Bab 1

6 2 0
                                        

BAB 1

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang. Tepat pada masanya mereka tiba di rumah Mak Timah, ibu kepada Aydan Raed.

Enjin kereta dimatikan.
"Sayang, jom masuk. Dah sampai ni," ucap Aydan Raed kepada Medina.

Mereka keluar dari kereta. Baru sahaja Medina memijak tanah halaman rumah mertuanya, tubuhnya terasa seram sejuk. Bulu roma naik.

Aydan Raed yang perasan terus bertanya, "Kenapa?"
Medina hanya menggeleng. Menandakan dia tidak apa-apa.

Tapi matanya tidak lepas memandang rumah usang itu. Cat dah tertanggal. Tingkap berkabus. Rumah itu kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan, padahal masih berpenghuni.

"Jom masuk,"
Terhentak bahu Medina apabila terdengar suara Aydan yang tiba-tiba berada di sebelahnya.

Mereka menaiki tangga. Hanya empat anak tangga.
Aydan cuba memberi salam, tapi yang menyahut hanya angin yang berlalu.

"Mak tak ada di rumah ke?" tanya Medina.
Aydan mengangkat bahu. Tanda tidak tahu.

Baru teringat, Aydan mempunyai kunci pendua. Dia memasukkan tangan ke dalam poket seluar, menggapai kunci lalu membukanya.

Sebaik pintu dibuka, hanya kedengaran kesunyian. Rumah itu gelap dan sunyi.
"Awak masuk dulu lah. Abang nak ambil barang dekat kereta," kata Aydan.

Medina melangkah masuk. Udara di dalam rumah itu sejuk. Bukan sejuk angin... tapi sejuk yang menusuk tulang. Sejuk yang penuh misteri.

Tiba-tiba...
Tangan halus terasa mencekik lehernya.

"A... Abang..."
Medina cuba memanggil suaminya, tapi suaranya langsung tidak keluar.

Lalu ada tangan menepuk bahunya dari belakang.
Terhentak bahu Medina.
"Awak okay tak ni?" tanya Aydan.

Medina tidak membalas. Dia hanya memegang lehernya sendiri sambil berbisik, "Tadi tu apa?"

"Awak penat ni sayang. Pergi dapur minum air dulu. Kot-kot ada Mak kat dapur," ucap Aydan sambil membawa barang-barang masuk ke dalam bilik.

Medina terus ke dapur. Otaknya masih memikirkan apa yang terjadi tadi. Tanpa sedar dia sudah berdiri di hadapan sinki.

Dia mencapai cawan, menuang air, lalu meneguknya perlahan.

_Trik..._
Pintu bilik air terbuka dengan sendiri.
Bahu Medina tersentak kerana terkejut.

Keluar Mak Timah. Rambutnya masih basah. Nampak seperti baru selesai mandi.

Medina bangun untuk bersalam. Tapi Mak Timah hanya memandang sekejap, lalu berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Medina hanya mampu memandang pemergian mertuanya itu.

_Ketak_
Pintu belakang terbuka.
Medina menoleh.

Terkedu dia.
Berdiri di situ seorang jejaka tinggi, berkulit putih, bermata biru cair. Bersandar di pintu belakang dengan gaya selamba.

Mereka bertentang mata.

"Kau pandang apa? Aku kacak kah?"
Suara lelaki itu berat, dengan lenggok Sabah yang pekat.

Mendengar kata-kata itu, Medina cepat-cepat memalingkan muka.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Sudut bibirnya naik sedikit.

Suasana menjadi diam. Terlalu diam.
Medina dapat rasakan lelaki itu masih memandangnya. Pandangan yang membuatkan dia tidak selesa.

"Eh Luke, bila masa kau kat situ?"
Suara Aydan tiba-tiba mencelah dari belakang.

Mereka berdua serentak menoleh ke arah Aydan Raed yang baru muncul.

---

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Janin IbisStories to obsess over. Discover now