BAB 1

1 0 0
                                        

"VVRROOMMM."

Bunyi enjin Ducati Panigale V4 berwarna merah hitam yang dipulas habis membuatkan suasana bengkel yang tadi tenang terus bergema. Bau minyak hitam, asap halus, dan dentingan alat bengkel bersatu dalam satu irama biasa—bising, bersepah, tapi inilah zon selesa Hazriq Aryan.

Hazriq duduk mencangkung di sebelah superbike kesayangannya, dengan spanar masih dalam tangan. Lengan baju tshirt putih digulung sehingga ke paras bahu mendedahkan tangan berotot kuning langsat itu, pergelangan tangan hingga siku sedikit comot dengan kesan minyak hitam. Tapi dia langsung tak kisah. Bagi dia, hadap benda macam ni jauh lebih menenangkan daripada duduk dalam bilik lecture dengar pasal pressure vessel dan fluid dynamics.

"Bro, kau tau tak kau dah modify exhaust ni tiga kali dalam masa dua bulan?" tegur Rayqal Hadi, si pemilik bengkel dan juga sahabat dia sejak zaman sekolah. Ray berbadan sasa, rambut kusut-kusut ikal, tapi mata dia sentiasa tajam bila melibatkan motor. Dia ni boleh kata setiap bahagian yang ada pada motor dia tahu walau sekecil kuman.

Hazriq senyum senget. "Kalau aku puas hati dari awal, takkan aku ulang, kan?"

"Ni bukan pasal puas hati. Ni pasal kau ada masalah commitment dengan sistem ekzos," sampuk Wafiq Mikhael, si mulut pedas dalam trio mereka. Dia tengah duduk atas hood kereta lama yang dah berkarat, sambil kunyah coklat bar.

Hazriq ketawa kecil. "Aku tak suka bunyi yang terlalu kasar. Aku nak dia padu, tapi smooth. Faham tak vibe tu?"

"Padu tapi smooth? Bro, kau nak ekzos ke kau nak girlfriend?" Wafiq buat muka tak puas hati. Yang ini, bab awek nombor satu.

Ray geleng kepala. "Aku dah tukar titanium slip-on exhaust untuk kau, tambah sekali dengan custom manifold, tapi kau masih rasa tak 'ngam'? Apa lagi yang kau nak?"

"Maybe aku nak upgrade ECU dia sikit. Bagi throttle response tu lebih responsif. And lepas tu... kita tukar quickshifter. Yang baru aku order dari UK tu dah sampai belum?"

Ray tepuk dahi. "Astaghfirullah. Ni bukan modify dah ni—ni rebuild. Motor ni bakal jadi Iron Man versi Ducati."

"Eh tapi serious talk, bro," Hazriq bangun, lap tangan dengan kain buruk. "Once semua settle, jom ride jauh sikit. Aku dah lama tak lepas kepala."

Wafiq terus bangun. "YES. Tu yang aku tunggu. Jangan ajak ride past highway je, bosan."

Ray angguk. "Let's go malam ni. Aku tahu satu tempat—atas bukit sikit, dekat-dekat dengan tasik. View dia cantik, and tak ramai orang tahu."

Hazriq angkat kening. "Bukit mana ni?"

Ray senyum penuh misteri. "Bukit Langsung Tak Dalam Waze."

Lalu Hazriq melempar kain buruk yang dilap tangan tadi tetap ke muka Ray. Nasib la eh dapat member macam ni.

Malam menjengah perlahan, tetapi langit masih belum gelap sepenuhnya.

Tiga buah superbike meluncur keluar dari bengkel milik Rayqal, Ray-ce Auto—masing-masing dengan gaya dan bunyi tersendiri. Ducati Panigale V4 milik Hazriq mengaum paling garang, dengan bunyi exhaust titanium yang dalam dan berkarakter. Wafiq pula setia dengan Kawasaki ZX-10R berwarna hijau matte, manakala Ray dengan Aprilia RSV4 hitam legam yang sleek gila—tak ramai tahu motor dia dah kena touch up dekat bahagian dalaman, termasuk sistem suspensi yang dia sendiri modify.

