Prolog

276 20 0
                                        

(TW bullying)

Sekolah Tengku Ibrahim Adnan - 2005, lebih tepat di tangga Blok Akademik B

"Mana gambar yang kau lukis tu?"

"Ni haa dah siap dah."

Sekeping kertas berserta ilustrasi amatur ditampal di dinding. Sebuah lukisan salah seorang pelajar di sini yang dilukis tidaklah murni kejadiannya. Di bawahnya terdapat teks berbunyi;

Hai, saya Shielenga. Saya suka gigit kuku dan suka pandang bawah. Saya suka gelak dan makan sebabtu saya gemuk. Tapi yang pasti, saya suka Rafi!!!

Selepas itu, kumpulan itu terus berlalu apabila mereka menyedari subjek di dalam lukisan itu berjalan menghampiri arah itu. Ketawa mereka itu sayangnya mampu didengari oleh budak lelaki yang menjadi subjek tadi.

Budak itu terhenti langkahnya di hadapan sekeping gambar tadi. Dia memandang lukisan itu berulang kali sebelum nafas beratnya dilepaskan terpaksa. Ada beberapa titisan air mata yang mengalir.

Dia tidak mencabut lukisan bodoh itu. Sebaliknya dia terus membuang langkahnya ke bilik darjahnya dengan seribu kedukaan.

Kumpulan pelajar tadi yang sudah sedia menghendap sudah menahan ketawa dari jauh. Ada yang high-five dan ada juga yang merangka rancangan seterusnya.

Cuma nama lain dalam lukisan tadi; Rafi ialah sebahagian dari mereka. Dia saja yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Baginya, rakan-rakannya keterlaluan. Tapi pada dirinya juga, menjadi orang kesukaan pelajar lain sejantina juga sedikit keterlaluan.

Atau mungkin mereka masih belum matang?
—————

Bakal diupdate setiap kali vote sampai 20 votes ya sekian terima kasih.

Highschool SourheartWhere stories live. Discover now