prolog

9 2 0
                                        

Riuh seantero rumah ini apabila gelak tawa mereka bergema

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Riuh seantero rumah ini apabila gelak tawa mereka bergema. Jasmine memandang Anaki yang turut berkongsi tawa. Anak kecil itu pandai saja bergaul bersama orang yang lebih dewasa. Jasmine mahu berbual bersama, tetapi dia tak faham apa yang mereka sedang bualkan. Lagipun ibu juga berpesan supaya jangan menyampuk bila orang dewasa bercakap.

Habistu Anaki boleh pula? Jasmine mencebik sugul. Bunga di hadapannya dipandang sejak tadi. Cantik.

Sedar dirinya diperhati, Anaki menoleh kearah Jasmine. Rambut Jasmine yang diikat tocang sudah terburai. Jasmine hanya mencangkung memandang bunga yang ditanam oleh ibunya di dalam pasu itu. Tidak lama kemudian, Anaki melangkah kearah Jasmine.

"Awak buat apa, Jasmine?" Anaki menunduk memandang Jasmine yang sedang mengcangkung. Jasmine mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang Anaki.

"Saya nak bunga ni, cantik. Tapi ibu tak bagi." Jari Jasmine menyentuh kelopak bunga yang berwarna putih itu. Bunga lili itu tumbuh mekar beberapa kuntum di dalam pasu tersebut. Daunnya yang panjang berjuntai menyentuh kekura kaki Jasmine.

Ibu selalu larang Jasmine supaya tak usik bunga ibu. Jasmine nak tengok aje pun tak boleh tahu. Ada saja bebelan ibu jikalau Jasmine bermain di laman rumah.

"Mestilah ibu awak tak bagi, susah tahu nak tanam." Anaki turut bercangkung di sebelah Jasmine. Bunga dihapannya itu dipandang sebelum pandangannya jatuh kepada Jasmine.

"Mana awak tahu susah? Awak pernah tanam ke?" Dahi Jasmine berkerut sambil menyoal. Tapi tak mungkinlah Anaki pandai menanam bunga?

Jasmine dan Anaki sebaya. Jadi Jasmine beranggapan, kalau dia tidak pandai, Anaki juga tak pandai lah kan?

"Saya tak pandai tanam, tapi saya tahulah susah nak tanam bunga ni."

"Tengok bunga ni cantik sangat. Umi saya cakap benda yang cantik ni kita kena hargai."

Sejenak, dahi Jasmine kembali berkerut. "Hargai tu apa?" Hairan Jasmine. Mengapa dia tidak pernah mendengar perkataan itu?

Tangan Anaki turut jatuh pada kelopak bunga yang sama, mengusap perlahan. Mengagumi ciptaan tuhan yang satu ini. Bunga ini nampaknya seperti baru sahaja mekar. Warna di tengah kelopak bunga itu masih pudar.

"Entahlah, saya pun tak tahu, Jasmine."

"Umi cuma cakap dekat saya. Tapi saya pun tak tahu apa maksudnya." Benarlah Anaki tidak pernah bertanya pada uminya kerana perkataan tersebut tidak menimbulkan rasa ingin tahu dia dalam dirinya. Tetapi apabila Jasmine menyoal, firasat ingin tahu itu kian membuak.

"Hah buat apa budak dua orang ni." Sergah ibu Jasmine, Puan Jasnita. Tangan dicekak dipinggang, gaya garang dipamerkan. Padahal sejenak tadi lagi dia mendengarkan perbualan mereka berdua dari belakang.

Puan Amanda, ibu Anaki, sedang mengemas pinggan mangkuk yang digunakan untuk minum petang.

Mereka sudah hidup berjiran sekian lama. Persahabatan yang terjalin sejak di menara gading membina satu ikatan erat di antara mereka. Akhirnya mereka memilih untuk tinggal berjiran kerana suami mereka turut berkerja di tempat yang berdekatan.

AzaleaWhere stories live. Discover now