Keadaan ruang tamu yang gelap.
Tiada cahaya. Medina pula hanya selamba masuk bersama heelsnya dipegang bersama. Baru sahaja beberapa langkah dia melintasi anak tangga tiba-tiba ruang tamu yang gelap terus terang.
"Again, Haniya Medina?" soal Dato Farid yang berpakaian pijama satin.
Medina menjeling lantas menyambung langkahnya naik terus ke bilik. Tidak peduli pada ayahnya yang menghantar susuknya dengan ekor mata.
Dato Farid menghela nafas berat. Kepalanya digeleng beberapa kali. "Abang tak tidur lagi?" tegur Datin Sarah yang turun ke bawah.
Dato Farid senyum. Dia berjalan mendekati isterinya. "Belum lagi, sayang."
"Niya balik lewat lagi?" tanya Datin Sarah lagi.
Dato Farid mengangguk bersama nafas berat dilepaskan. "Abang tak tahu nak buat macam mana lagi. Niya tu makin hari makin jauh dengan budaya kita. Terlalu ikutkan budaya barat sampaikan baju pun pakai tak cukup kain." Luah Dato Farid.
Datin Sarah berfikir sejenak.
"Hah, Sarah ada idea. Apa kata kalau kita hantar Niya balik kampung. Biar Niya kenal kehidupan kampung ni."
"Good idea."
YOU ARE READING
MIKAEL MEDINA S1 & S2 || EBOOK
RomanceBLACK SPIDER SERIES [SPIN OFF MY DAHLIA] Seorang gadis yang dilahirkan dengan keturunan yang memberi kekayaan. Kekayaan yang menjadi hiburan padanya sehingga lupa akan kenikmatan yang Allah berikan. Nafas yang diberi olehNya tidak dihargai Moto hid...
