Bariq pasang muka kelat sambil memandang rakaman CCTV yang dipasang di dalam bilik belajar Qarissa. Hari ni Qarissa sudah memulakan sesi pembelajaran bersama seorang tutor yang dicari oleh Tengku Baidura sendiri.
Itu tak ada masalah. Yang jadi masalah utama sekarang ni adalah tutor Qarissa tu. Tutor tu lelaki. Ulang suara. Tutor tu LE. LA. KI. Dan lelaki tu masih muda. Mungkin seusia dengannya.
Bariq tak tahu kenapa Tengku Baidura carikan tutor lelaki untuk Qarissa. Mungkin Tengku Baidura fikir Qarissa tak akan takut sebab ada seorang pembantu rumah yang akan menemani Qarissa sepanjang sesi pembelajarannya.
Masalah kedua sekarang ni adalah hati Bariq. Hati Bariq dah hangus terbakar sekarang ni. Terbakar api cemburu.
Fauzan, pembantu peribadi Bariq yang sudah berdiri di depan meja kerja Bariq sejak setengah jam yang lalu hanya memandang majikannya yang kelihatan tak senang duduk.
"Errr... Boleh saya keluar tuan?" soal Fauzan akhirnya. Kakinya sudah tak sanggup lagi untuk berdiri. Skru lututnya dah longgar.
"Kau ada bau benda hangit tak?" soal Bariq. Tak menjawab soalan dari Fauzan tadi.
"Errr... Tak ada. Apa yang terbakar tuan?" Fauzan tayang muka hairan. Dari tadi dia berdiri, tak ada pulak hidungnya menangkap bau hangit. Hidung dia yang tersumbat atau hidung bosnya yang problem?
"Hati aku. Hati aku yang hangus terbakar sekarang." balas Bariq sebelum berdiri. Telefon bimbit yang terletak di atas meja diraih.
"Hahh!" terkejut Fauzan dengan jawapan Bariq tadi. Ayat macam orang cemburu. Masalahnya bos dia ni ada kekasih ke?
"Batalkan semua jadual aku harini. Aku nak balik." arah Xavi tanpa memandang Fauzan.
Sekali lagi Fauzan terkejut. Fauzan memandang Bariq tanpa berkelip. Biar betul bosnya ini. Masuk kerja pukul 8 pagi. Pukul 8.40 pagi dah nak balik. Buang tabiat ke apa?
Tanpa hiraukan pembantu peribadinya, Xavi melangkah cepat menuju ke pintu. Tak sabar nak balik.
~♥~♥~♥~
Bariq memberikan dua keping not 100 kepada pemandu teksi. Tanpa hiraukan panggilan pemandu teksi itu, Bariq berlari anak masuk ke dalam rumahnya. Tak sabar ingin menemui Qarissa.
Disebabkan pagi tadi Bariq dihantar oleh pemandu keluarganya, akan makan masa yang lama jika menunggu pemandu keluarga mereka datang menjemputnya di pejabat. Untuk jimatkan waktu dan dia pun boleh jumpa Qarissa lebih cepat, jadi Bariq ambil keputusan untuk pulang dengan teksi sahaja.
Bariq berjalan laju menuju ke arah bilik belajar Qarissa. Dari jauh Bariq sudah boleh nampak Qarissa yang kelihatan fokus menulis sesuatu di atas buku tulisnya. Di sampingnya pula ada Anin, pembantu rumah yang ditugaskan untuk menemani Qarissa belajar.
Tanpa ketuk pintu terlebih dahulu, Bariq terjah bilik belajar Qarissa. Guru peribadi Qarissa yang sedang mengajar memandangnya dengan riak terkejut.
"Keluar." arah Bariq sepatah kepada lelaki yang menjadi guru Qarissa.
Tanpa bantahan, guru lelaki tadi segera keluar dari bilik belajar. Diikuti Anin dari arah belakang. Kini yang tinggal hanya Qarissa dan Bariq sahaja.
Bariq duduk di kerusi Anin tadi. Wajah pucat Qarissa dipandang penuh kerisauan. Riak wajah Qarissa seperti biasa namun Bariq dapat lihat pancaran ketakutan dari anak mata Qarissa.
YOU ARE READING
Bariq Safaraz : Mi Luna
RomanceBook 2. Tengku Bariq Safaraz yang sentiasa dapatkan apa yang diinginkan sejak kecil. Semua keinginannya akan dituruti. Tapi ada satu hal yang belum diperolehinya. Seorang gadis. Gadis kecil yang sudah mencuri hatinya sejak pertama kali mereka berte...
