Pengarah, yang mendengar penjelasan mereka, akhirnya memberikan izin, menyarankan agar Aurora dapat kembali secepat mungkin setelah selesai, dan mengingatkan untuk tetap menjaga jadual dengan baik. 

Aurora dan Nureen pun bersiap untuk berangkat. Aurora melangkah ke bilik persalinan dan mengenakan dress mesh flare sleeve tie neck black turtleneck long slevees berjenama mahal.

Aurora dan Nureen sedang dalam perjalanan ke Marini's on 57, sebuah restoran lima bintang yang terletak di puncak Menara Petronas di Kuala Lumpur. Di dalam kereta, suasana agak tenang, dengan pemandangan kota yang indah di luar. 

Aurora duduk di tempat duduk belakang, sambil mengurutkan kepalanya, kelihatan agak penat.

"Cik Aurora nampak penat. Sebab jadual kerja semakin padat ke?" Nureen, yang duduk di depan sebagai pembantu peribadi, menoleh ke cermin pandang belakang dan berkata dengan nada prihatin.

Aurora menghela nafas panjang.
"Hurm maybe. Tapi ini semua untuk kerjaya."

Nureen kemudian berkata, "Saya faham, tapi jangan terlalu memaksa diri. Tidur yang cukup dan rehat penting. Kalau tidak, nanti badan Cik yang akan terjejas."

"I know..." Ujar Aurora sambil memicit kepalanya.

Nureen, dengan penuh perhatian, memandang melalui cermin pandang belakang lagi.

"Jangan terlalu risau, saya akan bantu atur masa Cik. Nanti saya susun semula jadual supaya Cik ada masa untuk berehat."

"Sejak-sejak nama Cik melonjak naik banyak job yang masyuk, jadi..."

"Jadi?" Soal Aurora apabila Nureen menggantungkan ayatnya.

"Gaji saya pun kena masyuk juga lah kan?" Soal Nureen sambil tersengih.

"Hurm..." Aurora hanya mengangguk lemah.
"Sebab ni lah gaji cik masyuk...Cik selalu bagi bonus." Puji Nureen.

"Thanks, Nureen. I really need someone who understands my current situation." Aurora tersenyum lemah.

"Itu adalah tugas saya untuk pastikan Cik sentiasa dalam keadaan terbaik." Nureen tersenyum kembali.

Ketika kereta meluncur ke jalan menuju Marini's on 57, cahaya matahari yang menyinari kota mencipta suasana yang tenang. Aurora mulai merasa sedikit lega, dengan harapan dia dapat menikmati makan tengah hari yang santai bersama Datin Suzanne.

"Kita dah sampai Cik." Nureen membuka pintu bahagian belakang. Aurora melangkah dengan penuh yakin dan berkarisma setelah membetulkan kasut tumit tinggi berjenama saint laurent opyum 110 YSL Heeled Sandals.

Sebuah restoran lima bintang yang mewah, suasana yang elegan dan tenang. Matahari tengah tinggi, sinar cahaya menerpa melalui tingkap besar restoran, memberikan kesan hangat pada ruang makan yang moden. 

Meja makan dihias cantik dengan peralatan makan yang bersih dan rapi. Aroma makanan mewah memenuhi udara. Aurora dan Datin Suzanne memilih restoran ini untuk menikmati makan tengahari.

"Mummy..." Aurora memeluk dan mencium pipi Datin Suzanne apabila sampai di meja restoran lima bintang itu.

"Mana Daddy? " Soal Aurora setelah mengambil tempat duduk di hadapan Datin Suzanne. Datin Suzanne hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Wait, let me call Daddy first." Pinta Aurora.

Telefon pintar miliknya di cari dalam beg berjenama Hermes edisi 2024 Kelly 25 two-way handbag bewarna light brown. 

Aurora membawa telefon bimbitnya dekat telinga, wajahnya mulai menunjukkan ketidakpastian setelah beberapa saat. Tiada jawapan. Dia meletakkan telefon dan menghadap ibunya dengan wajah yang cemas.

"Mummy, Daddy tak angkat panggilan. Ada apa-apa ke? Kenapa Daddy selalu macam ni?" Soal Aurora yang tampak bingung dan risau, masih memegang telefon di tangannya.

"Oh, mungkin dia sedang sibuk, sayang. Jangan risau sangat." Beritahu Datin Suzanne dengan tenang, mengunyah sedikit makanan dan mengangkat gelas berisi air mineral dengan lembut. 