Angin malam mencuit wajah mereka waktu mereka menuruni flyover menuju ke jalan lama berbukit yang dah jarang dilalui. Lampu jalan di situ banyak yang rosak, tapi bagi mereka, itu yang buat ride tu lagi thrill. Asap tipis dari daun-daun yang terbakar di kejauhan, bau jalan tar lepas hujan, dan bunyi motor yang memecah kesunyian—semua tu macam terapi untuk jiwa mereka yang penat dengan dunia realiti.

"Corner depan ni sharp gila weh. Jangan overconfident," jerit Ray melalui helmet intercom dia.

"Tengok siapa yang cakap—abang litar Sepang ni lah paling suka lean sampai lutut sentuh jalan," balas Wafiq sambil gelak.

Hazriq senyap. Dia tengah fokus. Dia bukan jenis yang suka cakap banyak waktu ride. Jemari dia erat pada handle, mata fokus pada setiap selekoh. Dia suka perasaan 'flow' tu—macam dia dan motor jadi satu. Bila dia masuk corner dengan perfect line, uhh what a feeling.

Superbike mereka berhenti serentak, deruman enjin terus senyap serta-merta, digantikan dengan bunyi angin yang meniup perlahan dari lereng bukit. Tempat tu bukan sekadar spot biasa—ianya kawasan lapang yang tersembunyi di celah jalan berbukit lama, hanya beberapa meter dari selekoh tajam yang jarang dilalui orang. Tiada papan tanda, hanya ada satu lampu jalan yang menerangi suasana. Tanah lapang yang terbuka menghadap seluruh bandar. Dari atas bukit , lampu-lampu kota nampak seperti lautan emas—bergerak perlahan, tenang dan penuh cerita. Ada satu batu besar di hujung tebing, tempat wajib untuk lepak kalau datang sini. Sekelilingnya hanya rumput liar dan beberapa batang pokok renek yang menari ikut irama angin.

Hazriq mencabut helmet dari kepalanya, rambut yang serta merta beralun dek angin diraup kebelakang. Pandanganya realiti memerhati sekeliling.

"Now this is what I call peace," kata Ray sambil duduk atas batu , helmet dikepala dilepaskan lalu diletakkan disebelahnya. Nafas panjang dikenakan. "Tempat ni... dulu aku datang sorang je. Sekarang rasa lain sikit bila ada korang."

"Kau ni macam tengah confess," Mikhael menjeling. "Jangan buat aku rasa pelik malam-malam."

Hazriq ketawa kecil. "Weh, moment tengah cantik. Jangan spoil boleh tak?"

Dia berjalan perlahan ke tepi, mata tak lepas dari view yang terhampar luas. Dia berdiri tegak, angin meniup baju jaket kulit dia yang dah nampak sedikit worn out. Ada aura tenang yang jarang orang nampak dalam diri dia waktu macam ni.

"Ray, macam mana kau boleh terjumpa tempat ni?" tanya Mikhael sambil tangan bermain dengan lighter. Dibuka dan ditutup.

"Haritu, masa aku tengah test ride motor customer, aku tersesat jalan. Lepas tu... boom. Hidden spot yang terus jadi port aku sorang," jawab Ray, suara dia lebih perlahan, sesuai dengan suasana.

Hazriq tarik nafas panjang, sejuknya menusuk hidung. Tapi rasa tu menyenangkan. Dia duduk atas rumput, sandar sikit ke belakang, tangan dia letak atas tanah.

"Aku suka tempat ni," kata Hazriq perlahan.

"Kau suka apa?" Mikhael memusingkan sikit badannya, curious.

"Sebab tempat ni tak mintak apa-apa. Tak ada expectation. Tak ada tekanan. Dia tak tanya aku nak jadi siapa, nak jadi apa. Dia just... ada."

Ray pandang Hazriq, senyum kecil. "Sebab tu aku bawak korang ke sini. Kadang-kadang kita perlu tempat yang tak kenal siapa kita—baru boleh rasa diri sendiri. Kau faham tak, tak semak."

Mereka bertiga senyap sekejap. Langit makin gelap, tapi bintang mula keluar satu demi satu.

Nampaknya tempat ni selepas ni bukan lagi port Rayqal seorang .

HIS SCHATZ Stories to obsess over. Discover now