Мы обновили наши Правила размещения контента.
Ознакомьтесь с последними правилами, чтобы продолжать безопасно делиться историями.

Bab 1 💫

115 2 2
                                        

Seorg lelaki yang baru sahaja lepaskan beberapa das tembakan kepada mangsa bernama En. Zahir kerana cuba melarikan diri kerana tidak mahu membayar hutang sebanyak RM789,657 ribu dan cuba untuk menipu namun nasib tidak menyebelahinya malah selamat mendarat di dalam underground.

" Ace bersihkan semuanya aku tak nak ada tinggal sikit pun kesan darah daripada orang tua tu, faham " ujar lelaki tu kepada org suruhannya.

Org yang nama Ace hanya mengangguk kepalanya menanda faham apa yang diberitahu oleh ketuanya " Baik king "

Lelaki itu terus keluar daripada basement bilik permainannya dan melulu ke arah kereta mewahnya Lamborghini. Lelaki itu dapat panggilan daripada salah seorang daripada adik beradiknya iaitu Hayyan Faqih lalu lelaki itu mengangkat panggilan adiknya

" Assalamualaikum, haa ada apa kau call aku ni? Kau nak apa " Tanya drpd lelaki tu.

Lalu adiknya Hayyan Faqih pun jawab " Waalaikumsalam wahai abangku yang paling aku sayang. Aku cuma nak kau belikan aku burger boleh tak? Aku lapar la " ujar Hayyan

" Kau gila ke apa nak makan burger pukul 3 pagi. Tak boleh tunggu dulu ke haa " ujar lelaki tu

" Alah boleh laaa Hayden, kau kan abang aku yang paling penyayang " Hayyan

Ya, lelaki itu adalah Hayden Zafriel yang mempunyai 7 orang adik beradik manakala dia anak yang sulong.

" Alahh sempat lagi kau macam la aku tak tahu kau nak bodek aku kan sebenarnya. Kau ingat aku tak tahu yang berkomplot dengan yang lain nak gi mall guna black kredit kad aku tu " ujar Hayden kepada Hayyan

Lalu Hayyan hanya senyum sengih-sengih " HEHEHEHE kantoi pulak mana kau tahu bang. Kau mengintip kitorang ehh "

" Tak kuasa la aku nak mengintip korang macam la aku tak kenal kau dengan yang lain tu macam mana main simpan gadjet duit kau je kan " jawab Hayden

" HOHOHOHOHO memang pun, alah bang. Kau kan CEO duit pun makin berkepuk-kepuk so, tak salah kan kau belanja adik-adik kau yang lagi cute ni " ujar Hayyan

" Ish yelah² kau jangan nak habiskan duit aku kalau tak pecah muka kau aku kerjakan, faham " ujar Hayden kepada Hayyan

" Eh takkan la aku nak habiskan duit kau. Tapi kalau aku habiskan pun tak pe kau kan banyak lagi duit acc kau hampir 4 juta billion dalam beberapa kredit kad kau tu " jawab Hayyan

" Dah la aku nak end call ni aku otw nak sampai rumah dah bye kirim salam kat mummy dengan daddy, assalamualaikum " ujar Hayden

" Waalaikumsalam " Hayden end call dgn Hayyan lalu sampai ke rumah mansion yang bernilai hampir 5 juta ringgit Malaysia.

Ya, Hayden Zafriel adalah seorg CEO di syarikat HZ's Holding yang sangat terkenal di negara Malaysia namun dia mempunyai sisi gelapnya iaitu mafia yg digelar sebagai king di negara Italy dan France. Dia seorang yang sangat licik namun kedua ibu bapanya tidak tahu akan hal itu cuma hanya adik-adiknya sahaja yang tahu pekerjaannya tu.

Setelah Hayden memasuki ke dalam rumahnya terus pergi ke biliknya lalu bersihkan dirinya yang penuhi darah di badan sasanya setelah bersihkan dirinya terus masuk tidur dengan lena.

Keesokan paginya, Hayden bangun pada pukul 6:10 pagi untuk menyiapkan dirinya lalu bersiap pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya untuk menunaikan solat fardhu subuh berjemaah bersama keluarganya yang sedang berkumpul di sana dan Hayden juga menjadi seorang imam di sana. Dia membaca surah yang sangat merdu.

Hayden seorang yang sangat tegas berkaitan agama. Ya meskipun dia seorang mafia tapi dia tidak lupa akan agama tentang solat fardhu, solat sunat mahupun berpuasa. Jika sekiranya adik-adiknya tidak solat, Hayden akan mengikat mereka pada pokok yang penuh semut gigit sehingga menjelang masuk waktu solat fardhu.

Setelah selesai solat, seluruh keluarga Hayden akan berkumpul di rumahnya dan Hayden akan menyiapkan makanan untuk sarapan bersama keluarga. Hayden juga seorang yang pandai masak, pandai berdikari.

Selesai bersarapan Hayden terus pergi ke bilik gym untuk exercise bagi menstabilkan stamina badannya agar lebih aktif. Setelah itu, Hayden menyiapkan dirinya dengan begitu tampan, sangat berkarisma dan bertanggungjawab dalam pekerjaan sebagai seorang CEO. Lalu Hayden pergi ke arah kereta mewahnya Lamborghini menuju ke syarikatnya gahnya HZ's Holding dan terus pergi ke bilik office.

" Rafiq, masuk bilik office saya sekejap. " ujar Hayden

Sementara Rafiq selaku PA Hayden berada di meja kerjanya mendapat arahan daripada bossnya lalu pergi ke arah office Hayden.

*Knock knock knock*

" Masuk " ujar Hayden

Rafiq pun lalu ke bilik office Hayden. Rafiq juga seorang sangat teliti dalam pekerjaan sudah hampir 7 tahun menjadi PA Hayden.

" Yes Boss, ada apa-apa yang perlu saya lakukan " tanya Rafiq kepada bossnya Hayden

" Saya nak awak check pasal syarikat HZ's Holding mahu collaboration dengan syarikat QHE Crystal dan saya nak awak bagitahu pada CEO QHE Crystal untuk discuss pasal collaboration bersama " ujar Hayden

Rafiq mengangguk sambil catat apa yang diberitahu oleh bossnya Hayden " Baik boss. Kalau tak ada apa-apa, saya mintak diri dulu boss " jawab Rafiq

Hayden hanya mengangguk lalu sambung lakukan kerjanya manakala Rafiq langsung sahaja menyiapkan tugasan yang telahpun diberi oleh bossnya Hayden.

Hayden melihat jam menunjukkan pada pukul 1:28 tengahari sudah masuk waktu solat fardhu zohor. Hayden terus bangun dan mengemaskan tempat kerjanya lalu pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu zohor.

Semua staf lelaki sedang menanti kehadirannya kerana semua tahu bahawasanya Hayden memang akan selalu menjadi imam sebagai rutin harian mereka.

Selesai solat fardhu zohor semua menuju keluar dari surau tinggal Hayden seorang sahaja. Rutin Hayden seterusnya adalah membaca Al-Quran dan berzikir.

Kemudian, Hayden keluar lalu pergi ke arah salah satu restoran untuk bertemu sahabatnya yang baru sahaja tiba di Malaysia.

Apabila Hayden mula borak santai dengan sahabatnya. Matanya mula tertarik pada satu susuk tubuh yang begitu cantik sekali dengan berpakaian labuh dan menutup aurat.


Sambungan seterusnya
( Maaf kalau ada tersalah and kurang 🥰🙏🏻 )

The Psycho Killer : Hayden's Wife Stories to obsess over. Discover now