Wajahnya tetap tidak berubah, seolah-olah tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku. Nada suaranya tenang, tidak menunjukkan rasa cemas atau risau. Aurora mengerutkan dahi, tidak puas hati.

"Tapi Mummy, Daddy selalu saja tak angkat. I have tried to contact him, tapi dia tak jawab. Mummy tak rasa apa-apa ke?" Aurora meletakkan telefon di atas meja dan memerhatikan ibunya dengan penuh persoalan.

"Sayang, Daddy sedang bekerja. Kita tak perlu terlalu risau." Datin Suzanne dengan santai, terus melanjutkan makanannya, seperti tiada apa yang berlaku. Wajahnya tetap tersenyum meskipun dia nampak sangat tenang. 

Dia memotong sedikit ayam panggang dan memasukkannya ke mulut, seolah-olah itu adalah perkara biasa.

"Tapi Mummy, kenapa Mummy macam tak kisah langsung? Bukankah Daddy sepatutnya ada dengan kita? Spend time together like usually ?" Aurora bersuara sedikit tinggi, cuba memahami keadaan apabila dia melihat ibu yang sedang menikmati hidangan, semakin keliru dengan sikap tenang ibunya.

Datin Suzanne masih dengan senyumannya yang lembut, dia meletakkan garfu dan memandang Aurora, namun tidak terkejut dengan pertanyaan itu.

"Aurora, kita sebagai wanita mesti belajar untuk mengawal emosi dan tidak terlampau bergantung kepada orang lain. Mummy sudah lama menerima keadaan ini. Daddy ada kerjanya sendiri. Kita harus faham." Nada suara Datin Suzanne tetap tenang, dengan sedikit kekuatan dalam ucapan tersebut.

Aurora berkali-kali cuba mencari penjelasan, tetapi semakin bingung.

"Tapi Mummy, Mummy tak rindu Daddy ke? Kenapa Mummy nampak tak kisah langsung dia tak ada dengan kita? Kalau Mummy tak kisah, siapa lagi yang akan kisah?" Aurora menatap ibunya dengan mata yang penuh persoalan, masih tidak faham.

Datin Suzanne dengan tenang, memandang Aurora dan meletakkan tangan di atas tangan Aurora yang ada di meja. Suaranya penuh dengan kebijaksanaan dan ketenangan.

"Kadang-kadang, kita perlu belajar untuk berdiri sendiri, sayang. Kita harus lebih kuat. Kehadiran seseorang itu penting, tapi kita tak boleh terlalu mengharap pada orang lain untuk kebahagiaan kita. Mummy tak risau, kerana Mummy tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjaga diri dan kamu." Dia mengusap tangan Aurora dengan lembut.

Aurora tersenyum kecil, tetapi masih dalam kebingungan, dia mengangguk perlahan.

"Mummy, jadi Mummy tak risau langsung? Daddy kerap balik lewat lately ni." Aurora cuba memahami, tetapi perasaan kekeliruan semakin mendalam.

Terlakar senyuman manis di wajah orang tua itu dan terus menikmati makanannya tanpa terburu-buru.

"Bukan tidak risau, sayang, tetapi Mummy tahu hidup perlu diteruskan. Kita harus menjaga diri kita sendiri dan menjadi kuat. Kalau Daddy ada, itu satu bonus. Kalau tidak, kita tetap bahagia. Itu yang penting." Suara Datin Suzanne tetap tenang dan penuh kedamaian, seolah-olah dia telah menerima keadaan itu sepenuhnya.

Aurora terus duduk diam, menghirup udara restoran yang mewah itu. Meski perasaan dalam hatinya bercampur-campur, dia tidak bisa memaksa ibunya untuk lebih menunjukkan perasaan.

Dia hanya mampu memerhatikan ibu yang kelihatan begitu tenang, seolah-olah dia telah menerima segalanya dengan lapang dada.

"Dah, makan tak usah fikir. Awak tu ada gastrik. Nanti kita pergi shopping. Mummy tengok ada koleksi baru dekat Calvin Klein." Pujuk Datin Suzanne lalu menyua ayam panggan ke dalam mulut anak tunggalnya.

"Really ?" Teruja Aurora apabila mendengar perkataan 'shopping' dari mulut Datin Suzanne.

"Yes dear. Anything for you..." Datin Suzanne menggosok dagu runcing anak perempuannya itu.


BERSAMBUNG

Behind The Hatred | CWhere stories live. Discover now