Sejarah Auralis

557 16 0
                                        

Negara Auralis adalah sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya, keindahan alam semula jadi, dan kebijaksanaan penguasanya yang memerintah dengan adil. Terletak di antara pergunungan dan lautan, Auralis adalah tanah yang subur dengan hutan padat yang mengelilingi ibu kota, memberikan negara ini perisai semula jadi daripada ancaman luar. Sementara itu, laut yang menghadap ke arah timur menjadi sumber kehidupan dan perdagangan yang melimpah ruah, menjadikan pelabuhan Auralis sebagai pusat dagangan yang makmur.

 Sementara itu, laut yang menghadap ke arah timur menjadi sumber kehidupan dan perdagangan yang melimpah ruah, menjadikan pelabuhan Auralis sebagai pusat dagangan yang makmur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika berjalan di sepanjang jalan batu kota Auralis, suasana kehidupan rakyat dapat dirasakan dengan jelas. Bangunan-bangunan indah yang dipenuhi dengan ukiran halus di dindingnya, terukir dengan cerita-cerita kuno yang diwariskan dari generasi ke generasi. Bumbung-bumbung merah bata menghiasi setiap rumah, dengan jendela-jendela besar yang dikelilingi oleh pasu bunga pelbagai warna. Taman-taman bunga mekar di setiap sudut kota, memberi aroma manis pada udara yang segar. Di sebalik bangunan-bangunan ini, nun di sana kelihatan sayup berdiri megah Istana Auralis, tempat kediaman keluarga diraja yang dipimpin oleh Raja dan Permaisuri. Kubah-kubah emasnya berkilauan di bawah sinar matahari, seolah-olah melambangkan kekayaan dan kekuatan negara ini.

 Kubah-kubah emasnya berkilauan di bawah sinar matahari, seolah-olah melambangkan kekayaan dan kekuatan negara ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penduduk Auralis terkenal dengan keramahan dan budaya sopan santun yang mereka amalkan. Di pasar-pasar yang sibuk, peniaga-peniaga dengan suara ceria menawarkan barangan mereka—kain-kain yang ditenun dengan halus, herba segar yang ditemui di hutan Auralis, serta perhiasan buatan tangan yang dijual kepada para pedagang yang singgah berdagang. Pasar-pasar ini penuh dengan suara riuh rendah, bunyi ketukan pahat tukang, dan tawa kanak-kanak yang berlari di antara gerai-gerai.

Selain pasar-pasar yang penuh dengan kehidupan, terdapat juga persembahan seni dan budaya yang sering diadakan di dataran-dataran utama Auralis. Kumpulan-kumpulan muzik bermain alat-alat tradisional seperti seruling, kecapi, dan gendang, mengiringi tarian rakyat yang menggambarkan sejarah peperangan dan kehebatan para Raja yang pernah menerajui Auralis. Di waktu malam, jalan-jalan diterangi dengan obor dan lampu minyak yang memancarkan cahaya hangat, menjadikan kota ini seperti dipeluk oleh cahaya bintang. Orang ramai sering berkumpul untuk menikmati persembahan, sambil berbual mesra tentang kehidupan harian dan kisah-kisah silam yang penuh dengan keberanian dan keajaiban.

Namun, bukan hanya di kota sahaja keindahan Auralis dapat dilihat. Di luar dinding kota, hamparan ladang gandum dan kapas memutih di bawah cahaya matahari. Para petani bekerja dengan penuh ketekunan, tangan mereka menyentuh tanah yang memberi kehidupan kepada mereka. Di pergunungan yang megah di kejauhan, sungai-sungai jernih mengalir dari puncak, memberikan air bersih kepada seluruh negara. Hutan yang kaya dengan flora dan fauna melindungi negara ini, tempat di mana pohon-pohon besar yang menjulang tinggi menjadi tempat tinggal bagi pelbagai spesies burung berwarna-warni.

 Hutan yang kaya dengan flora dan fauna melindungi negara ini, tempat di mana pohon-pohon besar yang menjulang tinggi menjadi tempat tinggal bagi pelbagai spesies burung berwarna-warni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sisi lain, pasukan tentera Auralis, yang terkenal dengan kekuatan dan keberanian mereka, sering kali dilihat berlatih di kawasan berbukit yang terletak tidak jauh dari kota. Mereka memakai baju zirah perak yang diukir dengan lambang kebesaran negara, menunjukkan kesetiaan dan dedikasi mereka kepada Raja dan negara. Pasukan berkuda, yang menunggang kuda hitam Auralis yang kuat dan tangkas, berkeliaran di luar kota, menjaga sempadan dari sebarang ancaman musuh. Mereka sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara mereka, melindungi tanah air yang mereka cintai.

Di pelabuhan utama, kapal-kapal layar dari pelbagai negara berlabuh, membawa hasil dagangan dan pengaruh dari seluruh pelosok dunia. Di sepanjang dermaga, para pelaut dan pedagang bertukar cerita tentang perjalanan mereka yang panjang, sementara anak-anak muda menolong mengangkat kotak-kotak besar berisi rempah, sutera, dan logam berharga. Air laut yang jernih memantulkan bayangan kapal-kapal besar yang bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran mereka ke tanah-tanah asing. Laut di timur Auralis adalah biru kehijauan yang membentang tanpa batas, memberikan rasa kebebasan yang tiada tandingan kepada mereka yang berlayar melaluinya.

 Laut di timur Auralis adalah biru kehijauan yang membentang tanpa batas, memberikan rasa kebebasan yang tiada tandingan kepada mereka yang berlayar melaluinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Begitulah keadaan Auralis pada 500 ratus tahun yang lalu. Ketika Raja Ralis, yang merupakan raja pertama membina Auralis dari sebuah tanah yang tandus. Auralis adalah negara yang penuh dengan keindahan alam, kekayaan budaya, dan rakyat yang penuh dengan semangat juang. Sesiapa yang melangkah ke dalam tanah ini, pasti akan merasai kedamaian dan keberanian yang mengalir di setiap sudutnya. Namun ... sejak kebelakangan ini, keindahan dan kemakmuran Auralis mula merosot. Pedangan mula berkurang singgah di perlabuhan. Penduduk mula merasai berkurangnya hasil tanaman dan jualan.

Adakah semuanya berpunca daripada kesilapan yang telah mereka lakukan?

Di sinilah, bermula kisah yang akan membongkarkan segala rahsia dia bumi Auralis ...

My King -  Takdir yang MengikatWhere stories live. Discover now