>> Part 4 <<

1K 62 1
                                    


Ji Hyo keluar dari kedai itu dan menuju kearah pokok hiasan tersebut dimana Kai sedang bersembunyi dibelakang pokok itu . ''Yahh !''Sergah Ji Hyo . ''Oh mak kau terbang ke syurga!!''Kai melatah sebaik disergah . Kai mengusap dadanya , nafasnya tercungap cungap akibat terlalu terkejut .

''Kau buat apa dekat sini ?! Haa ?! Sibuk mengintip aku ke ha ?!''Tengking Ji Hyo . Kai mengelabah , entah apa harus dia jawap . Semua orang yang lalu lalang sekeliling mereka berdua berhenti dan melihat apa terjadi .

Baekhyun segera melangkah keluar dari kedai cake itu dan menuju ke Ji Hyo . ''Ji Hyo yaa , sudahlah tu .''Baekhyun memegang tangan Ji Hyo . Muka Kai naik merah , ''Sibuk je nak pegang tangan Ji Hyo .''Bisik hati Kai . ''Entah entah , kau ni ada niat jahat kan ?!''Ujar Ji Hyo .

''Eh mana ada ! Saya..''Kata kata Kai terhenti . Dia masih memikirkan jawapan yang sesuai harus diberi , kalau silap bagi jawapan . Mati Kai dikerjakan . Nampaknya Ji Hyo bukan calang calang orangnya .

''Apa ?!''Sergah Ji Hyo . ''Saya intip awak sebab saya sukakan awak !!''Kata Kai laju . Kai terkejut lantas dia menekup mulutnya . Kai terlepas cakap akibat terkejut .

''Mwo yah ?!''Ji Hyo jegilkan matanya kearah Kai . Kai menunduk . Semua orang yang sedang melihat mereka berbisik sesama sendiri .

''Wahh sweetnya ~!!!''

''Tak betul dah budak tu .''

''Tak tahu malu ke apa?''

''Inilah dikatakan cinta elektrik .''

itu lah reaksi semua orang disekeliling mereka . Ji Hyo sudah naik angin . Dipermalukan oleh Kai , itu yang buat dia marah . Kai cuma diam manakala Baekhyun terkejut akan apa kata Kai tadi .

Ji Hyo terus masuk ke dalam kedai tanpa berkata apa apa . Baekhyun menapak beberapa langkah dan berdiri dihadapan Kai . Baekhyun menepuk bahu Kai . ''Bukan mudah nak pikat dia . Faham fahamlah maksud aku .''Kata Baekhyun lalu beredar dari situ .

Semua orang mula bersurai dan tinggal Kai sendirian saja di tepi pokok itu . ''Bukan mudah nak pikat dia ? Belum cuba belum tahu . Hwaiting!!''Kai cuba memberi kata semangat untuk dirinya . Kai tersenyum kearah kedai cake itu dan berlalu pergi .

---------------

''Macam mana aku nak pikat dia ?''Kai mengaru kepalanya berkali kali walaupun tidak gatal . Pintu bilik Kai dibuka . Sehun masuk ke dalam bilik dengan wajah yang marah . ''Wae ? Bila susah cari aku . Bila senang? Lupa aku .''Kata Sehun sambil menyilangkan tangannya didada .

''Sehun ya ~ mianhae . Aku bukan apa , aku cuma stress la .''Kata Kai . ''Kau ? Stress ? Habis aku ni ? Stress dengan kau ! Yang tak habis habis nak kejar perempuan .''Ujar Sehun marah . Sebenarnya Sehun tak marah , cuma dia sengaja pura pura merajuk dengan Kai .

''Alahai ~ Sehun . Sini kau .''Kai menarik tangan Sehun lalu duduk diatas katil . ''Kalau kau tolong aku , aku akan bagi apa saja kau nak . Apa saja ~''Kata Kai . Lantas Sehun memandang Kai . Sehun tersenyum sinis . ''Apa saja ?''Kai mengangguk mengiyakan pertanyaan Sehun . Sehun tersenyum sinis ~

----------------

''Ha ? Kau nak aku tolong korang berdua dapatkan unnie aku untuk Kai ?''Ji Ha terlopong saat mendengar permintaan Sehun . ''Beb ! Beb ! Beb !''Ji Ha memetik jari di depan muka Kai dan Sehun . ''Fikir mudah ? Tak mudah beb .''Kata Ji Ha mengeluh .

''Please lah Ji Ha ~ Aku boleh bagi kau.. Eh , maksud aku Kai boleh bagi kau apa saja kau nak .''Sehun tersengih kearah Kai . Kai mengeleng kecil . ''Apa pun kau bagi aku , aku takkan boleh tolong kau .''Kata Ji Ha sedaya upaya menolak permintaan Kai dan Sehun .

''Alaaa ~ please lah Ji Ha . Jeballyo..''Sehun dan Kai mengenggamkan kedua tangan mereka dan melutut kearah Ji Ha . Ji Ha mengeluh . Kemudian Ji Ha tersenyum sinis . ''Okay but aku nak Sehun buat something . Kalau dia tak buat , aku tak tolong .''Ujar Ji Ha . Kai dan Sehun setuju .

-------------

'SEHUN LELAKI POYO , SAKAI DAN PERASAN HANDSOME'

Itulah tulisan yang terpapar dipapan yang tergantung di leher Sehun . Itulah yang Ji Ha mahu Sehun lakukan . Sehun terpaksa akur untuk berdiri dihadapan orang ramai dihadapan restoran Ji Ha kerja dengan papan yang tergantung di leher Sehun .

Kai dan Ji Ha berdiri di pintu restoran tersebut . Kai cuma tertawa . ''Kau ?! Jangan harap aku nak lepaskan kau !''Kata Sehun geram . Ji Ha cuma ketawakan Sehun . ''Lain kali , jangan poyo okay ? Haha ~''Ji Ha tawa sindir . Sehun menahan geram . Kalau tidak disebabkan ingin menolong Kai , jangan harap dia akan melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruahnya !

----------------

''Gomawo Baekhyun .''Ucap Ji Hyo . Baekhyun menghantar Ji Hyo pulang ke rumah harini . ''Sama sama . Jangan banyak fikirkan masalah petang tadi nae ?''Baekhyun senyum . Ji Hyo mengangguk . Kemudian Baekhyun pulang . Selepas memastikan kelibat Baekhyun tiada , Ji Hyo masuk ke dalam rumah .

Ji Hyo menutup pintu rumah . Lalu ke ruang tamu untuk berehat . Kedengaran suasana riuh di ruang tamu , Ji Hyo mengerut dahi . Di rumahnya , cuma tinggal dia dan Ji Ha . Tapi kenapa bising sangat ?

Ji Hyo terus menapak ke ruang tamu . Sebaik sampai ke ruang tamu , Ji Hyo terkejut . Kelihatan di ruang tamu ada Ji Ha dan Sehun . Tapi yang buat Ji Hyo terkejut lagi...

''Kenapa Ji Ha bawa balik mamat ni ?!''Tanya Ji Hyo . ''Kai ni sepupu Sehun . Sehun kawan Ji Ha . So tak salah kot? Hehe..''Ji Hyo mengetap bibir . Kini adiknya sendiri pula sudah pandai menyakitkan hatinya . Kai tersenyum sambil menunjuk 'peace' .

[[ BERSAMBUNG ]]

I Do Not Believe In LoveWhere stories live. Discover now