"Argh!! Malasnya la nak bangun pagi.. " Seorang gadis merungut.
"BANGUN!!!!" jerit seorang wanita berumur 30-an.
"Ye sabar dulu!" kata gadis itu.
Si gadis itu bersiap-siap untuk memulakan pagi yang indah itu namun tak indah mana pun baginya kerana terpaksa bangun awal.
Dia memakai shawl yang berwarna hitam dan beg tangan yang berwarna hitam juga.
"Mama! Where my Shoes?!" jerit si gadis.
"CARI LA ADA DEKAT BILIK STOR KOT! "Jerit si ibu.
" tak ada la along tanya mama!" jerit si gadis.
"HISH BUDAK NI!" Rungut sang ibu.
"Dah jumpa bye ma assalamualaikum!" jerit si gadis sambil berlari keluar.
"Waalaikumsalam. BALIK AWAL TAU!" jerit si ibu.
Si gadis berjalan dengan pantas untuk bertemu dengan kawan baiknya di tuisyen.
Dia melihat geng motor yang selalu ada di kawasan itu.
Dia tak kisah pun tapi kalau diorang kacau dia atau kawan baiknya memang kena la.
Salah satu sebab dia berpakaian seperti seorang tomboy sebab tak nak kena kacau dengan lelaki. Asalnya dia seperti gadis biasa yang suka pakai skirt tapi dia ada trauma dan berpakaian seperti lelaki
Dia berjalan di kawasan tepi hutan yang menuju ke Tasik.
VROMM!
VROMM!
Bunyi enjin motor di belakang aku.
Dia berjalan dengan pantas. Malangnya, geng motor tu dah Block jalan dia.
"WOI! BLAH LAA.. " jerit si gadis.
"Cik adik manis. Jangan marah-marah tatut la ite.. " salah seorang daripada mereka mengusik dia.
"AKU CAKAP BLAH BLAH LA! BONGOK KE APA?! KE KAU SEMUA PEKAK KE??!" Jerit si gadis lagi.
"Hek eleh! Garang. Orang kata yang garang ni la Aum.. Mantap" kata si rambut coklat.
Dia berjalan namun seseorang menahan tangannya.
"Sabar dulu cik adik. Nak pergi mana laju-laju. Main la dengan kitaorang dulu. Abang-abang semua ni tak makan pun. Nak rasa sikit je.. " terburai ketawa si lelaki berjaket hitam.
"EH BODOH! HORMAT SIKIT PEREMPUAN BOLEH TAK!?" jerit dia.
"AKU JERIT BIAR SEMUA Orang TAHU YANG KORANG SEMUA KACAU AKU!" kata dia lagi.
"Jerit la no one can hear you. Aku yakin" kata si lelaki berjaket hitam.
Dia menyepak kaki si lelaki dan berlari.
"KEJAR PEREMPUAN TU DAN TANGKAP DIA! ARGH!" jerit lelaki berjaket hitam.
Mereka mengejar si gadis.
Si gadis berlari menyorok di dalam kawasan hutan. Dia mula rasa menggigil-gigil kerana ketakutan atau trauma dia kembali.
"BODOH! AKU NAK KORANG SEMUA CARI DIA SAMPAI DAPAT! KALAU TAK TAHU LA NASIB KORANG!" Kata lelaki itu dengan penuh marah.
Dia hanya menyorok semoga mereka tak menjumpai dia.
Dia melihat jam sekarang menunjukkan pukul 7:50 pagi.
'Aduh lama lagi ke diorang nak bla ni' kata si gadis dalam hati.
"I FOUND YOU! " jerit si lelaki sambil menarik tangan si gadis.
"Lepas la!" kata si gadis sambil meronta-ronta.
"No. Kau dah sepak aku lepastu senang-senang kau nak aku lepaskan kau? No Way!" kata si lelaki itu.
"Now my turn. Kau kena bayar apa yang kau dah buat tadi" kata si lelaki.
Dia menolak gadis itu sehingga si gadis terbaring di atas tanah.
"J.. Ja.. Jangan.!" jerit si gadis.
"A.. Ak.. Ak.. Aku.. Aku jerit ba.. Bagi semua orang dengar ya.. Yang kau.. Kau nak buat benda tak.. Tak elok dekat aku" kata si gadis sambil mengesot ke belakang.
Dia tak kisah baju dia kotor ke apa yang dia kisahkan sekarang keselamatan dan kesucian dirinya.
Dia cuba menendang si lelaki namun si lelaki menekup mulutnya dengan kain yang diletakkan ubat tidur.
Akhirnya dia mula mengantuk dan dunia gelap. Dia tak tahu apa terjadi.
VOUS LISEZ
STOP! My Tiang! (Slow Update)
Roman pour AdolescentsKisah dua orang yang berlainan umur dan sikap dan bersekolah di sekolah yang sama. Hidup Najmie yang aman damai. Ashieyda seorang gadis yang selalu membuat masalah. Mereka bertemu di satu trip itu kali pertama dan terakhir Najmie berjumpa gadis itu...
