"Happy birthday awak," suara lembut Jasmine mengucapkan kata-kata itu dengan senyuman yang sangat manis. Memandang kekasihnya, dengan penuh cinta. Di dalam ruang kereta yang hanya diterangi oleh room lamp, indahnya tidak terkata. Renungan yang penuh makna, Hadad meneliti scrapbook yang dihasilkan sendiri oleh kekasihnya. Scrapbook dengan hard cover berwarna coklat cair persis buku dari zaman silam. Jarinya menyelak helaian pertama, gambar polaroid bulan pertama pertemuan mereka di kafe kecil, berhampiran fakulti.
"Saya ingat lagi waktu ni," dengan senyuman seakan sungguh terharu.
Kali pertama Hadad menyatakan hasratnya yang ingin belanja manisan kepada gadis yang dia minati. Keanggunan Jasmine yang tidak dapat disorokkan, sambil membaca nota sebagai persediaan sebelum ke kelas yang akan bermula sebentar lagi. Itulah yang menarik minat Hadad terhadap gadis yang cantik ini, kesungguhannya menuntut ilmu sudah jarang ditemui di kalangan anak muda. Lebih aneh apabila terdapat pelajar yang membuka tablet untuk bermain dengan aplikasi permainan kerana pensyarah tidak lagi akan memarahi pelajar yang tidak fokus sewaktu sesi pembelajaran seperti guru sekolah menengah.
Hadad terus menyelak helaian kedua, ketiga, keempat... setiap halaman tersimpan memori yang Jasmine kepilkan gambar beserta sedikit nota dibawahnya. Satu per satu bulan berlalu, kini semester baru akan bermula, dan mereka masih bersama. Pada helaian ketujuh, gambar terakhir, nota dibawahnya tertulis.
'Thank you for this whole semester together. Tomorrow is the first day of our second semester, indicating the first day of our eighth month being each other's backbone and guardian angel. I love you'
Hadad terdiam, menyentuh ayat dari nota terakhir itu. Jasmine tertunduk ke bawah, riak wajahnya perlahan- lahan betukar menjadi senyuman yang lebih kecil. Seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di dalam dadanya.
"Cute lah awak ni", kata Hadad dengan tawa yang perlahan sambil memandang kekasihnya yang seakan menyembunyikan sesuatu. "Nasib baik fakulti kita dekat je. Lepas kelas, kita pergi makan nak? Lepastu saya hantar awak balik rumah"
Jasmine tersenyum, mengangguk perlahan tanda setuju.
Hadad memperhatikan body language Jasmine, lalu bertanya "Awak ready dah untuk semester baru?"
Jasmine menghela nafas perlahan, "Entahlah takut juga. I don't have bestfriends, nor a good friend. It's sad that I don't have my go-to girl when I need a hype for my outfit that I can just video call anytime. You know like other girls, having a birthday surprise where there's glitter and pink everywhere. girls friendship looks so much fun to be in one"
Hadad tertawa kecil, bukan mempertikaikan tetapi kecomelan kekasihnya membuat dia berasa geli hati. "Saya buat semua tu untuk awak kan... and maybe bukan awak tak ada kawan, cuma it's not yet your time to have one. I believe there's a reason for it, to get you ready for that moment maybe?"
"Awak, saya cakap pasal kawan tau, serious betul sampai I'm not ready. How bad can it be?" Balas Jasmine dengan nada manja.
"Awak tak tahu, zaman sekarang ni, kawan makan kawan sebab apa? tak puas hati je. Macam cerita Kolej Meranti tu. Aih meremang bulu roma saya," kata Hadad sambil menggelengkan kepalanya dengan laju.
"Awak ni..." Jasmine hampir mula merajuk dengan perangai Hadad yang suka mengusiknya.
"Okay sorry... awak jangan risau, sama je macam semester satu, saya selalu ada untuk awak. Kalau saya sibuk, awak call je saya cepat- cepat angkat kalau nampak nama 'My Jasmine' ni ye,"
Jasmine tersenyum melihat kelucuan Hadad, menghargai kehadiran insan sempurna dalam hidupnya. Adakah permintaannya tidak adil? Sudah lah mempunyai mama papa yang sangat penyayang, supportive partner yang setia bersamanya. Tamak kah Jasmine mempunyai keinginan untuk merasai perasaan sisterhood, yang dia percaya pasti akan di hargai oleh dirinya.
Adakah Jasmine benar- benar tidak layak mempunyai kawan perempuan, atau dia belum bersedia untuk menghadapinya? Lumrah manusia, apabila terlalu mengingini, keburukan dan kebaikan sesuatu itu sudah lupa untuk di analisa dan di proses terlebih dahulu.
Social Exchange Theory menerangkan bahawa jika seseorang itu merasakan sebuah hubungan itu banyak memberi kebaikan atau benefits, walau selepas ditolak dengan kos atau effort yang dikeluarkan, maka hubungan itu worth to be in.
Behavior (profits) = Rewards of Interaction - Costs of Interaction
"Tengok belakang," pinta Hadad.
Sejambak bunga ros putih di atas kerusi penumpang. Jasmine meletakkan tangan di mulutnya akibat terlampau gembira. Dia tidak menyangka yang Hadad akan memberikan hadiah kepadanya kerana ianya merupakan hari kelahiran kekasihnya. Jasmine squeals in awe from excitement and happiness of Hadad's sweet gesture. Ucapan terima kasih tidak berhenti keluar dari mulutnya.
Jasmine pulang ke rumahnya untuk persiapan hari pertama kelas bagi semester dua. Sambil menyusun bunga yang baru dihadiahkan oleh Hadad sebentar tadi. "Please, grow well my love. You are going to be my happy pills this week. Tomorrow is going to be a new day, hopefully a great one, Insya-Allah" ujar Jasmine sambil mengemaskan bunganya. Jasmine membuka buku notanya berkulit putih. Membaca puisi yang ditulisnya awal pagi itu, memikirkan tentang keinginannya untuk memiliki kawan perempuan. Sehingga terdetik dalam dirinya, adakah dia sebab mengapa she's having this problem in the first place. Lalu dia bersiap untuk tidur, dan menutup lampu.
* Jasmine's notebook *
' Am I the problem, or will one get to me.
A Friend, A Foe, or A Ghost.
Until it happens, we'll find out to see.
If I'm ready for this, or
will never be. '
YOU ARE READING
Jasmine
Mystery / ThrillerJasmine membayangkan dunia ini indah bak taman bunga. Segelintir manusia tumbuh mekar, segelintir lagi layu pilu, dan segelintirnya berbadankan duri yang berdarah pabila tertusuk kulit. Dia berbual dengan bunga, sebagaimana seorang ibu berkasih say...
