Di sudut lain, ada seorang model lain, Nadira, yang sedang memerhati Aurora dengan wajah penuh kebencian. Nadira adalah model veteran yang merasa terancam dengan kecantikan Aurora yang semakin mendapat perhatian.
"Tak sangka, Aurora. First time I tengok orang tak bagi tumpuan dekat I. Semua mata tertumpu pada You, bukan lagi pada I yang telah bertahun-tahun di industri ni." Dengan suara sinis, sambil melangkah ke arah Aurora.
"What do you mean, Nadira? I tak pernah berniat untuk mencuri perhatian sesiapa. I cuma datang untuk buat kerja I dengan sebaik mungkin." Tenang, namun sedikit rasa terkejut.
"Oh, jangan buat-buat tak faham. I know who you're. You yang sebenarnya berusaha untuk 'menarik' perhatian, bukan hanya dari jurugambar dan pengarah, tapi juga dari media. Semua orang tengok you. Itu bukan kebetulan. But I know... I know who deserves to be here. " Ujar Nadira dengan ketawa sinis.
"I cuma lakukan apa yang I suka, Nadira. I tak pernah cuba untuk menjatuhkan sesiapa. Kita semua di sini untuk berkongsi ruang yang sama." Aurora melangkah sedikit menjauh, cuba menenangkan keadaan.
Malas hendak bergaduh di set karang ada yang viral sudah lah nama dia sekarang trending di media sosial.
"Cuba? Hah! Kau bukan cuma 'cuba'. Kau dah ambil tempat aku! Semua orang dekat sini sukakan kau pun sebab rupa. Tapi dalam dunia ini, kecantikan tak akan bertahan lama. Lambat laun, mereka akan bosan dengan kau." Nadira mendekat dengan wajah semakin marah lalu ditunding jari telunjuknya tepat ke arah wajah Aurora.
"I know beauty isn't everything, Nadira. But I believe that a sincere attitude and dedication will take me further than just looks. I hope you can understand that." Aurora dengan nada tegas, tidak mudah terpengaruh lalu menepis tangan Nadira.
"Don't be too confident. There are many ways to crush the dreams of people who are too arrogant about their advantages ." Nadira memandang Aurora dengan mata tajam, berbisik dengan penuh dendam.
"Aku tak sombong, Nadira. Aku cuma mahu fokus pada kerja aku. Kalau diorang sukakan aku, aku tak boleh nak buat apa. Tapi jangan risau, kita semua ada tempat kita masing-masing." Dia hanya menghadiahkan senyuman sinis, sambil kembali ke tempatnya untuk sesi pemotretan.
Nadira menatap Aurora dengan penuh kebencian, sebelum berjalan pergi dengan langkah kasar.
"Ya, mari kita lihat berapa lama tempat itu akan kekal untuk kau."
Aurora meneruskan pemotretan, tetapi dalam hatinya, dia tahu persaingannya baru saja dimulakan. Namun, dia tetap berdiri teguh dan fokus pada impian dan tujuannya.
Telefon pintar milik Aurora berdering.
"Aurora! Your phone is calling." Aurora mendapatkan telefon pintar miliknya yang berada di tangan pembantu peribadi Nureen.
"Hello...Okey Mummy habis kerja ni kita pergi lunch." Telefon pintar bertukar tangan.
Aurora bersama pembantunya, Nureen sedang berada di lokasi penggambaran model pakaian. Mereka berbicara dengan produser atau pengarah untuk memohon izin agar Aurora dapat pulang lebih awal, karena kerjanya sudah selesai.
Nureen menyampaikan dengan sopan bahwa dia perlu meninggalkan penggambaran untuk menghadiri makan tengah hari bersama Datin Suzanne di restoran.
"Boleh tak kalau Cik Aurora balik lebih awal, dia dah selesaikan kerja bahagian dia." kata Nureen kepada pengarah dengan penuh hormat.
"Jangan risau kalau ada apa-apa contact Nureen macam biasa. Jadi tidak ada masalah kan kalau I balik awal?" Aurora, yang berada di sebelah, tersenyum dan menambah
ESTÁS LEYENDO
Behind The Hatred | C
Romance"Hatred is just love twisted in the wrong direction." Qaseh never wanted to feel this way. But every time she saw him, the anger seemed to grow, even when she didn't want it to. Zhiyad Al Farel, seorang lelaki yang dibesarkan sebatang kara, akhirnya...
Prolog
Comenzar desde el principio
