PROLOG

13 2 0
                                        

"ESOK malam papa sudah aturkan pertemuan dengan anak kawan papa," ujar Asyraf papa kepada Natasha sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Natasha yang ketika itu sedang menguyah makanan menghentikan kunyahan lalu mengangkat wajah merenung papa.

Setiap kali pulang ke rumah papa, mesti isu ini yang akan dibangkitkan oleh papa. Natasha sudah muak. Sebab isu inilah dia berat hati ingin pulang ke rumah papa walaupun berkali-kali diajak. Setiap kali balik rumah ini, mesti esoknya diaturkan pertemuan dengan anak kawan papa. Rasanya sudah hampir lima lelaki Natasha dipertemukan tetapi semuanya ditolak mentah-mentah.

"Tasha tak nak lah papa. Anak kawan papa tu semua spesis buaya. Nampak perempuan cantik mulalah berbakul-bakul ayat manis dikeluarkan daripada mulut mereka," Natasha kepada papa.

"Bukan perempuan suka dengan ayat manis? Barulah hidup berumah tangga aman dan harmoni." Asyraf melirik ke arah isterinya yang dikahwininya sebelum mama meninggal dunia.

Aku yang melihat aksi itu hampir sahaja membuat muka meluat tetapi ditahankan sahaja.

"Lelaki mulut manis ni bukan boleh percaya sangat papa. Suka sangat bagi ayat manis seperti madu sampai boleh bagi madu untuk isteri." Sedas Natasha menyerang papa. Harap sedarlah dia sedang perli papa. Papa merenung aku tajam. Aku menoleh ke sebelah papa melihat riak wajah ibu tirinya yang sudah menjadi mendung.

"Betulkan ibu?" soal Natasha dengan nada yang cukup sinis

"Lelaki kalau ada harta dan mulut manis ramai aje perempuan beratur nak jadi penyondol!" Natasha sengaja menekankan perkataan penyondol itu. Biar perempuan di sebelah papa itu sedar diri.

Pap!

Papa menghentak meja makan dengan kuat. Natasha melihat papa yang kelihatan sedang menahan marah. Tahu sangat papa tidak menyukai topik berkaitan dengan perampas serta penyondol yang dibangkitkan sekarang ini. Apatah lagi topik itu berkait rapat dengan isteri tercintanya. Mahu termuntah seketika Natasha apabila menyebut perkataan cinta.

"Berapa kali papa nak sebut jangan cakap tentang perkara yang sudah berlalu. Mama pun sudah lama meninggal. Kenapa Tasha masih tidak boleh lagi menerima kenyataan. Antara mama dengan ibu, papa sayang kedua-duanya sama rata. Cinta papa tidak kurang mahupun lebih antara mama dengan ibu. Susah ke Tasha nak faham?" kecewa sekali nada Asyraf. Tetapi itu tidak bermakna Natasha akan berlembut hati apabila mendengar kata-kata papa.

"Sebab itulah Tasha tak percaya dengan cinta. Lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu serta boleh menjadi adil dalam membahagikan cinta. Tetapi papa lupa, adakah wanita rela berkongsi kasih-sayang lelaki yang dia cinta? Papa kena letak diri di tempat mama, boleh tak papa terima kenyataan kalau mama juga boleh berkahwin lebih daripada satu?" bangga pula Natasha apabila menuturkan hujah tersebut kepada papa. Terdiam papa dibuatnya.Natasha mengukirkan senyuman kemenangan pada seulas bibirnya. Dia menyandar di kerusi dan berpeluk tubuh.

"End of discussion," kata Natasha lalu sambung menjamu selera yang tergendala sebentar tadi.

"Papa bagi Tasha dua pilihan."

Natasha menghentikan suapan apabila Asyraf kembali bersuara. Haish, papa ni tak berputus asa langsung!

"Tasha pergi sahaja temu janji buta dengan anak kawan papa sehingga ada yang berkenan di hati atau papa akan suruh sahaja mana-mana anak kawan papa yang berminat dengan kamu masuk meminang. Sudah semestinya papa akan terima sesiapa sahaja yang masuk meminang Tasha dan tidak perlu bertanya tentang keputusan Tasha." Serius sekali muka papa. Sepertinya sudah tekad ingin Natasha berkahwin secepat mungkin.

"Papa tak akan berani." Natasha menelan liur dengan agak payah. Takut pula dia melihat wajah papa itu.

"Papa wali Tasha dan papa berhak mengahwinkan Tahsa with or without your agreement." Papa mula menaikkan suaranya. Manakala Natasha mula tunduk menikus. Seram apabila papa mula menaikkan suara.

"Selama ni papa ikut sahaja semua kemahuan Tasha. Tasha tak nak sambung pelajaran dalam bidang perniagaan, papa terima. Papa benarkan Tasha sambung belajar dalam bidang hiasan dalaman. Lepas habis belajar papa suruh Tasha kerja dengan papa tapi Tasha tak nak. Walaupun papa berat hati nak lepaskan Tasha kerja di bawah orang selain papa, tapi papa tetap benarkan Tasha kerana Tasha kata Tasha lebih suka bekerja di bawah orang lain. Sekarang ni papa minta Tasha terima satu sahaja permintaan papa, tolonglah pilih mana-mana lelaki yang papa aturkan temu janji buta untuk berkahwin dengan Tasha."

Lemah sekali suara Asyraf. Asyraf terus sahaja bangun daripada meja makan dan berlalu dari situ. Natasha hanya mampu melihat langkah papa yang longlai menuju ke atas. Ibu lambat-lambat mengikut langkah papa. Dia tidak langsung memandang wajah Natahsa, mungkin takut diberikan jelingan setajam pedang. Itulah perkara yang dilakukan oleh Natasha setiap kali pandangan mereka berdua bertemu.

Natasha mengeluh memikirkan tentang permintaan papa itu. Pergi sahaja Tasha temu janji buta itu. Bukannya papa suruh kahwin on the spot. Dia suruh pergi duduk makan dan berkenalan sahaja bukan? Lepas itu kau tak perlu lagi berhubung dengan lelaki itu.

Untuk CintaStories to obsess over. Discover now