"Assalamualaikum..." Pintu rumah agam milik keluarga gadis itu dibuka secara perlahan setelah memberi salam. Seluruh ruangan terlihat masih cerah.
Anak matanya bergerak, melihat jam yang berada di dinding. Masih jam 9:00 malam. Tetapi, kenapa begitu riuh?
Ada sesuatu yang dia tertinggal ke? Kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Kedengaran suara yang sedang bergelak ketawa di ruang makan. Langkahnya terhenti. Keluhan berat dilepaskan. Sudah pasti mereka sudah makan malam tanpa menunggu kepulangan dirinya. Kakinya kembali melangkah menuju ke arah tangga.
Namun, langkahnya terhenti tatkala terdengar seseorang memanggil dirinya.
"Cik Raylaa..." Panggil salah seorang orang gaji di dalam rumah agam itu. Raylaa Arabella lekas menoleh.
Terlihat seorang wanita tua sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman terukir di wajahnya. Raylaa mengangkat kening sebelah. Ada apa wanita tua ini memanggil dirinya?
"Mak Lia... Ada apa?" Sahut Raylaa apabila melihat wanita tua itu mendekatinya.
"Cik Raylaa baru balik ya? Tadi, Dato' ada pesan dekat Mak Lia untuk suruh Cik Raylaa berjumpa dengan Dato'." Ujar Mak Lia dengan nada yang lembut. Kening Raylaa berkerut.
Memanggil dirinya? Ada apa sebenarnya? Pelbagai soalan sedang ligat di dalam fikirannya saat ini. Biasanya, papanya hanya tidak menghiraukannya. Dia pulang lambat, dia tidak ambil peduli.
Semuanya kerana ibu dan anak tirinya. Papanya lebih kepada mereka berbanding dengan dirinya. Papanya mungkin mengira bahawa dia merupakan asbab isteri yang dia sayangi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.
Tetapi, itu bukan salahnya! Dia masih kecil, dia tidak tahu apa yang berlaku saat itu. Dia juga mangsa dalam situasi itu! Raylaa menggeleng kepalanya, tidak ingin memikirkan kejadian itu kembali. Senyuman diukir buat Mak Lia.
"Iyalah. Nanti Aylaa pergi ya?" Kata Raylaa perlahan. Mak Lia yang melihat raut wajah anak majikannya mula berubah, turut bersimpati.
Sudahlah sejak kecil, dia sudah trauma dalam kemalangan tragis itu. Ini pula dugaan papanya yang sering menyalahkan gadis itu akan hal kemalangan yang menimpa ke atas isterinya. Raylaa Arabella, digelar sebagai seorang gadis yang malang. Mak Lia yang menjaga Raylaa sejak kecil, turut bersimpati ke atas apa yang berlaku kepada Raylaa.
Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Tangan Raylaa dicapai lalu digenggam kemas.
"Cik Raylaa, cik kalau rasa sedih, jumpa dengan Mak Lia ya?" Kata Mak Lia membuatkan Raylaa tersenyum kecil. Kepalanya diangguk perlahan.
"Insyaallah, Mak Lia." Balas Raylaa dengan nada yang lembut. Dia hanya memiliki Mak Lia sahaja di saat seperti ini. Hanya Mak Lia sahaja yang tahu apa yang berlaku terhadap dirinya sendiri.
Mak Lia mengangguk faham. Tangan yang menggenggam tangan Raylaa, dilepaskan secara perlahan. Hanya itu sahaja cara untuk menyalurkan semangat buat gadis itu. Sudah pasti saat ini, perasaannya sedang dilanda kesedihan.
Senyuman kecil diukir di hujung bibir Raylaa.
"Mak Lia, Aylaa nak naik atas dulu. Nak segarkan badan sebelum jumpa papa. Aylaa naik dulu ya?" Pamit Raylaa dengan nada lembutnya. Mak Lia tertawa perlahan. Aduhai, lembut sekali tingkah lakunya ini.
Pasti ramai jejaka yang berminat untuk mempunyai isteri seperti dia. Sukar ingin mendapat wanita jelita yang berperilaku baik seperti Raylaa Arabella. Sikap mamanya turun kepada Raylaa. Sikap yang lembut, berbudi bahasa, suka senyum. Itulah Raylaa Arabella.
Walau apapun yang berlaku, dia tetap sabar dalam menempuh ujian yang diberi oleh yang maha Esa.
"Iyalah. Pergilah. Nanti Mak Lia beritahu Dato'." Balas Mak Lia.
YOU ARE READING
INDELIBLE LOVER
Romance[ INDELIBLE LOVER: HIS SUGAR BABY ] • ENGKU RIYADH ARYAN × RAYLAA ARABELLA • "Carikan aku seorang perempuan yang dapat tarik perhatian aku untuk kuras harta aku." -ENGKU RIYADH ARYAN- ××× "Tuan ingat saya ni perempuan murahan ke nak ambil saya seb...
