>> Part 1 <<

3.2K 95 0
                                    


Kai mengeluh . Harini dia gagal lagi dalam hubungan bersama gadis dicintainya . Masuk kali ini sudah kali ke 10 dia putus cinta . ''Apalah malang aku ni??''Kai menghantukkan kepalanya ke dinding biliknya . Setiap gadis yang ingin bersama dengannya cuma mahukan duit semata - mata . Adakah itu adil bagi Kai??

''Kai..''Omma Kai mengetuk pintu bilik Kai . ''Nae omma!!''Jerit Kai dari dalam bilik . ''Jom turun makan , Omma dah masak . Appa kamu pun dah balik kerja .''Kata Omma Kai dengan lembut . ''Nanti Kai turun .''Kata Kai . Omma Kai mengeleng kecil , bukannya dia tidak tahu apa jadi pada Kai .

Kai anak orang kaya , siapa tidak kenal Kai?? Namun dia bukan terkenal dengan kekacakkan dia , namun dia mampu membuat gadis cair ketika lalu sahaja dihadapannya . Tetapi ramai tidak tahu , Kai ini mempunyai sikap penakut dan terlalu sensetif . Nak lagi kalau ternampak lipas .

Kai bangun dari katilnya dan menuju kearah pintu . Dia turun dari tangga dan menuju ke meja makan lalu terus duduk diatas kerusi tanpa berkata apa apa . Appa Kai cuma memerhatikan sikap anak tunggalnya itu . ''Kai?? Are you okay??''Tanya Appa Kai . ''No .''Hanya itu jawapan Kai . Omma Kai yang sedang duduk di sebelah Appa Kai cuma mengeleng kepala .

''Cinta semua tak boleh pakai .''Kata hati Kai . Omma dan Appa Kai cuma diam dan menyambung makan malam mereka .

----------------

Pagi menggantikan hari malam . Kai masih tidur lena diatas katil tanpa menyedari waktu jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi .

Kringggg!!

Loceng Kai berbunyi tanpa henti . ''Yahh Kai . Bangunlah..''Omma Kai mengejutkan Kai selepas menutup bunyi loceng tersebut . ''Nae Omma..''Kata Kai masih mamai . ''Bangun.. Kan dah janji?? Nak tolong Omma pergi tempah kek untuk anak kawan Omma .''Kata Omma Kai . ''Huhh.. Yelah , nanti Kai bangun .''Ujar Kai lalu menyambung tidurnya . ''Kai!!''Jerit Omma Kai . ''Okay.. Okay .''Akhirnya Kai bangun .

---------------

Kai berjalan kaki menuju kearah kedai yang ditujunya . Kedai kek itu tidaklah jauh dari rumahnya , jadi Kai memilih untuk berjalan kaki . Kai memakai jaket tebal berikutan cuaca di Korea sekarang sejuk teramat .

Kai leka berjalan sehingga seorang gadis melanggar Kai secara tidak sengaja . ''Aduhh!! Buta ke??''Kata Kai sebaik bangun dari jatuh . Gadis itu cuma menjeling sebelum terus berlari laju , entah kenapa gadis itu berlari macam kena kejar hantu pun tak tahu .

Setelah kelibat gadis itu hilang dari mata Kai , Kai terasa sesuatu .

Dup! Dap! Dup! Dap!

''Ehh!! Asal apa hal jantung aku...??''Kai memegang dadanya . Seolah olah dia diserang sakit jantung setelah melihat wajah gadis itu . ''Kai , stop it . 10 kali kau gagal , jangan jatuh cinta lagi .''Kata Kai sendirian . Dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi jatuh cinta . Sudah serik , 10 kali . Bukan pekara main main soal cinta ni .

--------------
[ Kedai XOXO Cake ]

''Song Ji Hyo!! Lambat 10 minit !''Kata Bos Ji Hyo . Ji Hyo cuma menundukkan kepalanya . ''Ahh.. Mianhaeyo . Tadi saya terlanggar orang .''Kata Ji Hyo . Bos Ji Hyo menarik nafas , bukan sekali Ji Hyo datang lambat . Berkali kali dan pelbagai alasan yang Ji Hyo berikan .

