Sekumpulan tentera bersembunyi di sebalik runtuhan bangunan, berlindung dari hujan peluru yang tak henti-henti memecah udara. Serpihan batu berterbangan, menggesel kulit dan mencakar pakaian yang sudah koyak rabak. Nafas Hafiz tercungap-cungap. Setiap hela nafas seperti menarik bara. Darah mengalir dari pelipisnya, menitis perlahan-lahan, menodai debu di lantai konkrit.
Matanya melirik ke kiri dan kanan. Lima orang kawannya masih hidup, tersandar di celah tiang retak dan dinding berlubang. Salah seorang dari mereka, Azhar, menekup perutnya yang ditembusi peluru. Dia cuba menahan jerit dengan menggigit kain selendangnya. Darah meleleh deras dari celah jari.
"Fiz! Kita tak boleh terus ada kat sini. kita semua dah letih!"
Jerit Farid dari belakang kereta yang terbakar.
"Diorang datang dari dua arah!"
"Arghh!! Tak guna betul. Diorang ni memang tak nak bagi kita rehat ke. Sial betullah!"
Jerit Hafiz bengang lalu memegang walkie talkie dibahunya.
"Delta-2 kepada Markas, kami dikepung dan tiada jalan untuk berundur. Minta hantar bantuan segera!"
Tiada jawapan. Cuma bunyi statik dari walkie talkienya. Hafiz mula berfikir dan berharap tiada apa-apa yang berlaku di markas mereka. Markas itu saja tempat dia berlindung. Langit semakin gelap, walaupun belum malam. Awan bergulung seperti menyimpan sesuatu yang buruk. Kilat sabung-menyabung, tapi tiada hujan. Hanya letupan. Bau belerang dan keluli panas meruap kuat dalam udara.
Tiba-tiba – BOOM!!! Satu letupan peluru berpandu menghantam bangunan di sebelah mereka membuat runtuhan bangunan itu bergoyang. Debu tebal naik ke udara. Hafiz terhumban ke belakang menghempas dinding. Pandangannya berpinar dan telinganya berdesing. Dia melihat sekeliling, melihat keadaan sahabat-sahabatnya.
Dia melihat beberapa sahabatnya terhempap di bawah runtuhan. Darah mengalir di celah batu, dan tangan-tangan yang tidak lagi bergerak tersepit di antara logam bengkok dan serpihan konkrit. Jantungnya terasa seperti diramas. Nafasnya tercungap. Ada jeritan yang ingin dilepaskan, tapi hanya terperangkap di kerongkong. Matanya pedih menahan air mata, tetapi dia tahu, ini bukan masa untuk lemah.
Kemarahan yang perlahan-lahan menyala dalam dadanya bukan sekadar dendam, tapi juga rasa bersalah. Kerana dia masih hidup. Kerana dia tak mampu selamatkan mereka. Tapi dia tahu satu perkara..
"Kita tak boleh mati di sini, belum lagi" kata Hafiz dengan nafas yang tercungap-cungap kepada sahabatnya yang masih bernyawa. Mereka merespon dengan hanya mengangguk. Mereka tahu apabila Hafiz sudah berkata begitu mereka mungkin akan selamat kerana mereka tahu Hafiz selalu berpegang pada janji. Hafiz akan berusaha mencari kal untuk memastikan mereka tetap selamat. Kerana itu mereka juga tidak boleh mengalah.
Perlahan mereka mengangkat genggaman separa dada mereka sebagai tanda semangat mereka masih lagi ada untuknya. Mereka tidak mahu hafiz berjuang sendiri dan mereka akan membantunya. Tiba-tiba, gegaran kecil terasa dari bawah tapak kaki. Debu runtuhan berguguran dari bumbung bangunan. Hafiz terhenti seketika. Dia berpaling ke dinding arah datangnya sumber getaran tersebut, sebahagian tanah merekah dan terdengar bunyi dentuman dari bawah tanah.
"Fiz!" satu suara dari celah runtuhan.
Batu runtuhan diangkat dari dalam lubang terowong bawah tanah. Itu rupanya lubang saluran air bawah tanah. Hafiz melihat wajah yang dikenalnya iaitu pasukan kedua dari markah. Rupanya markas telah mengambil Langkah awal untuk menghantar bantun ke sini. Mungkin disebabkan mereka sudah tiga hari tidak memberi khabar misi ke markas. Pasukan bantuan tiba dengan senjata lengkap dan terus menyerbu bahagian hadapan tanpa menunggu arahan. Suasana bertukar. Kini mereka mula bangkit, memberikan serangan balas.
YOU ARE READING
JIWA
FantasyDalam dunia pasca-kejatuhan, segalanya sudah berubah. Langit bukan lagi biru, dan manusia bukan lagi seperti yang kita kenal. Fiz - seorang lelaki yang pernah berdiri di ambang maut - diselamatkan oleh entiti yang sepatutnya menjadi musuh. Dari situ...
