Prolog

15 0 0
                                        

             Bulan.

Menyinar dikala gelita malam dingin menjelma.

Bagai mahu mendamaikan tiap jiwa yang gundah—mereka yang menempuh badai kehidupan bak butiran mutiara rantai yang terputus.

Dikala kesunyian melanda insan,

Sang bulan menjadi teman setia mereka.

Dikala kegelapan menyelubungi,

Sang bulan menyinarkan purnamanya.

Dia,

Menjadi saksi pelbagai ragam manusia di bawahnya,

Menjadi saksi ketulusan cinta seorang insan pada pasangannya,

Menjadi saksi pada dua insan,

Atau mungkin salah satunya, yang beranggapan mereka saling mencintai namun terpaksa memilih keputusan tanpa rela hati kerana 'dunia' mereka berbeza.

            Dia yakin, dia tak salah lihat. Tapak kaki melangkah laju mengejar susuk tubuh itu. Dia kenal. Seseorang yang lama menghilang tanpa khabar. Insan yang hatinya dambakan, bahkan terlalu dirindui.

                                   "Isya!"

         Figura itu mempercepatkan langkah apabila namanya diseru. Beg silang putih pada badan digenggam erat kedua tangan. Hawa telinganya menangkap suara yang memanggil namanya. Dipanggil oleh jejaka yang dia tahu dia tidak akan mampu miliki walau sebesar mana usahanya untuk meruntuhkan tembok di antara mereka. Mendengar suara si pemanggil sahaja buatkan dia rindu. Rindu pada kenangan mereka. Rindu pada sang pemanggil. Tapi dia sedar akan dirinya. Latar belakangnya. Realiti yang tidak akan dapat ditutup. Mereka berbeza. Jurang perbezaan mereka sangatlah besar. Dan baginya, dia rasa mustahil jurang itu dapat dihilangkan.

                           "Isya, tunggu!" Kata jejaka itu lagi. Langkahnya dilajukan ketika lihat wanita yang dikejarkan menapak lebih laju, menjauh daripada dirinya.

            Fatih menyelit di celah-celah orang ramai. Uptown di bumi Sarawak itu cukup padat. Masih ramai dan penuh dengan manusia walaupun sudah hampir tengah malam. Fatih terus mengejar. Langkah dilajukan. Mata hanya tertumpu pada wanita itu. Sesekali terlanggar orang lain ketika menyelit. Tapi dia bagaikan kesuntukan waktu, tidak sempat untuk meminta maaf.

                 Walau nama itu diseru berkali-kali, tetap tiada sambutan. Kawasan juga sudah berubah. Kurang sunyi, agak jauh daripada haru-biru orang ramai dan bunyi bising.

                              "Faerisya!"

                Langkahnya dihentikan ketika mendengar suara Fatih yang naik seoktaf. Sedikit tinggi tetapi bukan marah, lebih kepada tegas. Tubuhnya dipusingkan perlahan-lahan untuk memandang empunya suara. Yang selama ini cuba dielak sebaik mungkin. Yang selama ini merasakan dia telah beri harapan pada hati jejaka di hadapannya ini. Lelaki itu ditenung. Anak mata coklat gelap itu memandangnya. Dapat dirasakan sarat rindu dibalik anak mata itu.

              Dia tidak salah. Wanita di hadapannya ini adalah orang yang sama yang hilang tanpa khabar beberapa bulan lepas. Wanita yang sama cuba dihubungi, yang dicari selama ini tapi gagal. Wanita itu kini dihadapannya. Renungan mata Fatih menjadi lembut padanya. Kenangan mereka bagaikan tayang dalam kepala.

                             "Isya...."

               Suara itu lembut memanggilnya. Suara yang selama ini selalu memujuknya. Yang selalu mengingatkan dirinya tidak keseorangan. Yang selalu tahu ayat yang bagaimana ingin diterbitkan untuk mengangkat dirinya ketika jatuh. Mata dipejam rapat, nafas ditarik perlahan. Seakan-akan mengumpul kekuatan dan keberanian untuk mengungkap perkataan yang bakal diucapkannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dua Dunia: Cahaya Sang BulanStories to obsess over. Discover now