|~PROLOG~|

44 2 0
                                        

10 TAHUN YANG LALU...

"Ai daisy tak siap-siap lagi ke projek kau tu? Kemain lama kau buat,nak dekat seminggu lebih dah ni" -zafran

      ucap zafran dengan penuh nada mengejek.Zafran salah satu **project partner** Wina,tetapi dia tidak membuat satu kerja langsung.Semuanya Wina yang membuat sendirian Dari A-Z kerana zafran tahu wina adalah Top Student,Jadi zafran tahu yang hasil kerja Wina pasti sempurna dan lengkap.Namun,Ramai yang memanggil Wina ialah Wina tetapi zafran lebih menyukai menggunakan nama tengah wina iaitu Daisy.

"Memanglah lama kalau kau pun taknak tolong aku."
-Wina
Kata Wina dengan nada kepenatan dan pada masa yang sama menjeling Si zafran yang duduk bersenang-lenang di hadapannya itu

"Alah kau kan Top student,Mesti kerja kau lagi perfect dari aku punya,kau pun tahu aku tak minat pasal menulis ni." -zafran

     Wina tahu dirinya dikenali ramai kerana kepintaran mindanya termasuk guru-guru disekolahnya.Ramai pelajar sentiasa meminta tolong tentang tugasan mereka kepada wina.Namun,Wina tidak suka digelar top student kerana dia tahu ramai yang mempergunakannya untuk mendapat markah cermelang tanpa kesungguhan mereka sendiri.

————————————————————————————

BEBERAPA JAM KEMUDIAN..

Projek Wina dah zafran sudah pun siap dan sperti yang zafran bayangkan,Kerja Wina sangatlah teliti dan cantik.oleh kerana itu,Zafran berasa sedikit kesian kerana Wina nampak terlalu penat selepas membuat keseluruh projek itu bersendirian

"Daisy oo bunga daisy"-Zafran
Zafran sengaja cuba mengusik Wina yang sedang mengemas barangnya yang bertemakan bunga DAISY. Kemudian, Wina menggalaskan beg sekolahnya dan bersedia untuk pulang.

"Apa lagi zaf? Aku dah penat la"-Wina
Suara Wina sudah terbukti dia lelah,Apa lagi yang zafran mahukan?

"Disebabkan aku berasa sedikit kesian dekat kau,Jom aku belanja makan atau minum kalau tak nak,sudah.
aku ni dahla jarang nak belanja orang ni"-zafran

Zafran menujuk muka acah-acah macho dia ke arah Wina untuk melihat reaksinya

Wina menjeling ke arah Zafran* "Kau nak belanja makan apa? Kalau setakat dekat kedai tomyam pak samad depan sekolah tu baik takyah" *Wina sengaja menunjuk muka sombongnya

"mestilah tak,Daisy ooi.Kau ni macam la tak kenal taste T20 aku ni.Kita pergi makan dekat WESTERN nak? Ke SUSHI? Ataupun kau pilihla"-zafran

Wina tahu yang zafran mempunyai hidup yang sangat mewah namun dia selalu berlanja Wina lebih dari Rakannya sendiri.Dia jarang berlanja Rakan-rakannya makan atau pun minuman air kotak di sekolah.Oleh itu,Ramai yang anggap Zafran ni seorang yang sombong kerana dia lebih memilih Wina daripada rakannya sendiri.

"Ikut kaulah aku bukan picky eater macam kau..carrot pun tak makan patutla rabun."
-wina

Sempat lagi wina mengejek si zafran kerana dia memakai cermin mata bulat seperti Nobita.

Zafran redha dengan ejekan oleh wina kerana dia sudahpun terbiasa dengan ejekan tersebut daripada orang lain.

Mereka mula berjalan kaki ke arah sebuah restoran WESTERN kerana ia terletak beberapa meter sahaja dari sekolah.Sewaktu mereka berjalan sama-sama sambil Berborak,Mereka terdengar bunyi hon kereta yang sangat dekat mengakibatkan mereka berdua menoleh ke belakang.

pemandu tersebut membawa kereta secara bahaya kerana mabuk dan melanggar beberapa penghadang jalan sebelum memandu tepat ke arah Wina dan Zafran.*l

"WINAAAA!!!" Jerit Zafran sebelum mereka berdua dilanggar oleh pemandu mabuk itu.Keadaan sekeliling bermula menjadi kucar-kacir akibat insiden tersebut.
Orang awam mengelilingi mereka berdua termasuk Pemandu mabuk tersebut dan masing-masing berlumba untuk men-dial nombor kecemasan dan ambulans.

    Selepas itu mereka dibawa ke hospital untuk merawat luka-luka mereka.Namun,Hanya zafran yang sedar selepas insiden tersebut berlaku.Manakala,Wina masih tidak menyedarkan dirinya lagi.

~PROLOG ENDED~
————————————————————————————

~Maaf jika ayat di dalam novel ini tidak serupa seperti novel lain kerana saya masih baharu dalam bidang penulisan dan saya masih seorang pelajar sekolah :D

~Korang boleh follow IG @AuthorRisxys untuk mendapatkan update terkini~!

~Korang juga boleh tinggalkan review ataupun idea!
   Boleh DM di IG untuk sebarang informasi ataupun
   Kalau nak ajak sembang dan kawan baru korang pun
   Boleh!

DAISY'S (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now