Suatu tempat, di Borneo Malaysia...
Petang yang indah di tepi laut. Angin yang sederhana, cuaca yang cerah dan suasana yang hangat...
Di sebuah pondok tepi pantai, ada seorang lelaki bernama Aqif sedang duduk bersantai sambil menikmati pemandangan pantai. Dia adalah seorang warga negeri Sabah. Dia orangnya ceria, prihatin, kelakar, suka bergaul dan suka berseronok. Aqif datang dari keluarga yang sederhana dan dia cukup bersyukur dalam hidupnya
Aqif: ahh.. akhirnya tamat sudah SPM.. boleh la sya santai santai..
Aqif baru berumur 18 tahun dan baru tamat SPM. Sekarang, dia hanya fikir tentang bersantai, berseronok dan bergembira kerana tiada lagi tekanan dan beban. Namun, bukan untuk selama nya..
Aqif: best nya ni kalau ada kawan sya sekali.. tapi diaorang pegi becuti dengan family pula.. haduh..
Tiba - tiba, ada sebuah bola bergolek ke arah Aqif.
Aqif: hmm? eh bola siapa?
Seorang budak bersama emak nya datang.
Ibu budak tersebut: Eh sorry ah boy
Aqif: eh nda pa tu anty
Aqif pun mengambil bola itu dan memberinya ke anak ibu tersebut.
Aqif: lain kali hati-hati ah main bola *sambil mengusap kepala budak itu*
Budak itu pun berkata: baik! terima kasih abang
Maka mereka pun pergi dari situ. Lalu datang ayah nya dan mengajak mereka untuk bermain lagi. Melihat keluarga yang bahagia itu, Aqif pun terfikir...
Aqif: Kawin ah.. buat family sendiri.. hmm.. ah! masih awal ba mau fikir pasal tu. Santai ba dulu.
Aqif pun kembali bersantai sembari menunggu matahari terbenam. Sesudah matahari hendak terbenam, Aqif pun mengambil gambar suasana tersebut. Setelah puas, dia pun bersiap-siap untuk balik ke rumah. Oh ya, Aqif juga adalah seorang "biker". Dia sangat meminati motorsikal terutama nya "Sport Bike" dan motor berkuasa tinggi lain nya. Dia juga meminati sukan permotoran atau "Motorsports" dan dia meminati bola sepak. Tapi dia tak pandai main pun..
Suatu tempat, di Semenanjung Malaysia..
Petang yang juga indah. Pemandangan yang sangat cantik, indah dan menarik. Di atas sebuah hotel lima bintang, ada seorang gadis bernama Airah. Orang nya agak kasar, berkelakuan seperti lelaki atau "Tomboy" namun jangan menilai sesuatu itu dari luaran sahaja. Dia penyayang, baik, prihatin dan ceria. Dia datang dari keluarga yang kaya namun dia memilih untuk tak menunjuk-nunjuk.
Airah: ahh.. best jugak tempat ni en? tapi member pula tak dapat nak join.. haish..
Airah pun berjalan-jalan menikmati pemandangan sambil melihat bunga di sana.
Airah: cantik lah.. pandai orang hotel ni jaga..
Airah menyukai bunga terutamanya bunga rose kerana itu lah bunga kesukaan nya.
Airah: hmm.. dapat santai cenni best jugak.. bebas jugak dari family biarpun kejap..
Airah ni berumur 19 tahun namun dia belum sambung pengajian kerana dia tidak begitu minat belajar dan juga sebab dia.. malas..
Selain bunga, dia juga meminati permain video, novel dan motorsikal sama seperti Aqif. Dia mampu untuk membeli sebuah motorsikal tapi dia tak nak. Sebab dia pendek jadi kaki tak sampai sangat.
Airah pun kembali ke bilik nya untuk mandi dan berehat...
YOU ARE READING
Love between Wind and Rose
Short Storya wind that comes calmly touch the rose with warm felling..
