kau bercakap seorang diri." Suara sindiran Kayra dari corong fon telinga tanpa wayar hanya mengundang rasa jengkel pada Fawwaz. Nasib baiklah dia bukan sedang berdiri di hadapan Kayra. Kalau tidak, memang dia berani lawan balik!

Okey, gurau. Dia tak berani. Tak pasal-pasal kakak susuannya itu hadiahkan smackdown maut.

"Alert! Kereta dia baru lalu simpang Seksyen 16."

"Okey, roger that." Fawwaz mula menajamkan mata, mencari gerangan yang mungkin menjadi suspek komplotan target mereka. Misi mereka kali ini adalah mengumpul bukti tentang perniagaan haram yang dijalankan dan memastikan semua transaksi serta dokumen rahsia dapat dirakam. Untuk hari ini, mereka hanya perlu merakam kegiatan bisnes penjenayah itu. Mereka perlu mengaut sebanyak mungkin bukti yang ada.

Dia mengeluarkan kamera lalu diselit di bahagian jambang. Ada gunanya juga dia memakai jambang lebat serupa orang hidup seribu tahun ini. Boleh dia sorok kamera senyap-senyap.

Selang beberapa minit, kereta saga buruk mula kelihatan memasuki kawasan. Kereta itu memperlahankan pemaduan apabila hampir di sebuah lorong. Seorang lelaki dalam lingkungan 20 an yang sedari tadi menunggu di bahagian pemisah antara dua lorong, berjalan ke arah kereta saga itu.

Fawwaz memperbetulkan posisi duduknya agar target masuk ke dalam bingkai kamera. Jarak dia dan suspek agak jauh tetapi dia tak perlu risau dengan kualiti gambar kamera. Dia menyempati peluang yang ada untuk memotret setiap gerak-geri suspek.

Suspek mengeluarkan sesuatu dari poket jaket hitamnya lalu diserahkan 'barang' melalui cermin tingkap yang sudah terbuka suku. Gerangan di dalam kereta tidak dapat dikenalpasti identiti. Namun saat tangan entiti itu menyambut huluran si pemberi, membuatkan Fawwaz langsung tersenyum lebar.

"Gotcha!" Dia berbisik puas pada diri sendiri. Tiba-tiba pandangan mereka terarah padanya. Fawwaz lantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Garu-garu jambang dan ketiak macam orang tak betul. Sesekali Fawwaz mencuri lihat dari hujung mata, mereka tidak lagi menumpu ke arahnya. Kereta itu pun mula beredar dan mereka berpecah. Fawwaz menghembus nafas lega.

"Nasib tak kantoi."

"Woi! Dapat dah ke belum?" Suara Kayra menerjah koklea. Fawwaz pejam mata sebelah menahan perit nyaring di telinga. Ish, perempuan ni sengaja nak buat aku pekak telinga.

SAAT WARNA TERAKHIR SIRNAStories to obsess over. Discover now