part 3

7 2 1
                                        

Bangunan universiti itu berdiri megah di hadapan syiefa, di kelilingi oleh pohon-pohon dan daun-daunnya berwarna keemasan, tanda musim luruh sudah tiba di Melbourne. Pelajar-pelajar berpakaian tebal berselerakan,ada yang berbual ,ada yang tergesa-gesa menuju ke kelas.

Syiefa melangkah perlahan menuju ke universiti farmasi, telinganya masih dipenuhi dengan irama lagu "kembalikan senyumku". Dunia sekelilingnya bagai direndamkan, hanya ada suara penyanyi yang berbisik kepada luka-lukanya.

Mungkin sebab terlalu tenggelam dalam dunia sendiri, dia tidak sedar ada seseorang memanggil namanya.

"Syiefa!"

Panggilan itu tenggelam dalam alunan muzik.
Sekali lagi - lebih kuat.
"Syiefa!"

Tiba-tiba,dia terasa bahunya dicuit dari arah belakang. Syiefa berpaling dengan sedikit terkejut.

Di hadapannya berdiri seorang lelaki - tingginya sederhana, wajahnya bersih dengan senyuman yang hangat dan menenangkan. Mata hijau kebiruan itu memandangnya dengan kebimbangan yang nyata.

Almir.

Satu-satunya pensyarah di universiti itu yang mualaf - dikenali kerana kebaikan, ketegasan dalam kelas, dan ketulusan yang sukar ditemui dalam dunia akedemik yang sibuk.

Dia menanggalkan earphones dengan cepat.

"Syiefa, are you ok?" Soal Almir, nadanya lembut, seolah-olah tidak mahu membuatkan dia rasa malu.

Syiefa tersenyum kecil, cuba menenangkan suasana.

"Yes, don't worry about me," balasnya, nada suara stabil walaupun hatinya bergetar kecil. Bukan kerana takut, tapi kerana kehangatan yang tidak dijangka dari perhatian itu.

Almir mengangguk, matanya masih mencerminkan sedikit kerisauan.

"Good. Just...be careful next time, alright? It's easy to get lost in your thoughts here," tambahnya dengan senyuman kecil.

Syiefa hanya mengangguk perlahan. Untuk seketika,ada rasa yang aneh tapi nyaman mengalir dalam dirinya - rasa dihargai , rasa dilihat.

Buat pertama kali dalam masa yang lama, seseorang bertanya"are you ok?" Dan benar-benar bermaksudkan itu.

Syiefa menyimpan earphones ke dalam poket jaketnya, melangkah bersama Almir ke arah pintu universiti.

Langit yang menyimpan janji Where stories live. Discover now