''Bos.. Maafkan Ji Hyo untuk kali ni .''Kata seorang lelaki , lelaki tersebut merupakan pekerja di kedai kek tersebut juga . ''Baekhyun shii .''Bisik Ji Hyo , agak terharu bila Baekhyun mempertahannya . Namun bukan kali pertama Ji Hyo dipertahankan oleh Baekhyun , kalau tiada Baekhyun . Ji Hyo pasti sudah lama dibuang kerja .

''Potong gaji saya bos . Saya janji pekara ni takkan berulang .''Kata Baekhyun lagi . ''Kamu selalu cakap macam tu!! Entah apa ada dekat Ji Hyo sampai kamu asyik pertahankan dia .''Kata Bos Ji Hyo . ''Baiklah! Disebabkan kamu suruh potong gaji , Ji Hyo dilepaskan .''Kata Bos Ji Hyo lalu beredar dari Kedai Kek tersebut .

Ji Hyo menarik nafas lega . ''Ahh.. Baekhyun shii . Gomawo!!''Ji Hyo memeluk Baekhyun . ''Awak bangun lambat lagi kan??''Tanya Baekhyun . Sudah kenal akan sikap Ji Hyo yang sering bangun lambat . Ji Hyo cuma tertunduk malu . ''Haha.. Kyeoptaa . Nasib baik saya ada , kalau tak?? Awak dah kena pecat tau .''Kata Baekhyun sambil tertawa kecil .

''Nae.. Gomawo .''Kata Ji Hyo perlahan , agak malu dengan Baekhyun kerana Baekhyun selalu dipotong gaji oleh bos mereka gara gara ingin menyelamatkan Ji Hyo dari dipecat . ''Dah.. Kajja , buat kerja .''Kata Baekhyun lalu mereka berdua menyambung kerja mereka .
------------

''Ni kedai kek tu kan?? Aku pun dah lupa.. Haihh , apa lah jadi dekat aku sejak putus cinta ni .''Kata Kai sendirian sambil berdiri dihadapan kedai XOXO Cake tersebut .

Kai terus masuk ke dalam kedai kek itu . ''Annyeong..''Ucap Kai sebaik masuk ke dalam kedai kek itu . Baekhyun tersenyum . ''Annyeong..''Baekhyun menunduk hormat pada Kai . ''Selamat datang ke XOXO Cake . Encik nak order apa??''Ucap Baekhyun sopan .

''Hmm.. Nanti biar saya tengok dulu .''Kata Kai sambil melihat kek - kek yang berada didalam sebuah peti ais . Ji Hyo keluar dari stor kedai kek itu sambil menuju kearah Kai .

KEBABOMMM!!

Akibat tidak nampak Kai yang sedang membongkok melihat kek , Ji Hyo terlanggar Kai sekali lagi didalam kedai Cake itu . Ji Hyo terlanggar kerana dia penuh dengan kotak ditangannya . Baekhyun terkejut , lantas dia bantu Ji Hyo bangun .

Ji Hyo memegang pinggangnya yang sakit akibat jatuh . ''Aigoo..''Ji Hyo mengerang kesakitan .

Kai bangun lalu cuba berdiri dengan betul , sakit akibat jatuh . Ji Hyo dan Kai bertentang mata . ''Macam pernah nampak kau ni , tapi kat mana eh?? Haaa!! Kau yang menyebabkan aku lambat tadi!!!''Kata Ji Hyo . Mukanya merah akibat naik angin apabila teringatkan kejadian langgar sewaktu dia bergegas ke tempat kerja .

Kai cuma memandang wajah Ji Hyo tanpa berkata apa apa . ''Haahlah.. Dia perempuan langgar aku tadi .''Bisik hati Kai.

[[ BERSAMBUNG ]]

I Do Not Believe In LoveWhere stories live. Discover now