1 - SENANDUNG DI TANAH TINGGI

42 4 1
                                        

BISMILLAHIRRAHMANHIRRAHIM.

Kabut pagi yang masih belum berundur perlahan-lahan turun dari lereng bukit, menyelimuti kawasan pasar kecil di Cameron Highlands. Udara sejuk menggigit kulit, namun bagi Firman, inilah suasana yang paling dia suka sejak bekerja di gerai jagung susu Cameron Highland.

Firman duduk di bangku kayu, memeluk gitar akustik yang sudah lama menjadi temannya setiap kali pelanggan tidak ramai. Di Cameron Highlands, waktu weekdays biasanya lengang sebelum pelancong mula datang semasa weekend . Jadi bermain gitar adalah cara dia menghilangkan sunyi dan menunggu rezeki.

Petikan gitarnya bergema lembut, melantun ke bukit-bukit yang seakan mendengar. Melodi itu menyatu dengan bunyi angin yang meniup dedaunan teh di lereng bukit berhadapan gerainya.

"Cameron... sejuk sangat hari ni," Firman mengeluh kecil sambil menghembuskan nafas yang berubah menjadi wap.

Tiba-tiba, langkah seseorang berhenti betul-betul di depan gerai. Firman mengangkat muka.

Seorang gadis memakai jaket tebal berdiri sambil menggosok kedua-dua telapak tangannya, pipinya kemerahan dek cuaca dingin. Topi baldu yang dipakainya sedikit senget kerana angin kuat.

"Bang... jagung susu satu cawan. Sejuk gila," katanya sambil tersenyum, suaranya sedikit bergetar.

Firman cepat-cepat meletakkan gitar di pangkuan.
"Boleh, kejap. Hari ni memang sejuk lebih dari biasa," balasnya sambil membuka penutup periuk. Wap panas menyembur keluar, menyapa wajahnya.

Gadis itu memerhati gitar di pangkuannya.
"Abang main gitar kat tempat tinggi ni... feeling betul," katanya sambil ketawa kecil.

Firman tersenyum sambil menyenduk jagung.
"Nak tahan sejuk, kena buat kerja dua. Masak jagung... dan main lagu."

Gadis itu ketawa lagi, dan untuk pertama kali petang itu terasa jauh lebih hangat daripada cuacanya.

CINTA MATIKUWhere stories live. Discover now