Bukan di dunia ini.
Watermelon. Sebuah organisasi yang mengendali kuasa air.
Airmelon. Kuasa angin.
Firemelon. Api.
Earthmelon. Tanah.
Dan ini kisah Belon. Penguasa kesemua elemelon. Lagenda Abata.
Pinn!
Sebuah kereta meluncur laju.
"Hoi berangan!" Pemandu itu menempelak seorang pelintas jalan yang sedang berangan.
"Muiz! Bahayalah." Zaim memarahi si pelintas jalan, adiknya sejurus dia masuk ke dalam kereta.
"Hah? Sorry." Muiz kembali diam. Membuat Zaim hairan dengan kelakuan adiknya
"Kau fikir apa masa lintas jalan tadi?" Sebagai abang yang prihatin, dia mengambil berat keadaan adiknya meskipun adiknya itu tidaklah berat sangat, setakat 30kg apalah sangat.
"Bang, kalau watermelon wujud kenapa takde airmelon, firemelon dan earthmelon ?" Polos adiknya menyoal dengan muka pun berkerut sehingga muncul lima garis di dahi.
"Allahu Muiz kau makan apa tadi sampai ke situ fikirnya?" Zaim menepuk dahinya ingatkan apalah yang serius sangat tadi.
"Muiz makan watermelon."
YOU ARE READING
¯\_༼ᴼل͜ᴼ༽_/¯
RandomSeperti tajuk. Seperti kulit. Bagaimana pula dengan isi di dalam? Bagus atau tidak?
