Prakata

205 1 0
                                        

Assalamualaikum kepada semua muslim dan salam sejahtera kepada non muslim. Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka, saya terbitkan lagi sebuah cerita pada tahun ini. Cerita ini merupakan cerita ke-6 saya selepas cerita terbaharu yang berjudul 'Dia Yang Aku Lepaskan' yang diterbitkan dalam bentuk e-buku.

Terima kasih kepada yang tidak henti-henti menyokong saya dan sudi baca karya saya meskipun saya hanyalah seorang penulis baharu. Masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari berkaitan bidang ini.

Segala cacat cela yang terdapat dalam cerita ini, saya mohon maaf. Andai ada yang ingin ditegur, silalah. Jangan segan-segan.

Cerita ini seratus peratus idea saya. Jika ada yang tersama dengan cerita lain, itu hanya sebuah kebetulan. Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini adalah hasil idea kreatif penulis. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Semoga ada satu dua mesej yang dapat diambil daripada cerita ini. Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang kurang itu datang daripada kelemahan saya sendiri.

Jumpa saya di bab-bab seterusnya. Selamat membaca! Saya akhiri kalam saya dengan wassalamualaikum.

Terciptamu Bukan UntukkuStories to obsess over. Discover now