Sudah dua bulan berlalu, tetapi Tania masih cuba bangkit dari kesedihannya. Di hadapan semua orang, dia menunjukkan senyuman yang paling ceria tetapi tiada siapa yang tahu bahawa gadis itu kerap kali menangis sendirian memikirkan nasib diri.
Pagi itu, Tania bangun pada jam 6:00 pagi dan bersiap sedia untuk solat subuh.
Setelah selesai solat subuh, Tania pergi ke bilik Ariq untuk mengejutkan anak saudaranya itu kerana hari ini Ariq perlu bersekolah.
.
.
.
.
Setelah selesai menyiapkan Ariq untuk ke tadika.
Tania mendukung tubuh kecil kanak-kanak itu lalu dia turun ke bawah dan menuju ke ruang makan.
Makanan telah disediakan oleh pembantu rumah tersebut sejak daripada tadi.
Tania membantu Ariq untuk duduk di sebuah kerusi yang sudah disediakan sebuah booster seat untuk kanak-kanak-kanak tersebut.
Pada pagi ini, sarapan yang disediakan ialah nasi lemak kerang kegemaran Tania dan lempeng pisang kegemaran Ariq.
Tania tersenyum kecil apabila melihat telatah comel anak saudaranya itu ketika makan dengan sangat tertib.
Kadang Tania berasa kagum dengan didikan yang diberikan oleh arwah abangnya dan arwah kakak iparnya itu pada Ariq.
.
.
.
.
Setelah selesai makan, Tania menghantar anak saudaranya ke tadikanya iaitu di Pine Hills International School untuk Early School menggunakan keretanya.
Selepas menghantar anak saudaranya itu, Tania menuju ke kafe miliknya kerana dia perlu membuka kedai pada hari ini.
.
.
.
.
Ketika jam menunjukkan pukul 1:05 petang, seorang pelanggan lelaki memasuki kafe Tania.
Disebabkan kafe sedang ramai dengan pelanggan, semua pekerjaan Tania sibuk dengan pekerjaan masing-masing.
Tania pergi ke kaunter untuk mengambil pesanan. "Ye encik?? Nak apa ye??" Soal Tania dengan sopan.
Lelaki itu mengalihkan wajahnya dari telefonnya dan melihat ke arah Tania.
Seketika Tania terpana dengan mata kelabu milik lelaki tinggi lampai tersebut.
"Hm?? We meet again??~" Ujar lelaki itu sinis dan Tania seperti tersedar dari lamunannya.
"H-huh?? Maksud encik??" Ujar Tania hairan.
Lelaki itu tertawa halus sebelum merenung wajah cantik Tania yang seperti wanita arab itu dengan tajam.
"Nothing... By the way, just give me a cup of hot latte...." Ujar lelaki itu dengan nada yang mendatar.
"Huh??Sorry??" Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat reaksi blur Tania.
"A cup of hot latte, sweetheart~" Ulang lelaki itu lagi dan mata Tania membulat apabila lelaki itu memanggilnya dengan panggilan tersebut, lalu dengan cepat dia memasukkan pesanan lelaki itu ke dalam komputer kaunter di hadapan dia.
"Oh! One more thing.... My name is Dean Hazriel...." Ujar lelaki itu secara tiba-tiba yang membuatkan Tania terpinga-pinga.
Kemudian Tania mengangkat bahunya perlahan dan mulai membuat hot latte pesanan Dean sebentar tadi setelah memberikan nombor pesanan pada lelaki itu.
Setelah selesai, Tania memanggil nombor pesanan Dean dan tak lama selepas itu, lelaki itu datang untuk mengambil pesanannya.
"Thanks sweetheart~" Ujar lelaki itu sambil mengambil minumannya dan dia bayar menggunakan black card miliknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
HIS LITTLE WIFE
Cinta"Saya always sayang awak...." - Tuan Dean Hazriel "Saya pun.... Janji dengan saya yang awak takkan pernah meninggalkan saya..." - Nurtania Natasya "Saya janji...." - Tuan Dean Hazriel - - - "Terima kasih sebab sudah terima saya dalam hidup abang"...
