"Arwa!!!" jerit Arkim yang segera berenang ke tengah laut. Tubuh gadis itu telah tenggelam dek pukulan ombak yang kuat.
Arkim terus menyelam masuk ke dalam air. Renangannya sedaya-upaya dicepatkan. Jarak mereka semakin hampir. Ombak bergelora. Pada masa yang sama, air hujan turun tanpa henti.
Tangan kanannya cuba menggapai lengan Arwa yang terombang-ambing di dalam air. Seluruh tubuhnya pucat.
Lengan Arwa ditarik mendekati tubuhnya. Berjaya! Sekarang dia hanya perlu membawa Arwa naik ke permukaan air sekarang. Tahan ya sayang...
Sebelah tangannya merangkul leher Arwa dari belakang. Hiba hatinya melihat keadaan Arwa sebegini.
Dia membawa Arwa berenang ke permukaan air. Tercungap-cungap Arkim sewaktu mendapatkan oksigen. Namun, itu tak penting. Keselamatan Arwa lebih utama. Gadis ini harus diberikan bantuan secepat mungkin.
Baru sahaja dia berjaya membawa Arwa naik ke permukaan air, tiba-tiba...
Debush!
Ombak besar menghempas kuat tubuh mereka berdua. Pegangan Arkim pada Arwa dengan serta-merta terlerai. Sekali lagi, ombak menghempas kuat. Arkim ditenggelamkan ke dalam laut . Semakin lama semakin dalam.
Kelopak matanya dibuka. Memerhati segenap ruang lautan. Gelap gelita. Tubir matanya mula bergenang. Di dalam fikirannya saat ini hanyalah Arwa.
Arkim memerah sisa kekuatan yang masih ada. Tidak, dia tidak boleh menyerah begini saja. Arkim tergapai-gapai di dalam air. Mencari sosok tubuh Arwa yang sudah hilang entah ke mana.
Disaat Arkim cuba berenang naik kembali, kakinya tiba-tiba terasa kebas. Kejung. Ya Allah, dugaan apakah ini? Kakinya tidak mampu bergerak.
Keadaan di pantai pada waktu itu sangat sesak. Ramai orang ramai berhimpun dan cuba untuk memberikan pertolongan.
Tetapi terhalang oleh cuaca yang teruk. Mereka hanya mampu menunggu kedatangan pihak bomba dan anggota polis. Hujan semakin turun dengan lebat, seolah-olah tidak memberikan tanda untuk berhenti.
Air mula memasuki hidung dan telinga. Pedih. Arkim akhirnya memejamkan mata. Membiarkan tubuhnya tenggelam ke dasar laut.
Sungguh, dia sebenarnya sudah pasrah. Mereka sekarang berada di tengah laut. Siapa sahaja yang mahu menolong?
Saat ini, perlahan memorinya bersama Arwa mula berputar kembali. Seperti satu rakaman video. Bermula dari saat-saat mereka bersama, kenangan manis dan pahit terakam indah di benak fikirannya.
Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Dia sepatutnya melindungi Arwa. Entah kemanalah ombak membawa gadis itu pergi.
Ingat lagi sewaktu dia membuat perjanjian bersama Arwa tempoh hari, iaitu pada minggu lepas. Di taman reakreasi.
────୨ৎ────
"Kalau suatu hari nanti, Arwa lemas dihanyut ombak, Kim akan datang selamatkan Wa tak?" soalan itu terpacul keluar daripada mulut Arwa.
Seketika, Arkim tergamam. Dia memandang tepat ke dalam anak mata kekasih hatinya.
Tatapannya dibalas oleh senyuman dan lesung pipit milik gadis itu. Arwa duduk bersila sambil memetik gitar kesayangannya.
YOU ARE READING
Dia Bukan Dia
RomanceLaut pernah menjadi tempat Arkim mencari tenang. Tapi kini, setiap hembusan ombak cuma mengingatkan dia pada detik terakhir. Arwa, tenggelam, hilang, dan tak pernah kembali. Sejak hari itu, Arkim hidup dalam bayang-bayang. Laut menjadi mimpi ngeri...
