Tiba dari Iran
Setelah beberapa tahun tidak pulang, Zhiyad Al Farel akhirnya tiba di KLIA, Kuala Lumpur, setelah perjalanan yang panjang dari Iran. Pesawat yang membawanya mendarat dengan lancar di Terminal 1 pada jam 1325 petang.
Ketika pintu pesawat dibuka, suasana di dalam terminal yang luas dan moden itu langsung menyambutnya. Udara yang lebih hangat dan segar daripada cuaca di Iran menyentuh wajahnya.
Zhiyad melangkah keluar dari pesawat, merasakan kelegaan. Matanya menyusuri ruang terminal yang luas, terkesima dengan kemajuan yang ada. Beberapa tahun yang lalu, dia hanya dapat membayangkan bagaimana KLIA akan berubah.
Kini, di depan matanya, KLIA tampak lebih besar dan moden, dengan deretan kedai-kedai bebas cukai, papan petunjuk yang rapi, dan ramai orang yang sibuk.
Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan menunggu beg, dia akhirnya muncul ke kawasan ketibaan, kira-kira setengah jam selepas pesawat mendarat.
Wajahnya kelihatan lega dan teruja sekaligus. Shahrul, rakannya yang sudah lama menunggu, melambai-lambai dari kejauhan. Shahrul kelihatan tersenyum lebar dan juga turut melambaikan tangan dari jauh.
"Zhiyad! Akhirnya kau balik juga! Lima tahun, bro!" Zhiyad tersenyum dan berjalan pantas menghampiri Shahrul, menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Ya, lima tahun. Rasanya macam baru semalam aku tinggalkan Malaysia." Shahrul menggenggam tangan Zhiyad dengan erat, menyentuh bahu rakannya sambil ketawa.
"Lama tu! Kau dah jadi profesor ke apa kat Iran sampai tak balik-balik? Heh, seronoknya tengok kau balik. Tak rindu makanan Malaysia ke?" Zhiyad mengangguk dan tersenyum lebar.
"Ada juga rindu makan nasi lemak, roti canai, semua tu. Tapi yang lebih penting, aku rindu kau, bro!" Shahrul tertawa, menepuk bahu Zhiyad sambil membawa beg Zhiyad.
"Dah tentu, bro! Malaysia ni memang tak sama dengan Iran."
Mereka berdua berjalan keluar dari kawasan ketibaan, menuju ke pintu keluar utama yang terletak sekitar 100 meter dari tempat mereka berdiri.
Sepanjang perjalanan itu, Zhiyad memandang sekeliling, merasa seolah-olah baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi yang asing, walaupun Malaysia adalah tanah kelahirannya.
Banyak perubahan yang berlaku di KLIA, dan dia boleh merasakan betapa pesatnya pembangunan di sini.
Setibanya mereka di luar terminal, Shahrul menunjukkan tempat letak keretanya, sekitar 200 meter dari pintu keluar. Mereka berjalan menuju ke kereta dengan langkah yang agak santai, berbual tentang pelbagai perkara yang terjadi sepanjang lima tahun itu.
Shahrul menawarkan Zhiyad untuk makan di restoran tempatan yang terkenal dengan hidangan nasi lemaknya yang sedap. Shahrul tersenyum dengan penuh kehangatan.
"Memang kau takkan kecewa, bro. Welcome home !"
"Thanks, bro! Aku tak sabar nak makan. Dah lama sangat tak makan makanan Malaysia."Keduanya melangkah ke kereta, dan perjalanan mereka menuju ke restoran tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit, bergantung kepada keadaan trafik.
Dalam perjalanan, mereka berbual mesra, mengenang kembali kenangan lama, sambil Zhiyad menikmati perasaan hangat kembali ke tanah airnya selepas lima tahun.
_____________________
Di Set Pemotretan Fesyen.
Studio pemotretan moden, dengan pencahayaan terang dan latar belakang yang bergaya. Qaseh Aurora sedang berdiri di tengah set, mengenakan gaun yang elegan.
YOU ARE READING
Behind The Hatred | C
Romance"Hatred is just love twisted in the wrong direction." Qaseh never wanted to feel this way. But every time she saw him, the anger seemed to grow, even when she didn't want it to. Zhiyad Al Farel, seorang lelaki yang dibesarkan sebatang kara, akhirnya...
