Bab 1

3.6K 73 2
                                    

''Kau kata kau meeting tapi kau dating. Kau kata kau jumpa klien tapi kau ke lain? Apa semua ni Ayyaz?'' Tiba-tiba ada suara perempuan yang sedang menjerit-jerit seperti ingin menanggalkan anak tekak sendiri kedengaran datang menyerang dari belakang. Ohheemmmmmgeeee! Ini kes gawat. Macam mana minah seorang ni boleh terlepas dari zoo dan mengganggu ketenteraman awam? Tak ikat dengan besi kuat-kuat ke?

''You buat apa dekat sini Helena? I kata I meeting kan? Yang you datang sini kenapa?'' Ayyaz cuba untuk menarik perempuan yang datang menyerang itu agar menjauh dari mereka tetapi oleh kerana Ayyaz lambat bertindak tangan perempuan yang bernama Helena tadi sempat mencapai gelas di atas meja dan menyimbah air yang tidak disentuh lagi ke muka Daiyan Humaira dan secara automatiknya membasahkan baju Daiyan Humaira dengan air yang berwarna merah.

''Helena! You dah gila ke?'' Melengking suara Ayyaz menengking Helena yang sudah kehilangan akalnya. Kehilangan akal lah agaknya. Kalau betul lagi wayar-wayar yang ada di kepala dia tu mesti dia tak buat macam ni. Sudah lah ditempat awam. Memalukan sungguh!

''You kata I gila? You tu yang gila! You tipu I, you kata you ada meeting tapi you keluar dengan betina ni!'' Keadaan masih sama. Helena masih lagi menjerit tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka. Tangannya pula laju ingin mencapai badan Daiyan Humaira tetapi pantas sahaja dihalang oleh Ayyaz.

''Watch your mouth Helena! Pergi dari sini. Balik! I tak nak tengok muka you dekat sini.''

Daiyan Humaira yang bengang akibat disimbah air tanpa menunggu lama terus bangun dan beredar dari situ. Malu? Semestinya malu. Sudah lah kena simbah air. Siap pakej kena maki lagi dan orang disekeliling dia pula ada yang memandang dengan pandangan jelik macam dia adalah seorang perampas, ada juga yang memperlihatkan wajah bersimpati kepadanya.

''Hell!'' jerit Daiyan Humaira sebaik sahaja dia sampai di tempat parkir kereta. Tadi tak boleh menjerit. Kalau dia menjerit tadi maknanya dia sama sahajalah gilanya dengan manusia yang baru terlepas dari zoo tadi. Inilah perkara paling teruk yang pernah terjadi dalam hidupnya. Okay tipu sebenarnya, ada yang lagi teruk tapi ini yang paling teruk dalam tahun ni. Yalah, hari ni 6 januari 2015 kan. Awal tahun lagi. Ohh bad bad bad beginning.

''Miss Daiyan! Miss Daiyan!'' panggil Ayyaz yang mengejarnya sedari tadi.

''You nak apa lagi Ayyaz? Settle your problem then call me.'' Tegas suara Daiyan Humaira. Hilang segala mood. Tiada kemesraan seperti biasa. Yalah dah kena simbah air kan? Takkan nak tersengih-sengih pula? Haiwan pun marah bila ada orang tiba-tiba datang serang dia. Ini kan pula Daiyan Humaira yang ada hati dan perasaan.

''I'm so sorry Miss Daiyan. Helena tu ...''

''I tak perlu penjelasan you Ayyaz. Settle your problem first dan pastikan dia datang minta maaf pada I. Kalau tak you're fired.'' Tanpa mendengar penjelasan dari Ayyaz, Daiyan Humaira terus memotong patah perkataan Ayyaz. Dia terus membuka pintu kereta dan berlalu dari situ. Memandu dalam keadaan marah semestinya. Dia memang sudah lali diserang sebenarnya. Lebih-lebih lagi diserang dengan tuduhan perampas tapi apabila sesuatu perkara itu terjadi bukan kerana kesalahannya. Sungguh! Dia bengang. Daiyan Humaira memang begini mementingkan kerja sehinggakan dia berjumpa dengan client di luar waktu bekerja. Disebabkan itu ramai mak-mak datin yang pasang spy suruh ikut suami mereka menyerangnya kerana menyangkakan Daiyan Humaira ini kekasih suami mereka.

Hello! Daiyan Humaira ada taste okay! Takkan lah semua orang yang pangkat Datuk Tan Sri yang tua kerepot pun dia nak jadikan kekasih? Memang tak lah! Lagipun dia bukan laparkan harta orang lain. Dia tak perlu kemewahan dari orang lain untuk hidup senang. Tengku Din Azman sudah memberikan segalanya kepadanya.

Iphone didalam tas tangan miliknya dicapai. Dia perlu menghubungi seseorang untuk menenangkan dirinya. Setelah mencari nama 'seseorang' yang mahu dihubunginya di dalam list contact number. Hansfree terus dipasang dan setelah beberapa deringan, panggilan tersebut disambut oleh si penerima .

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now